Tuesday, January 3, 2012

darjah satu

Hari ni Irfan dah naik darjah satu. Awal pagi lagi dah bangkit dan cakap, "Ummi, dah boleh mandi ke nak pergi sekolah?". Masa tu baru pukul 6.00 pagi. Baru kedengaran azan subuh. Saya kata, "Tunggu ummi lepas solat, baru mandi."

Selesai saja solat, Irfan kata, "Ummi, abang nak sarapan hari ni boleh?". "Boleh, abang nak makan apa?". "Ermm, nasi goreng boleh?". "Boleh". "Ummi pergi la buatkan sekarang, nanti lewat pulak abang nak ke sekolah". Hehehe, layan aje la karenah Irfan di pagi hari.

Bila Irfan mandi, saya ke dapur siapkan sarapan. Selesai mandi dan berpakaian seragam sekolah, dia terus ke dapur. "Ermmm... sedapnya nasi goreng ummi". Hihihi, berbunga hati ummi dapat pujian dari anak di pagi hari. Padahal masak simple-simple jer. Nasi goreng ekspress sebab lima minit dah siap."Esok, ummi goreng nasi macam ni lagi yer!". Saya cuma mengangguk jer.

Lepas makan, Irfan minta duit saku. "Ummi, semalam ummi kata nak bagi dua ringgit. Cepat la ambil, nanti abang lewat ni". Saya pun menghulurkan duit kertas dua ringgit. "Abang nak beli apa dengan dua ringgit ni?". "Ermm, agak-agak ada tak mi rebus kat sekolah?". Saya kata, "Jangan makan mee rebus, beli jer mee goreng". Hehehe, mentang-mentang la saya selalu order mee rebus kalau makan kat luar, kat kantin sekolah pun nak order mee rebus. Kemudian saya tanya, "Nanti abang nak beli air apa?". "Tengok la dulu... abang beli air fresh orange ke, air laici ke?". "Eh, mana cukup nak beli mee rebus lagi, fresh orange lagi dengan duit dua ringgit. Nanti abang beli air sirap aje tau".

Huhuhu, risau saya dibuatnya. Agaknya apa Irfan akan buat dgn duit dua ringgit tu? Harapnya dia tak belanjakan kesemua sekali dan masih ada baki untuk disimpan dalam tabung. Saya amat risau sebab ini adalah kali pertama Irfan memegang duit dan perlu memebelanjakannya. Harapnya Irfan bijak dalam berbelanja :)

Tapi hari ni Irfan ke sekolah bersama abahnya sebab abah dah mula cuti tanpa gaji. Kalau ikutkan saya nak jugak ikut ke sekolah, tapi danish pula demam. Tak best jugak nak lepak lama-lama kat sekolah bila danish duk merengek-rengek. Saya cuma kirimkan kamera untuk tengok suasana kelas Irfan. Malangnya, gambar yang sempat diambil cuma beberapa keping sahaja sebab kamera kehabisan bateri. Nanti nak upload gambar tu kat blog ni bila masa mengizinkan :)

NuKilaN:
 

2 comments: