Yang pasti, beza antara BGWP dengan Sunway Lagoon adalah BGWP ni memang 100% permainannya adalah melibatkan air. Kalau tak silap, Sunway Lagoon ada dua part (wet and dry), kan? Kira BGWP ni amat sesuai untuk kanak-kanak yang sukakan air.
Lepas pintu masuk, kita akan jumpa papan tanda ni.... maklumat yang membantu kita mengenali BGWP dengan lebih dekat lagi especially untuk keluarga yang pertama kali datang seperti kami ni :)
peta lokasi |
Sebelum main air, kami ke kaunter BGWP untuk sewa pelampung, cabana dan loker. Tengok la anak-anak yang dah tak sabar nak main air. Bila abah letak jer pelampung atas lantai, mereka bertiga terus panjat naik atas pelampung tu.
berebut nak naik pelampung |
danish yangs edang berehat di cabana |
danish dan aisyah di coco beach |
Bila anak-anak sedang ralit main air kat CB, kami suami isteri tinggalkan anak-anak bawah jagaan pembantu rumah. Hehehe, kami berdua naik gelongsor di Tree Top Hill Slides (TTHS). Mula-mula, rasa takut juga bila tengok slide yang bukan main tinggi dan bersimpang siur tu. Tapi, saya cuba juga pujuk si suami supaya setuju. Tengok la bentuk slides tu yang membuatkan si suami fikir lebih dari 10 kali:
terdapat 3 jenis gelongsor..(13) Crystal Slide (14) Galaxy Slide (15) Canopy Slide |
Mula-mual kami cuba Galaxy Slide (no 14). Fuh, memang mencabar nak tunggu sampai ke hujung. Entah berapa kali belok baru sampai. Dah la suasana dalam slide tu gelap gelita. Sebab tu dia panggil galaxy kot.
Lepas galaxy slide, kami cuba crystal slide pula. Rasanya ok skit berbanding galaxy tadi sebab suasana dalam gelongsor cerah dan tak banyak sangat beloknya. Lepas naik crystal slide, saya nak cuba canopy slide, tapi en suami dan surrender. Huhuhu, bersyukur aje la dapat merasa naik dua slide pun kan daripada tak dapat naik langsung, betul tak?
To be continue....
NuKilaN: