Wednesday, June 29, 2011

my entertainer

Betul la kata orang
tanpa anak-anak, mesti rasa mcm ada benda tak cukup
dgn kata lain, hidup tak lengkap kan
bila tgk telatah dan aksi anak anak
kekadang tu tak kering gusi dibuatnya
kekadang tu terfikir, boleh juga hidup tak tgk tv rupanya
nak buat mcm mana, sbb tv anak anak dah concour
sekarang saya dah tahu jawapannya
sbb saya dah penghibur saya sendiri
mereka adalah my own children
terima kasih, Ya Allah atas nikmatmu yang tak terhingga ini

ni aksi irfan dan aisyah malam tadi
masa saya tidurkan danish
baru jer nak marah  dia org sbb bukakan pintu
tapi tak jadi nak marah bila tgk muka mereka berdua
cepat cepat capai kamera dan layan setiap telatah mereka
peace no war
gaya org naik kuda
ntah apa yg dibisikkan oleh mereka berdua
ok, set the strategi
ooo.... bincang nak buat persembahan rupanya

bila perhatikan topi yg dia org pakai tu
rasa kagum pun ada
pandai pula si irfan buat topi siap ada penyangkut lagi
supaya topi tak mudah tercabut
itu adalah hobi terbaru irfan
suka sgt invent benda baru
and he keeps asking me
"boleh tak 'abe' nak jadi scientist?"
dan saya selalu jawab
"mesti la boleh :)"

Harapnya impian Irfan boleh jadi kenyataan suatu hari nanti, Insya Allah

NuKilaN:

Monday, June 27, 2011

anak-anak @ 14 months

Hari ni pun entry kenangan juga
nak flash back semula rupa anak anak masa kecil
bila tengok muka danish, mcm muka irfan masa kecik
walaupun dari segi kulit agak gelap sikit, hihihi
tapi, bila godek balik album lama
muka dia org memang berbeza
check it out!



betul kan saya kata tak sama?
ke sama, tapi tak serupa
mana mana aja laaa :)
NuKilaN:
 

Wednesday, June 22, 2011

gigi

saja nak letak pic gigi anak anak sbg kenangan
setakat ni, anak anak mmg request utk gosok gigi setaip kali mandi
termasuk la danish
dah pandai tnjuk kat bekas simpan berus gigi
selagi tak bagi berus gigi
selagi itu la mulut danish duk bising nakkan berus gigi

kita mulakan dgn gigi irfan
tengok karies gigi dah semakin bermaharajalela
mungkin disebabkan teknik menggosok gigi yang tidak betul
setakat ni pernah sekali bawak irfan jumpa dentist
sbb dia mengadu selalu sakit gigi masa makan
ingatkan boleh tampal, tapi dr kata kena cabut terus
gigi susu tak perlu tampal :)
tapi disebabkan irfan baru berumur 4 thn masa tu
so, dr tak suggest utk cabut
dia suruh ajar anak belajar baca nak buang sisa makanan yang terlekat kat gigi guna floss

jom intai gigi aisyah pula
susunan gigi aisyah tak berapa teratur
tak pasti pula kenapa jadi mcm tu
mungkin kerana aisyah suka sangat menggigit benda keras semasa bayi
tapi walaupun susunan gigi tak cantik, karies belum lagi menyerang
pandai juga aisyah jaga dan berus gigi 
setakat ni, aisyah belum pernah lagi mengadu sakit gigi

mcm mana pula dengan danish?
hehehe, danish baru ada 6 batang gigi di usia 16 bulan
4 batang bhgn atas
dan 2 batang kat bawah
dah lama cuba nak snap gambar gigi danish
tapi sampai sekarang belum berhasil
huhuhu, gambar mcm ni pun jadi la,ek?

NuKilaN:

Monday, June 13, 2011

allergik

bila danish kena allergik, kesian sangat bila tengok
sebelum bercerita lebih lanjut, tgk pic dulu
apa pendapat mommies, terukkan?
sekarang ni masih mencari punca danish allergik
masa mula mula, ingatkan danish allergik susu lembu
sebab bila dia curi minum susu kotak dutch lady perisa coklat
mesti muka dia akan allergik
walau minum hanya seteguk dua
habis satu muka jadi gatal gatal
terutamanya bahagian mata dan hidung
tapi kekadang bila dia makan makanan yang mengandungi susu lembu, mcm takde masalah pun
contohnya, danish boleh pula makan dadih susu lembu tu
takde pulak kena allergik

lepas tu, saya ingatkan danish allergik dengan coklat
pic yg disnap ni pun adalah semasa danish makan coklat
masa tu saya sedang lena dibuai mimpi
sekali dengar danish merengek nakkan susu
bila terjaga, bukan main terkejut lagi tengok muka dan sekitar leher yang dah merah
kemudian nampak kesan coklat kat pipi danish
saya buat kesimpulan, sah yang danish allergik dgn coklat
tengok la jari danish tengah menggaru tu disebabkan gatal
kesian kat anak ummi
tapi, nak kata allergik coklat pun tak juga
kekadang dia boleh makan coklat tanpa masalah
sampai sekarang, masih lagi jadi tanda tanya...
danish ni allergik kat apa la agaknya?
 
tapi biasanya, allergik tu tak lama
dalam masa setengah jam dah hilang
sebab tu each time kena allergik, tak sempat nak bawa pergi klinik
baru bersiap nak ke klinik, allergik tu dah hilang :)

NuKilaN:

Wednesday, June 1, 2011

tiga bukan dua

Cepatnya masa berlalu
danish dah semakin besar
lagak pun dah mcm abg dan kakak
kekadang tu dah pandai buat nakal
semua yg abang dan kakak buat, danish nak ikut

suatu petang, lepas pulang dari kerja
saya singgah ke kedai membeli barang dapur
kebetulan lalu depan rak berus gigi
so, saya pun beli dua batang berus gigi utk anak anak
satu untuk aisyah
dan satu untuk irfan
saja nak gantikan berus gigi dia orang yang dah nak rosak

balik jer rumah
terus bagi berus gigi kat kat abang dan kakak
sekali si adik menangis
sebab dia punya tak ada
huhuhu, mcm mana la ummi boleh lupa
ada lagi sorang yang dah ada gigi
teruk betul ummi ni kan
selalu lupa yang danish dah besar

kebetulan saya juga beli berus gigi untuk kami berdua (ummi dan abah)
saya bagi yang saya punya kat danish
tapi langsung dia tak nak
pandai pula bezakan berus gigi utk kanak kanak
dan berus gigi utk orang dewasa
nasib baik abang baik hati
bagi adik pegang dulu utk main main

tapi bukan stop setakat tu tau
pandai pulak suruh tanggalkan baju dia
then suruh buka seluar
huhuhu, nak mandi la pulak
so, ummi pun layan kan aje la
lastly,
jom skodeng danish yang sedang mandi


NuKilaN: