Sunday, January 1, 2012

1.1.2012

Entry pertama di tahun baru.

Alhamdulillah, impian tahun 2011 telah berjaya menjadi kenyataan (mendapat tempat pengajian tahun 2012).

Tidak dinafikan, terlalu banyak kenangan pahit manis yang telah dilalui untuk mencapai cita-cita yang satu. Daripada langkah pertama dengan mengambil test IELTS sehinggalah berjaya mendapat kuota dari KPT untuk melanjutkan pelajaran ke University of Bradford, United Kingdom. Kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa atas nikmat yang dikurniakan sepanjang tahun 2011.

Lama kan tempoh nak dapat cuti belajar? Hampir genap setahun. Tapi sebenarnya lebih dari setahun. Kali pertama saya mengambil test IELTS adalah pada 11 Dis 2010. Tanpa sebarang persediaan, saya ambil IELTS selepas menghadiri konferens di Johor Bahru. Hahaha, saja nak tahu sejauh mana current level BI masa tu. Memang dah buat keputusan: kalau dapat 6.0 dan ke atas, boleh la simpan impian untuk keluar negara pada tahun 2012. Tapi, kalau dapat kurang dari 6.0, simpan aje la niat tu jauh-jauh. Buat kata Malaysia cukup la. Tak perlu nak berangan untuk sambung belajar di luar negara.

Bila keluar keputusan, saya dapat band 6.0. Fuh, ada harapan nak buat PhD luar negara. Dah mula cari university luar negara yang memerlukan IELTS 6.0 Nasib baik University of Bradford perlukan IELTS band 5.5 jer. Tapi kalau nak minta scholarship KPT belum lepas. KPT nak band 6.5, baru dapat tajaan. Maka bermula la episod belajar semula BI terutama sekali part grammar. Mula mendengar radio omputih dan menonton movie english untuk menambah vocabulary. Dengan konfidentnya, saya mendaftar untuk mengambil IELTS kali kedua pada 16 April 2011 di British Council (BC), Kuala Lumpur.

Disebabkan kelas sedang berjalan pada masa tu, harapan saya untuk membuat sebanyak mungkin praktis IELTS tidak berhasil. Sungguh tinggi cabaran untuk membahagikan masa untuk mengulangkaji IELTS dan tugasan pengajaran. Dalam masa yang sama, perlu menyelia pelajar tahun akhir (7 orang) dan melayan setiap karenah dari pelajar yang ramai (masa tu, pelajar saya 123 orang). Sekali lagi saya mengambil IELTS dalam keadaan yang tidak bersedia sepenuhnya. Juga di tempat yang sama.

Kebetulan, kami bertiga semasa saya mengambil IELTS untuk kali yang kedua. Ada betul kata orang, IELTS ni bergantung kepada rezeki juga. Test kali ni agak susah berdanding yang sebelumnya. Agaknya bukan lagi rezeki saya untuk mendapat band yang dikehendaki. Saya tetap mendapat band 6.0. Kami bertiga gagal mendapat band 6.5. Masa tu saya rasa sangat terkilan. Belajar ke, tak belajar ke, dapat band yang sama juga. Tapi saya tetap tak mahu menyerah kalah.

Untuk kali yang ketiga, saya telah mendaftar di IDP Kuala Lumpur. Saya menukar pusat ujian disebabkan suasana test semasa kali kedua di BC amat mengganggu. Semasa listening test, audio yang dimainkan tidak jelas kedengaran. Pada bulan Mei 2011, para pelajar telah selamat menduduki peperiksaan akhir dan saya mempunyai lebih masa untuk mengulangkaji IELTS. Pelajar akan bercuti panjang iaitu selama 4 bulan (Mei - Sept).

Saya mengambil IELTS untuk kali yang ketiga pada bulan Jun. Memang saya susun jadual dengan lebih teratur. Awal pagi dah sampai opis dan balik selepas solat Asar. Dalam sehari, saya dah budget untuk siapkan satu praktis test. Selagi tak siap satu praktis test, saya takkan balik ke rumah. Nasib baik suami sangat memberi sokongan dan dorongan.

Untuk kali yang ketiga, baru saya berjaya mendapat band yang diingini - 6.5. Alhamdulillah, sangat bersyukur atas kejayaan tersebut. Ia adalah pencapaian paling manis dalam tahun 2011.

*** to be continued ***



nota ummi: agak-agak, ada tak orang nak baca sambungan ni??? Tapi tak kesah la, saya nak imbas semula detik bermakna sepanjang 2011... tahun yang penuh dengan ujian dan dugaan.... 

NuKilaN:
 

16 comments:

  1. ada la kak..hehe.
    saya tumpang bangga dan tumpang kagum dengan kejayaan dan semangat akak yg tak pernah putus asa. moga tahun 2012 memberi sinar yang lebih2 bermakna lg dlm hidup akak.
    ;)

    ReplyDelete
  2. hahaha, terima kasih atas sokongan :)
    Insya Allah, bila masa mengizinkan akak sambung lagi yer :)

    ReplyDelete
  3. sambung k nor.... bg semangat sikit kt org lain. saya dulupun bukan sekali amik.

    ReplyDelete
  4. hahaha, memang akan bersambung cuma tak tahu lagi bila...

    ReplyDelete
  5. tahniah Nur.. gigih tu.. 3 kali ambil ujian..

    ReplyDelete
  6. congrats nur :):) kmieja tumpang happy :):)

    ReplyDelete
  7. semangat saya membaca kisah u guys there.. hihihi. will keep reading sampai habis ni I hope.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh, sampai ke entry ni you gali yer…. hahaha, teruskan membaca…. nak cakap awal2, nothing interesting…. ekekkekke

      Delete
  8. tumpang tnya kak..sush sngat kew exam tu..rse2nya klau tuk org yg bhsa ingris die yg thap pras jari kaki nie lyak kew nak amek exam tu..

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata susah sgt tu xde la… cuma kena banyakkan praktis…. bila dah cukup praktis, baru daftar… jangan main redah jer mcm saya :)

      Delete
  9. assalamualaikum kak,

    saya terjumpe akak punya blog masa tengah2 cari pasal IELTS. saya tengah berusaha untuk dapat band 6.5 jugak untuk ke germany, insyaAllah september ni.

    first time ambil IELTS 2 tahun lepas, dapat band 6, terus give up nak sambung master ke UK. kali ni ada offer ke Germany dari KPT, ambil IELTS lagi sekali, dapat band 6 juga. sedih betul.

    akak rasa ada peluang tak kalau bersertakan offer letter dari uni dari Germany tu sendiri, kita buat rayuan dengan band 6 tu? sebab Germany requires band 6 je. nak ambil lagi, mahal sangat la.

    Selamat belajar kembali :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. KPT mmg letak syarat 6.5 tu… pengalaman sebelum ni, mmg KPT tak lepas kalau below 6.5… laa, cuba la lagi sekali…. pelaburan masa depan :)

      Delete
  10. Wow, penat saya mencari-cari entri yang satu ini. Di sini rupanya segalanya bermula di Bradford ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah, jumpa juga akhirnya…
      gigih menggali yer? teruskan usaha anda, ekekkeke

      Delete