Saturday, July 31, 2010

susu ibu baik utk ibu dan bayi

Kebaikan untuk ibu:
  • membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
  • menjarakkan kehamilan secara semulajadi - biasanya cuma boleh dijamin bagi ibu yang eksklusif bf untuk enam bulan pertama sahaja. Lepas enam bulan tu, mmg kena guna perancang kalau tak nak mengandung lagi jika haid dah datang. Tapi saya jenis yang lambat datang haid lepas bersalin. Lepas bersalinkan irfan, irfan umur 11 bulan baru 'angkat bendera'. Lepas empat kali angkat bendera, terus pregnantkan aisyah. Aisyah lahir bila irfan cukup 2 thn. Then lepas bersalinkan aisyah pula, umur aisyah 9 bulan dah kena angkat bendera sbb aisyah kurang menyusu badan. Lepas tu mmg buat perancangan sendiri sbb nak tunggu aisyah besar skit baru nak bagi aisyah adik. Dan sekarang umur danish dah 5 bulan lebih, saya belum angkat bendera lagi. Harapnya, tunggu danish setahun dulu la baru bendera tu datang :)
  • mengurangkan risriko kanser payudara dan ovari
  • mengurangkan risiko penyakit osteoperosis
  • membantu ibu kembali ke berat asal selepas melahirkan bayi - Bila menyusu, lemak yang ada dalam badan ibu akan ditukarkan kepada susu yang diminum oleh bayi. Jadi lemak yang terkumpul dalam badan ibu semasa mengandung akan cepat hilang apabila ibu menyusukan bayinya. Perubahan berat badan saya sebelum pregnant dan selepas bersalin memang sangat ketara. Ramai teman sekerja menegur perubahan bentuk badan saya selepas bersalin. Saya pun apalagi, terus promosi susu ibu kalau nak lebih kurus lepas bersalin. Seluar dan baju zaman belajar kat U pun boleh muat balik. Memang happy sgt!
  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak - Masa menyusu, kita boleh bergurau dan main main dengan baby kita. Masa menyusu juga la, kita boleh tilik muka anak kita. Masa tu la baru nampak, ada kesan gigitan nyamuk rupanya. Tp yang paling penting, danish kenal saya ni ummi dia. Takut nanti dia tertukar dengan maid. Huhuhu, maklumlah asyik maid jer yg jaga dia kat umah masa saya kerja. Jeles tau bila tgk anak rapat dgn maid! Nasib baik ada susu ibu sbg penyelamat :)
Kebaikan untuk bayi
  • kandungan kolestrum dalam susu ibu yang awal merupakan imunisasi pertama bayi - Tak boleh cari kat mana mana. Hanya kita yang boleh bagi kolestrum kat baby kita. Alangkah ruginya kalau tak bf...
  • mengurangkan masalah alergi - susu ibu tak allergi kepada bayi. Ada juga bayi yang alah kepada susu lembu, jadi kena bagi susu soya. Banyak kos kena belanja bila nak beli susu soya jer!
  • mengurangkan masalah penghadaman -
  • membekalkan zat zat dan juga sumber nutrisi untuk pembesaran optimum
  • mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak
  • kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan intelek yang lebih baik - Insya Allah, semoga anak anak membesar dengan bijak. Harapan semua ibu bapa semoga anaknya menjadi insan yang bijak pandai bila besar nanti!
Kebaikan untuk keluarga
  • mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula - Memang jimat sangat! Tak perlu keluar belanja setiap bulan untum beli FM. Cuma buat pelaburan sikit untuk beli pam dan segala aksesori untuk menyimpan susu. Lepas tu kepala dah tak pening nak fikir tantang belanja susu anak. Best best!
  • mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit
  • merapatkan hubungan kekeluargaan
Kebaikan untuk masyarakat
  • mesra alam sekitar - mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran
  • menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit birit, dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak kanak
  • mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara yang secara langsung akan membantu pertumbuhan ekonomi negara - baru tahu, rupanya kita import susu dari luar negara. Harapnya dapatlah bonus tahun ni sebab dah membantu negara berjimat :)

**sumber Pa&Ma, Ogos 2010
* yg tulisan kecil tu, just my point of view. Kalau salah, tolong betulkan yer mommies2 :)

Friday, July 30, 2010

kaitan jenis darah dan jaundis di kalangan bayi

Ada dus jenis darah yang utama iaitu Sistem darah ABO dan Sistem darah Rhesus. Dalam sistem darah ABO, darah terbahagi kepada kumpulan O, A, B atau AB. Dalam sistem darah Rhesus pula, darah terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Rhesus negatif atau Rhesus positif.

Masalah jaundis yang boleh berlaku adalah disebabkan ketidakserasian sistem darah di atas di antara ibu dan bayi yang dikandung. Masalah ketidakserasian ini boleh menyebabkan sel sel darah bayi rosak dan proses kerosakan ini dikenali sebagai hemolysis. Sel sel darah yang mengalami hemolysis ini  akan menghasilkan bahan yang bernama biliburin dan bahan inilah yang menyebabkan bayi kuning dalam kes jaundis.

Kajian menunjukkan ketidakserasian dalam sistem darah ABO boleh menyebabkan jaudis tetapi selalunya ia tidak serius. Lain pula halnya jika berlaku ketidakserasian dalam sistem darah Rhesus. Jika ibu mempunyai Rhesus negatif dan bayi mempunyai Rhesus positif, masalah hemolysis boleh terjadi. Jika ini terjadi, ia boleh mnyebabkan jaundis yang teruk. Oleh kerana masalah ini serius, semua wanita yang mempunyai kumpulan darah Rhesus negatif dimestikan mengikuti klinik pakar ketika hamil supaya masalah ini boleh dipantau daripada awal kehamilan lagi.

Bila baca Tanya Pakar dalam Pa&Ma Ogos 2010 (petikan kat atas), saya mula menyedari kenapa aisyah dan danish menghidap jaundis tetapi bukan pada tahap yang serius. Saya mempunyai darah O+ dan en suami, AB+. Kesemua anak anak saya mempunyai jenis darah yang berlainan. Irfan jenis O, aisyah jenis A dan danish jenis B. Disebabkan ketidakserasian sistem darah rupanya asiyah dan danish kena jugak jaundis walaupun saya dah banyakkan berikan susu ibu bagi mengelakkan jaundis :)

Thursday, July 22, 2010

berjimat dengan Cd

Dah nak masuk dua bulan danish berCd. So far, mmg mmg ok sgt berCd ni. Tepat sekali dengan tujuan asal, nak berjimat :), hahaha, teruk betul saya kan? Dengan anak anak pun nak berkira! Mestilah... dengan keadaan ekonomi sekarang ni, semua barang dah naik. RM50 yang ada kat dalam beg, kejap jer habis. Kalau pegi atm nak cucuk RM50, baik tak payah. Tak banyak sangat boleh beli dengan RM50. Disposable diapers (DD) anak anak kadang kadang mencecah RM200. Sekali fikir, kan best kalau tiap bulan TAK perlu belanja RM200 untuk beli DD. Banyak jugak boleh belanja dengan RM200. So, bila duk baca blog pasal mommies mommies yang berCd ni, mmg teringin sangat nak cuba.

Saya mula dengan kos yang agak rendah. Harga Cd babyland printed dan Rainbow RM26 setiap satu. Saya ada dua keping babyland dan dua keping rainbow. So kos semua sekali RM104. Pastu saya ada Cd Sunny baby Minky dan Coolababy All in One. Masing masing RM33 setiap satu. So total semua sekali RM170 termasuk kos penghantaran. Saya boleh dapat enam Cd dengan harga RM170, belum  lagi mencecah RM200. Disebabkan saya cuma ada 6 keping Cd, kadang kadang kena top up jugak dengan DD sbb tak sempat nak rotate. Tambah tambah kalau danish kerap poo poo. Lagi la cepat habis!

Alhamdulillah, mmg tak de masalah nak handle Cd ni. Masa mula mula dulu, pernah jugak bocor. Maybe sebab tak cukup pre wash. So, bila dah lama lama pakai, mmg dah tak bocor. Pakai waktu malam pun ok jugak (walaupun Cd saya ni jenama biasa jer). Memang teringin jugak nak beli jenama yang best best sikit, tp bila fikir lagi sekali... baik tak payah, jadi mcm membazir pulak. Yang penting, Cd yang ada dah beri prestasi yang baik. Dapat gaji hari ni, mmg dah plan nak tambah lagi koleksi Cd rainbow... sebab rasanya Cd rainbow adalah yang paling ok dalam koleksi Cd yg saya ada... dapat offer RM25 sekeping tidak termasuk postage. Kalau beli 4 keping, baru RM100... masih lagi jimat RM100 utk kos lampin :). Ni pic danish yang sedang bergaya dengan Cd rainbow nya...
dan yg ni pulak Cd sunny baby minky
sedang lena dibuai mimpi.... ZzzZzzZzzz!

Tuesday, July 20, 2010

danish 5 bulan

Hari ni danish dah masuk lima bulan. Lagi sebulan, dah boleh perkenal solid food kat danish. Tak sabar pulak rasanya. Tak tahu la pulak danish ni jenis yang cerewet makan ke tidak. Macam irfan dan aisyah, memang sangat la cerewet bab makan ni. Tapi aisyah mmg cerewet pasal makan sampai sekarang. Susah sangat nak pujuk makan. Dalam sehari, kalau makan nasi tu dalam dua tiga mulut jer. Pastu dah tak nak. Dia kata dah sakit perut... huhuhu, sabar aje la.

Sekarang ni, danish dah minum 3oz ebm. Dah tak boleh beri 2.5 oz sbb dah tak cukup. Mesti nangis lepas minum susu kalau tak cukup. Ni dikira cabaran jugak ni. Dah la production tak seberapa sekarang ni, permintaan pulak meningkat. Insya Allah, semoga susu ummi tetap cukup untuk danish!

Monday, July 19, 2010

pengalaman bengkak susu

Alhamdulillah, sekarang saya dah kembali sihat. Pengalaman bengkak susu selama lima hari cukup menguji kesabaran. Saya dapat bertahan atas sokongan semua - suami, keluarga dan kawan - kawan (online + offline). Terima kasih tak terhingga pada semua , ya!

Sekarang ni kena lagi rajin mengepam. Disebabkan saya bercuti selama lima hari (3 hari cuti+ 2 hari cuti hujung minggu) dan lebih banyakkan direct feeding, maka hasil pengepaman yang saya lakukan di sebelah pagi tadi amat mengecewakan. Dapat tak sampai pun 1oz. Tapi, tak de la rasa panik sangat sebab dah ada buat stok sikit2 utk bulan puasa. Nak tak nak, memang kena guna dulu stok beku yang ada sebelum pengeluaran susu kembali macam biasa.

Memang dah agak perkara ni akan terjadi sebab saya tak dapat nak mengepam masa B bengkak. Kalau pam pun, mmg susu tak nak keluar. Kekadang tu pam sampai nipple sakit pun, susu tak nak keluar jugak. Jenuh dah mengurut breast dengan lembut , letak daun kobis, letak hot towel, mandi hot shower... semua tak jalan. Aliran susu masih juga perlahan dan B tetap membengkak (tp dah tak demam). So hari khamis, saya dan en suami ambil cuti utk balik kampung. Tak jauh pun, Kota Bahru jer. Sebab dah buat temujanji dengan bidan kampung (saya panggil Mak Su) yang boleh ikhtiarkan untuk merawat bengkak susu.

Bila jumpa dengan Mak Su, dia kata memang B saya tersumbat, sbb tu susu tak boleh keluar. Bila check, dia kata cuma ada satu mata jer utk susu memancut. Kalau normal, kita akan ada antara 4 hingga 6 mata susu yang memancut keluar. Bila diurut B saya, mula la nampak mata mata yang lain. Nasib baik tak rasa sakit masa Mak Su urut B. Risau jugak takut sakit. Dari pengalaman lepas, kalau mak bidan urut nak 'buka mata', memang sakit sangat.

Lepas siap mengurut, Mak Su ada sediakan sedikit daun kubis, bedak sejuk dan sejenis daun ubat. Lupa pula nak tanya nak apa nama daun ubat yg dia bagi tu. Ni rupa bentuk daun ubat tu...
Dia suruh tumbuk daun ubat ni dengan kubis lumat lumat. Lepas tu letak ubat sejuk dan sapukan di tempat B yang bengkak. Lepas sapu ubat yang Mak Su beri, memang B rasa sejuk jer dan bengkak pun hilang.

Mak Su pesan, kalau nak makan makanan macam teh, kopi atau coklat... pastikan bertapis untuk mengelakkan B dari tersumbat. Masa tu terus teringat kat Ummi Ummair ( Betul kata awak!). Minum air milo sekalipun, seelok eloknya bertapis. Lagi satu, saya tanya boleh tak letakkan ubat panas pada B untuk meredakan demam. Mak Su kata, tak boleh... sebab tisu tisu pada B teramatlah sensitif. Kalau nak urut B, gunakan minyak masak pun dah cukup.


Tuesday, July 13, 2010

saya demam :(

Kelmarin saya demam teruk. Sebabnya B saya bengkak. Memang sakit sangat. Dalam tempoh hampir lima bulan menyusukan danish, inilah kali pertama saya demam dengan teruknya. Seluruh tubuh menggigil gigil. Ni bukan kali pertama B bengkak. Kalau bengkak pun, bila danish dah menyusu, ok balik. Bila bagi susu kat danish pun, B masih membengkak dan rasa perit sangat. Bila pam pun, susu tak keluar banyak sangat walaupun B sedang membengkak. Disebabkan tak tahan sangat dengan sakit menahan B yang bengkak dan suhu badan yang terlalu tinggi, saya mengajak en suami ke klinik. Bila Dr check, memang dia kata saya demam disebabkan B yang membengkak. Dr beri cadangan supaya saya menerima suntikan untuk menahan sakit. Disebabkan saya pun memang dah tak tahan sangat dan tubuh sedang menggigil gigil, saya terus jer terima saranan Dr tanpa berfikir panjang. Tapi sempat juga tanya, suntikan tu nanti tak beri kesan ke pada bayi yg sedang meyusu. Dr cakap, biasanya tak beri kesan.

Lepas Dr beri suntikan, memang tak sampai setengah jam suhu badan dan turun dan tubuh saya dah tak menggigil. Dalam hati, kuat betul ubat yg Dr suntik tu. Rasa B yg bengkak dah hilang walaupun B sedang membengkak. Bila danish menyusu pun dah tak rasa sakit. Yang peliknya, walaupun danish duk menyusu di bahagian B yang bengkak, tapi B masih membengkak. Bengkak tak juga surut. Cuma bezanya saya dah tak rasa sakit dan tak demam. Itu semua pasti kesan suntikan yang saya ambil. Kesan sampingan suntikan tu buat saya sedikit loya dan rasa pening pening. Lepas jer solat Maghrib, saya terus tertidur.

Sedar semula dalam pukul 3 pagi sebab rasa nak demam semula. Saya terus ambil air sembahyang utk solat Isyak. Semasa solat Isyak, sekali lagi rasa tubuh menggigil gigil. Mesti masa tu kesan ubat tahan sakit dah hilang. B masih membengkak tapi belum rasa sakit. Lepas solat, saya terus mengepam susu. Bahagian B yang membengkak masih belum keluar susu yang banyak. Dapat tak sampai pun 1 oz. B yang sebelah lagi dapat juga dalam 4 oz. Tekak pun rasa loya dan kepala pun sedikit pening. Lepas minum air milo segelas, saya urut perlahan lahan B yang sedang membengkak. Alhamdulillah, B yang sedang sakit jadi sedikit lembut dan danish juga bangun untuk menyusu. Lepas danish menyusu, B pun jadi sedikit lembut. Saya juga dah boleh tidur semula.

Bangun pagi ni, rasa macam nak MC. Tapi, ada kerja nak kena settle. So, terpaksa datang juga kerja walaupun kelmarin dah minta MC dari Dr. Sekarang ni rasa B dah ok sikit. Harapnya, B saya tak membengkak lagi seperti kelmarin.

Monday, July 12, 2010

irfan dan homework

Bila ambil irfan kat sekolah hari khamis, selalu jer risau bila dia bawak balik fail sekolah. Bukan apa, bila irfan bawak balik fail, maksudnya ada la kerja sekolah yang dia kena siapkan masa weekend. Dengan kata lain, bertambah laa lagi satu tugas saya. Kena pastikan yang irfan siapkan kerja sekolah yang diberikan. Sekali fikir, kesian pulak budak budak zaman sekarang. Umur baru lima tahun, dah kena bawak balik kerja sekolah kat rumah. Tapi nak buat macam mana. Kita kena la ikut peredaran zaman. Kalau tak ikut, lagi la kesian kat anak anak.

Memang agak mencabar nak pujuk irfan siapkan kerja sekolah. Kalau dapat sikit, ok lagi. Tapi kalau dapat sampai 4 5 muka surat, kadang kadang tu kesabaran dah capai tahap maksimum. Macam macam kaedah psikologi kanak kanak kena guna. Paling lama pun, irfan boleh concentrate lima minit jer buat homework. Lepas tu, mula la dia beri macam macam alasan. Irfan dah penat, dah lapar, dah mengantuk, nak main dulu dan macam macam lagi. Nampak gaya, kena cari lagi banyak buku parenting supaya lebih bijak menangani dolak dalih anak anak.

Tapi, dalam duk tension nak suruh irfan buat kerja sekolah, sempat lagi snap beberapa keping gambar. Saja nak abadikan dalam blog ni supaya irfan boleh tengok bila dia dah besar. Nanti mesti dia akan faham kenapa umi asyik duk suruh siapkan homework. Jom kita layan pics yang ada...

isi kandungan dalam fail sekolah
tak lupa pensil warna dan kotak pensil
irfan sedang tekun buat kerja sekolah
aisyah pun join sama
close up
sempat lagi posing bila sedar sedang umi tangkap gambar
dari tak pakai baju, sempat lagi pakai baju sbb nak posing :)
Apa apa pun, umi doakan semoga anak anak umi akan berjaya di dunia dan akhirat, Insya Allah!

Thursday, July 8, 2010

beralih kepada lampin moden

Sebenarnya, dah sebulan lebih danish dah beralih pada cloth diapers (Cd) atau lampin moden. Sekejapnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam dapat bungkusan Cd yang diorder online. Tup tup, dah sebulan lebih rupanya danish berCd. Tak banyak pun koleksi Cd danish. Jom kita tengok koleksi Cd yg danish ada...

semuanya ada enam keping sahaja
dua keping cd babyland printed
dua keping cd rainbow
satu jenis button dan satu jenis velcro
sekeping cd Coolababy all in one
dan sekeping cd sunny minky velcro
Tp yang ni (cd sunny minky) sebenarnya order utk aisyah supaya senang nak ajar potty train. So, sekarang ni aisyah guna Cd ni pada waktu malam sahaja sebab aisyah dah lulus potty train pada waktu siang. Senang betul nak ajar potty train kat anak perempuan rupanya.

Setakat ni danish tak berCd sepenuhnya sbb baru ada enam keping, tak sempat lagi nak rotate. Kena tambah stok lagi, baru boleh 100% berCd :). Rupanya tak susah nak berCd ni. Masa nak buat keputusan utk beralih ke Cd, rasa berat hati jugak. Selagi tak cuba, kita tak tahu kan? Tp bila dah mula berCd, memang saya takkan berpaling ke belakang lagi :)

Tuesday, July 6, 2010

dari deep freezer bertukar ke fridge

Dalam entry lepas, saya ada cerita yang en suami dah bagi lampu hijau untuk beli deep freezer gara gara semua fresh EBM dah musnah. So, episod men'survey' harga deep freezer pun dijalankan. Tp, bila kami bincang balik, macam tak praktikal pulak nak beli deep freezer. En suami suggest beli fridge dua pintu jer. Lagi praktikal katanya. Saya tak kisah, janji ada tempat yg boleh simpan EBM. Deep freezer ke, fridge ke.. terima jer dengan hati terbuka.

Alhamdulillah, tercapai juga dapatkan wish list ni. Sekarang dah dapat peti baru dua pintu. Kena rajin buat stok la lepas ni. Peti lama yang dah berkhidmat lima tahun tu nak kasi kat abg ipar. Ingat nak bawak datang opis, en suami tak kasi. Takkan sampai fridge pun nak angkut pegi opis, kata en suami... hehehe, bukan apa. Nak berbakti pada kawan kawan jugak. Ramai yang pengepam tegar kat opis, tapi fridge tak de. So, masing masing kena bawak ice pack dan letak dalam cooler bag. Kalau ada fridge kan, best? Boleh laa offer kat sapa yang  nak letak EBM. Dapat gak pahala! Setakat berangan boleh laa...

Setakat ni dulu la entry untuk hari ni. Kat bawah ni ada beberapa pic peti sejuk lama saya sebagai kenangan nak letak dalam blog ni. Lepas ni dah jadi hak milik orang lain. Tp ada gambar baby dalam fridge ni. Itu la irfan masa kecik. Kalau tak silap, masa ni umur dia baru 10 bulan. Baru lepas pindah rumah sewa rasanya masa pic ni diambil. Tak sempat on lagi fridge, dia dah siap explore kat dalam fridge tu :)


Siap bye bye lagi kat umi dia yg tengah ambil gambar

Ke, ajak umi masuk sekali dalam fridge???

Sunday, July 4, 2010

pengalaman EBM musnah

Masa mula- mula masuk kerja, mmg ada juga buat stok EBM beku. Saya letak dalam bekas dadih. Setiap bekas, saya isi dalam 2 - 2.5 oz EBM. Walaupun stok tak banyak sangat, dapatlah jugak la dalam 20 bekas. Tapi malangnya, semua sekali terpaksa dilupuskan macam tu jer sebab freezer byk sgt frost. So, bila dah defrost... frost cair, EBM pun cair.. huhuhu, sedih sangat time tu! Tapi nak buat macam mana, benda dah terjadi. Ini la risiko bila ada fridge satu pintu. Biasanya kalau frigde yg dua pintu, mmg takde frost bhgn freezer.

Lepas jer kejadian tu, saya pun dah tak buat stok EBM beku. Saya bekalkan danish dengan fresh EBM setiap hari. Alhamdulillah, saya dapat bertahan bekalkan danish dengan fresh EBM. Sehinggalah terjadi satu lagi tragedi yg tak dapat saya lupakan sampai bila bila. Stok fresh EBM saya habis musnah semua sekali sbb pintu fridge tak tutup rapat. Tak tahu pulak kerja siapa, sama ada aisyah atau irfan.

Biasanya lepas sembahyang subuh, saya akan terus mengepam. Masa tu tak perasan lagi pintu fridge tak tutup rapat. Lepas mengepam dan nak masukkan EBM dalam fridge, mmg terkejut sgt bila sedar yg pintu yang tak bertutup rapat. Perasaan masa tu, hanya Allah saja yang tahu. Saya beristigfar banyak banyak dan cuba bertenang. Saya pun rasa EBM yang ada dalam fridge satu persatu. Uwaa... dah tak boleh nak guna! Mmg dah nak nangis dah masa tu sbb semua skali EBM dan rosak. Kalau nangis pun tak guna, bukan boleh kembalikan EBM tu pun. So, time kritikal mcm tu kena fikir dengan lebih waras. Nak snap gambar EBM pun xde mood :(

Nasib baik dapat banyak juga EBM yang dipam pagi tu. Dapat la dalam 3 botol x 2 oz. Cukup untuk 3 kali penyusuan. Sebelum tu, saya tak pernah lagi guna double pump sbb sayang nak guna. Bila dah jadi mcm ni, terpaksa juga guna utk dapatkan EBM yg optimum. Apa yang saya buat, setiap dua jam sekali saya akan mengepam (guna double pump). Walaupun dapat dalam 1 oz pun setiap kali mengepam, mmg rasa syukur sangat. Dalam masa yang sama, saya gugle kat internet cari maklumat pasal makanan dalam kategori milk booster dan tanya kawan kawan dalam facebook. Sejak itu jugalah saya mula makan lobak putih dan air longan kering+kurma merah. Saya juga banyakkan makan buah kurma dan minum air barli, horlick. Waktu malam pun saya bangun untuk mengepam. Sebelum ni mmg malas sangat nak bangun malam utk mengepam.

Alhamdulillah, atas sokongan keluarga dan kawan kawan, saya mampu survive. Terima kasih pada semua. Kalau tak silap, dua hari selepas kejadian bekalan EBM sangat melimpah ruah. Mungkin hasil pengambilan milk booster dan mengepam setiap dua jam. Tapi yang penting, mind set kena sentiasa positif. Tak boleh rasa tertekan, baru susu pun bleh keluar dengan lancar.

Tetapi, apa yang berlaku memang ada hikmahnya. Ia mengajar saya supaya buat stok EBM beku, makan makanan penambah susu dan kena rajin mengepam. Tapi yang lagi best, lepas tu en suami dah bagi green light nak beli deep freezer. Yippie... seronoknya, boleh beli deep freezer....sayaaang abg!