Monday, August 22, 2011

hari lahir ke-4

22 Ogos 2011 bersamaan 22 Ramadhan 1432 H, genaplah umur Aisyah empat tahun.
Sekejap jer anak dara saya ni dah besar :)

Pengalaman mengandungkan dan melahirkan Asiyah sangat indah. Sepanjang mengandungkan aisyah, ada juga dua tiga kali bleeding apabila berjalan jauh menaiki kereta disebabkan uri berada agak rendah. Tapi dalam bulan terakhir kehamilan, uri berada dalam kedudukan normal.

Alhamdulillah, proses melahirkan Aisyah juga berjalan lancar. Aisyah lahir sehari selepas majlis kahwin Ayah Fiz di rumah tok ummi. Pandai pula Aisyah tunggu majlis selesai dulu, baru keluar dari perut ummi yer!

Sakit perut mula dirasa pagi 22 Ogos 2007 dalam pukul 10 pagi. Disebabkan ramai juga sanak saudara yg kebetulan sakit perut (mungkin disebabkan makan gulai yang dah tercemar), saya biarkan jer rasa sakit yang sedang memulas. Tiba-tiba terdetik dalam hati, jangan-jangan sakit perut ni adalah tanda nak bersalin?

Kemudian, saya sibuk bertanyakan mak2 saudara yang masih berada di rumah (mcm mana sakit perut nak bersalin?). Kelakar sangat rasa, macam nak bersalinkan anak sulung pula. Memang betul-betul lupa, macam mana rasa sakit bersalin. Dalam sejam dua tu, saya asyik berulang-alik ke tandas. Tapi tak de pula sebarang hasil buangan. Tanda nak bersalin pun belum ada.

En suami dah ajak pergi hospital. Saya kata, "Tunggu zuhur dulu la. Lepas sembahyang, baru kita ke hospital". Dalam pukul 1, tiba-tiba datang rasa sakit memulas yang mendadak tapi masih boleh ditahan. Masa tu baru saya betul-betul confirm, ha ah, ni memang betul sakit nak bersalin ni. Bila masuk waktu zuhur, saya terus solat zuhur. Masa solat zuhur tu pun, memang sedang menahan sakit contraction.

Lepas solat, saya terus bersiap nak ke hospital. En suami nak solat dulu pun saya tak kasi sebab rasa sakit yang semakin tak boleh tahan. Dalam perjalanan ke hospital (jarak rumah ke hospital dalam 8 km), sakit memulas tu datang sangat kerap. Dalam tiga minit sekali contraction melanda. Risau juga takut tak sempat ke hospital sebab memang dah rasa nak meneran, tapi saya tahan jer. Nanti tak pasal-pasal En suami yang kena jadi bidan kalau bersalin dalam kereta :)

Bila sampai di hospital, saya terus disorong ke dalam labor room ditemani ummi saya (ummi masih sihat ketika itu). En suami terus ke surau untuk solat zuhur selepas parking kereta.

Dalam beberapa minit, Dr Suzi datang. Dr Suzi pegang dan golekkan sedikit bahagian perut. Serentak dengan itu, terdengar air ketuban pecah dan kain terasa panas dibasahi air ketuban. Kemudian Dr Suzi kata, "Nur, sekarang awak dah boleh teran". " Eh, betul ke Dr, dah boleh teran ni?". " Ah, ah. Bila rasa contraction, terus kumpul tenaga dan teran yer!".

Dalam rasa percaya tak percaya, saya terus meneran dengan sepenuh tenaga bila rasa contaction datang. Alhamdulillah, Aisyah berjaya dikeluarkan dengan sekali teran. Masa tu, macam tak percaya jer. Eh, betul ke saya dah bersalin ni?

Lepas bersalin, baru sedar yang En suami tiada di sisi. En suami tak sempat nak tengok detik bersejarah Aisyah dilahirkan. En suami kata, "Lepas abang solat, memang dengar suara baby menangis. Tapi, macam tak logik kalau ayang dah bersalin". Saya cuma senyum jer sambil mengucapkan syukur kepada Allah. Syukur alhamdulillah sebab segalanya telah dipermudahkan oleh-Nya.

Terasa keluarga dah lengkap dengan kehadiran puteri saya, Aisyah binti Azahan! Itu kejadian empat tahun lalu.
Aisyah, beberapa jam selepas dilahirkan

Kini, Asiyah dah besar panjang. Seorang yang sangat petah berbicara dan kuat pendirian. Bila bersoal-jawab dengan aisyah, kena beri jawapan yang aisyah betul-betul puas hati baru sesi soal jawab tu akan berakhir.
Selamat hari lahir yang ke-4, Aisyah!
Semoga Aisyah berjaya di dunia dan akhirat, amin....
Ummi sayang aisyah... muuuahh!
NuKilaN:

4 comments:

  1. alor..suwetnya...kenangan takleh lupa sampai bila2 kan kak??

    moga aisyah jadi anak yg baik & berjaya dunia akhirat..

    psstt..if anak sy yg ni gurl, nama dia samela depa ni nnti..sy mmg nak buh nama ni if dpt bb gurl sejak dari dulu lagi..:-)

    ReplyDelete
  2. huhu cepat jer kan

    Hepi bufday Aisyah !!
    Jadi anak yg soleha yer, ingat mak ayah & sentiasa sihat, ceria & dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
  3. rose: nama aisyah ni mmg kami simpan dari anak sulung lagi :)

    kak tini: tq

    alin: amin.... sekejap jer da besar :)

    ReplyDelete