Tuesday, August 16, 2011

bila adik dan kakak solat

Danish sekarang suka ikut apa yang si kakak buat. Kadang-kadang ada juga adegan si kakak dibuli oleh si adik. Apa yang saya nak kongsi hari ni  adalah telatah mereka yang belajar solat.

Mula-mula, danish perhatikan jer aisyah yang sedang solat. Ada juga danish ikut sikit-sikit apa yang aisyah buat. Tapi lagi banyak pemerhatian berbanding tindakan :p
Sedang danish memerhati aisyah solat, tiba-tiba telefon abah berbunyi. Kebetulan abah belum selesai mandi dalam bilik air. Cepat-cepat danish capai telefon dan kasi kat aisyah. Even masa tu aisyah masih lagi solat - hihihi, kelakar pula rasa masa saya perhati gelagat dua beradik ni.
Aisyah yang tak nak hampakan perasaan di adik, terpaksa melayan danish. Sedang solat pun boleh cakap telefon. Hahaha, ummi memang duk tahan gelak jer. Siap letak kat telinga kakak suruh cakap telefon.
Lagi satu perasan tak yang aisyah dah bertukar sejadah.. ini pun gara-gara danish juga... sekejap nak sejadah besar, sekejap nak sejadah kecil.. nasib baik si kakak seorang yang sabar dan bertolak ansur dengan danish. Kalau tak, mesti kecoh sebab berebut sejadah. Kakak memang baik, kan?

NuKilaN:

3 comments:

  1. hua hua...mcm same je dgn kejadian yg berlaku di rumah ni....

    ReplyDelete
  2. tu lah... seronok tegok telatah anak-anak... hilang stress kat otak :)

    ReplyDelete
  3. Kalau sayalah dah tentu-tentu terbatal sembahyang sebab tak khusyuk. Mana boleh tahan tengok gelagat budak-budak ni kalau bersembahyang. Siap boleh main pause, pause gitu.

    ReplyDelete