Friday, September 28, 2012

Berries liar

Berries termasuk dalam golongan summer fruits
Masa summer hari tu, banyak berries liar tumbuh di tepi jalan
Masa jalan dari rumah ke uni tak sempat nak petik
Bila balik dari uni ke rumah, saya pun mulakan operasi...
Memetik berries liar... best best!

Ni pokok berries dekat dgn uni
Zoom dekat sikit...
Lokasi sebenar tempat memetik...
Jalan belakang universiti!

Antara hasil tuaian
Bila rebus, dapat minum air berries yang sangat sedap.. nyum nyum!

NuKilaN:
 

Thursday, September 27, 2012

Lori Malaysia

Balik sekolah, Irfan dengan gembiranya menunjukkan gambar lori yang dilukisnya di sekolah. Dia kata, lukisannya dapat nombor satu dan dapat sekeping pembaris plastik berbentuk lori. Bila si anak menunjukkan lukisan kepada abahnya, terjadilah perbualan berikut:

Abah: Eh, kenapa lori ni mcm bendera M'sia jer?
Irfan: Dah kita kan datang dari M'sia, kena la lukis lori Malaysia.

Hahaha, saya pun nak tergelak dengar perbualan si abah dan si anak. Tapi bila tengok balik gambar lori tu, ada benarnya kata si abah. Dan jawapan si anak juga tersangatlah jujur. Identiti melayu dan Malaysia tetap dihati walau dah lapan bulan merantau negara orang :)

Muka seronok dapat hadiah :)

NuKilaN:
 

Tuesday, September 25, 2012

Terima kasih

Alhamdulillah, danish dah beransur baik. Ada batuk sikit-sikit jer. Cara dia bernafas dah kembali normal. Baru la saya senang hati nak pergi sekolah :)

Mula-mula agak cuak dengan cara rawatan asthma di sini. Dengan nafas tercungap-cungap, doktor kat GP macam relaks jer ....mcm tak de apa yang berlaku. Langsung tidak diberikan ubat. Kalau kat M'sia, mcm Aisyah dulu dah kena tahan dalam wad.

Bila saya request nak neb, doktor kata tak perlu sebab ubat yang digunakan ada steroid. Kalau boleh, doktor tak nak biasakan anak-anak dgn steroid. Kalau kat M'sia, saya tak pasti pula samada ubat yang digunakan mengandungi steroid atau tidak. Tak pernah pula tanya doktor kandungan ubat utk nebulizer masa di M'sia.

Terima kasih juga pada Izu yang yang berkongsi cara menggunakan inhaler dalam komen ni...

"Btw ank izu inhaler tU sekali amik 10puff and setiap 2 jam, bila dh ok sket baru krg kan puff jd 8, 6 gitu dan waktu pon krg setiap 4jam sekali then 8jam sekali . Klu dh ok stop.."

Memang nak cerita mcm tu tapi tak pandai pula sebab duk fikir, apa ek istilah puff dalam bahasa melayu? Padahal boleh jer belasah guna puff, orang boleh lagi faham :)

Ada juga beli Habbatulsauda, tapi tak tahu cara nak guna. Ada org kata boleh letak jer dalam masakan tapi belum ada masa nak explore.

Setakat ni saya kerapkan beri Danish makan madu bagi mengurangkan batuk dan kahak. Dalam masa yang sama, saya berikan danish ubat untuk menguatkan sistem imun, 4life Transfer Factor.

Yg saya bagi kat danish yg warna biru muda, yang warna biru tua tu transfer factors plus - tersilap beli... so yg biru tua saya kena makan.

Terima kasih juga pada mommies yang mendoakan danish :)

NuKilaN:
 

Saturday, September 22, 2012

Rawatan lelah di UK

Sekarang musim dah menginjak ke autumn. Cuaca dah mula sejuk. Suhu sebelah malam mencecah 4 degree celcius. Maka bermula lah episod memakai baju beberapa lapis dan memasang heater.

Dalam suhu sejuk begini juga, Danish mudah terkena lelah. Dua hari lepas dia mula menunjukkan simptom lelah. Paling ketara malam semalam. Langsung tak boleh tidur. Setiap jam dia akan terjaga dan batuk-batuk. Selepas diberi inhaler, baru danish akan sambung tidur.

Kalau di Malaysia, Danish pasti akan diberi nebulizer untuk mengurangkan lelah dan membolehkan Danish bernafas dengan selesa - jika dibawa ke klinik. Kemudian Danish akan dibekalkan ubat sirap salbutamol, ubat batuk, dan ubat mengurangkan kahak. Kalau lelah berserta demam, kena tambah paracetamol dan antibiotik. Saya pernah buat entry pasal lelah di sini.

Di UK, cara rawatan sangat berbeza. Kanak-kanak tidak akan diberi nebulizer walau seteruk mana lelah yang dialami. Kalau anak dibawa ke bahagian kecemasan sekalipun, rawatan nebulizer tidak akan diberikan sama sekali kerana ubat yang digunakan untuk nebulizer mengandungi steroid. Maka mereka mengelakkan pengambilan steroid di kalangan kanak-kanak.

Apa yang dibuat ialah mereka cuma menggunakan inhaler sahaja. Inhaler diberikan sehingga kanak-kanak boleh bernafas dengan baik dalam selang masa yang agak lama (tak pandai pula nak terang cara guna inhaler yang disyorkan oleh doktor, huhuhu).

Bila Danish kena lelah, saya tak terus bawa ke klinik. Saya hanya menggunakan inhaler yang dibekalkan. Jika dibawa ke klinik sekalipun, tiada sebarang ubat akan diberikan. Saya akan bawa danish ke klinik bila ubat inhaler dah habis. Maka, rawatan lelah untuk Danish hanya dilakukan di rumah macam ni....

Semoga danish cepat baik....
NuKilaN:
 

Friday, September 21, 2012

Blue Planet Aquarium

Minggu pertama raya juga kami sempat ke Blue Planet Aquarium di Cheshire. Perjalanan dari Bradford ke Cheshire mengambil masa sejam lebih.

Disebabkan tiada jemputan raya pada hari raya yang kelima, kami bersama dua keluarga yang lain mengadakan lawatan ke sana. Ia adalah lawatan tanpa perancangan awal. Kata sepakat untuk ke sana dicapai dalam masa tak sampai sejam :)

Kita layan gambar dulu.....
Kaunter bayaran
Kami order online, jadi dapat la jimat sikit
Aisyah mengukur tinggi
 Tinggi lebih 92 cm, maka kena bayar
Abang pun nak cuba ukur tinggi jugak
sah2 abang pun kena bayar
 Si adik tunjuk muka boring sebab kena duduk dalam stroller
 Bergambar bersama kawan2
 Sebahagian dari ahli rombongan 
Kanak-kanak yang paling teruja dapat tgk ikan

 Masa ni pertunjukan diving dan demo memberi makan kpd ikan
Irfan dan Aisyah tak nampak pula dlm ni
Mereka duk kat depan skrin, saya tangkap gambar ni kat belakang jer
 Kat sini juga ada tunnel yg mcm Aquaria
Boleh lalu ikut terowong sambil tgk ikan berenang2 di atas kepala
 Danish nak berdiri sendiri atas jalan bergerak tu
 Sempat juga snap ikan jerung yg lalu atas kepala
Giginya tu sgt menakutkan
Suka tengok gambar ni
Rajin betul Aisyah dukung Danish
 nak bagi nampak spider dlm cermin tu
 Posing lagi dekat aquarium
Keluar dari Aquarium, mereka ke playground

Kalau orang tanya, best tak pergi sana? Saya kata, biasa jer.... rasanya kalau pergi Aquaria KLCC pun  best juga. Tapi dua-dua tempat mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Masa pergi sana pun Irfan kata, "Kita pernah datang tempat mcm ni masa kat M'sia, kan?". Saya pun jawab YA. Saya pernah tulis catatan kat blog  mengenai Aquaria di sini.

NuKilaN:
 

Friday, September 14, 2012

pack lunch

Setiap hari saya akan bekalkan bekal untuk anak-anak. Pack Lunch (PL) adalah istilah di sekolah untuk pelajar yang bawa bekal dari rumah.

Sebenarnya ada tiga cara anak-anak boleh makan semasa rehat di sekolah. Ada tiga istilah yang digunapakai iaitu School Dinner (SD),  Home Dinner (HD) dan pack lunch.

Masa mula-mula dengar istilah tu macam pelik juga, kenapa makan tgh hari, tapi mereka panggil dinner. Tapi tanda tanya tu dah terjawab bila baca ayat berikut dari Wikipedia:

Dinner is usually the name of the main meal of the day. Depending upon culture, dinner may be the second, third or fourth meal of the day. Originally, though, it referred to the first meal of the day, eaten around noon, and is still occasionally used for a noontime meal, if it is a large or main meal.

Sebelum ni dah terbiasa, dinner tu adalah panggilan untuk makan malam. Rupanya dah ada salah faham tentang penggunaan istilah dinner. Ke saya sorang yg faham mcm tu? Hehehe...

Ok, berbalik pada SD, HD dan PL. Sekiranya pelajar memilih SD, itu bermakna mereka akan makan makanan yang disediakan oleh kantin sekolah. Mereka perlu bayar £1.50 sehari utk kos makanan. Pernah juga saya tanya anak-anak, best ke makanan bagi pelajar SD? Mereka kata, "Boleh la". Kadang-kadang makan pizza, kentang goreng, sandwiches atau burger termasuk buah sekali. Setakat ni anak-anak belum request utk SD. Alhamdulillah, jimat duit ummi!

Jika HD pula, ibubapa akan mengambil anak-anak semasa rehat untuk makan di rumah. Mereka dibenarkan makan di rumah bersama keluarga. Lepas makan, kena hantar anak balik ke sekolah. Yang ni memang saya tak dapat nak buat. Tak kuasa nak ambil mereka di sekolah dan kemudian hantar semula.

Tentu sekali ini pilihan kami, Pack Lunch.
Kiri Irfan punya, kanan Aisyah punya
Jus buah dan sandwich

Setakat ni, hari-hari saya bekalkan anak-anak dengan pack lunch. Irfan selalu request burger dan kegemaran Aisyah pula daging burger atau roti disapu butter+gula. Kalau tak sempat masak, saya bekalkan kentang goreng atau nugget jer - cepat sbb deep fryer yg bantu :) Alhamdulillah, mereka berdua tak cerewat memilih bekalan utk PL.

NuKilaN:
 

Wednesday, September 12, 2012

WW :: Main pasir

Gambar pagi tadi
Open day kat Princeville Children Centre...
Bukan main happy lagi main kat sana
Ajak balik pun tak nak!
NuKilaN:
 

Tuesday, September 11, 2012

Murtabak kulit popia

Masa berbuka di uni tempoh hari, ada seorang rakan yang bawa murtabak. Saya tanya, canai sendiri ke kulit murtabak ni? Dia kata, tak. Guna kulit popia jer. Ting! Kenapa la tak pernah terfikir sebelum ni. Benda lain tak rasa nak makan sangat, tapi tak tahu kenapa rasa nak sangat makan murtabak. Tapi, ni bukan masuk dalam kategori mengidam tau... jgn cuba buat spekulasi!

Maka bermula la aktiviti mencari resepi. Jumpa la resepi buat murtabak guna kulit popia. Saya rujuk resepi dari sini.

Alhamdulillah, berjaya juga makan murtabak hasil tangan sendiri. Macam ni la rupa murtabak yang saya dapat...


Memang puas hati dapat makan murtabak yang kita buat sendiri, kan?
Cicah dgn sos cili pun sedap jugak :)
Nak buat kuahh cuka tak pandai... hehehe

NuKilaN:
 

Monday, September 10, 2012

Photoshoot Raya

Walaupun jauh dari keluarga, kami seolah-olah beraya sakan juga di sini. Ramai kawan-kawan yang buat open house - hampir setiap hari di minggu pertama Syawal :)

Disebabkan raya pertama tak sempat nak ambil gambar keluarga, saya ulang pakai lagi baju raya pada hari raya ke-4. Selepas menghadiri majlis rumah terbuka di rumah kawan, kami terus gerak ke Lister Park untuk Photoshoot Raya. Jom layan aksi anak-anak di sana, check it out!

Kakak dgn gaya saloma
Bermaafan di taman bunga

 Adik dgn sign "peace" konon... ekekeke
 Mereka bertiga posing bersama
Giliran Adik bermaafan dgn kakak pula
Kami juga happy raya kat sini....
 Last posing sebelum balik...

Kenangan raya pertama di perantauan..
Tinggal lagi dua kali utk melaluinya....
Alhamdulillah, kemeriahnya tetap terasa :)

NuKilaN:
 

Saturday, September 8, 2012

Kembali ke sekolah

Summer holiday telah berakhir. Anak-anak telah kembali ke sekolah pada 5 sept lepas. Hari Rabu tu adalah hari pertama bersekolah. Kalau kat M'sia, hari pertama tu mesti hari Ahad/Isnin, tapi kat sini suka hati jer sekolah nak buka hari apa pun :)

Irfan dah naik Year 3, iaitu kelas 3SC. Aisyah pula dah jadi pelajar Year 1, iaitu kelas 1BK. Rasa macam sekejap jer anak-anak dah besar.

Tak sabar pula nak tunggu danish besar dan masuk nursery pula. Bila dah cukup cukup 3 tahun, baru boleh daftar Danish nursery :)

Anak-anak yang semakin membesar :)
Main elok2 tau :)

NuKilaN:
 

Thursday, September 6, 2012

biskut raya 2012

Tahun ni buat empat jenis biskut raya:
Biskut tart nenas 
Biskut coklat chip
Biskut cornflakes
Biskut semperit

Untuk tart nenas, asalnya nak buat tart gulung... tapi lupa pula tak de acuan utk tart gulung. Maka, saya cuma bentukkan jadi bentuk mcm ni...
Rasa sangat ok, cuma rupa mmg sgt out! Resepi saya dapat dari sini. Sekejap jer licin masa open house hari tu :)

Biskut kedua pula biskut chocolate chip. Resepi saya rujuk dari sini. Dalam resepi, kena guna secawan coklat chip. Tapi stok coklat chip dah terguna rupanya. Tinggal suku cawan pun tak cukup. So saya lebihkan kacang - saya letak kacang tanah dan kacang walnut. Maka rasanya lebih kepada kacang, bukannya coklat... hehehe. Ni rupa coklat chip kacang saya....

Kalau tgk dlm gambar, ada biskut yang ada choc chip sbg hiasan dan ada yang tiada. Hehehehe, saya main belasah jer sebab bahan tak cukup. Tapi ni biskut favorite Irfan. Siap kata, "Ummi terbaik la kalau buat biskut". Cukup utk buat umminya senyum hingga ke telinga :)

Biskut seterusnya adalah biskut cornflakes - biskut wajib setiap tahun. Saya ambil resepi dari sini. Anak-anak sangat suka biskut ni. Ummi mereka juga paling suka biskut ni. Tapi sebab saiz paper cup sgt kecil, dapat dalam 150 biji juga.

Akhir sekali biskut semperit. Biasanya saya buat semperit bentuk bunga tapi kat sini tak jumpa cari acuan. Maka saya guna acuan utk piping icing, dapat lah bentuk mcm ni...

Hahaha, macam macam saiz ada. Jadi la labu, asalkan rasanya macam biskut semperit. Aisyah panggil biskut donut - apa2 jer laa Aisyah. Biskut semperit juga licin masa open house :)

Nota ummi: Masa entry ni dipublish, semua biskut raya kat atas dah out of stock. Tahun depan kena doublekan adunan :)

NuKilaN:
 

Monday, September 3, 2012

tantrum

Nak kongsi tips ni dari facebook... mungkin ada rakan2 yang dah biasa tengok gambar ni...


Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:
1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.

Saya pun sedang mengalami situasi yang sama sekarang ni. Saya nak kongsikan pengalaman menangani tantrum si kecil danish.

Bila danish tak dapat apa yang dia mahu, dia akan menunjukkan tantrumnya. Tapi biasanya tantrumnya tak berpanjangan - kena tahu mcm mana nak handle. Setiap anak, cara nak menanganinya adalah berbeza.

Sebagai contoh - danish dah siap mandi dan dia tak mahu keluar lagi dari tub mandi. Bila saya cuba keluarkan juga dari tub mandi, pastinya danish mula menunjukkan tantrumnya. Saya akan cuba memujuknya dahulu seperti menawarkan coklat sebagai ganti. Jika danish tak setuju dan masih meneruskan tantrumnya, saya cuba pujuk lagi dengan cara lain - mungkin menonton youtube kegemarannya. Jika dia tak nak juga dan masih dengan tantrumnya, saya cuma biarkan aje dan meneruskan rutin seperti biasa.

Percaya atak tidak- tak sampai 5 minit - danish dah kembali menyapa saya, "Hello, ummi!" dengan senyuman yang penuh manis. Maka tips nya, pujuk anak pun biar berpada-pada. Beri ruang utk dia reflek tentang tindakannya. Anak-anak dalam proses belajar mengekspress emosi. Biar dia juga belajar cara nak cool down- bukan belajar meluahkan perasaan sahaja.

Just my two cents!

NuKilaN:
 

Saturday, September 1, 2012

beli...

Beli adalah perkataan favorite danish buat masa ni.

Bila dia minta buah dan saya kata dah habis, dia suruh pergi beli.
Bila di minta susu dan saya kata dah habis, dia suruh pergi beli.
Bila dia minta biskut dan saya kata dah habis, dia suruh pergi beli.
Bila dia minta roti dan saya kata dah habis, dia suruh pergi beli.
Bila dia minta coklat dan saya kata dah habis, dia suruh pergi beli.

Pendek kata, semua benda yang dah habis danish akan minta belikan yang baru. Yang bagusnya, dia takkan desak supaya saya terus membelinya. Seolah-olah ia hanya sekadar ayat pujukan.


Walaupun di usia dua tahun setengah danish belum dapat berbicara sepetah kanak-kanak seusianya, saya perasan bahawa banyak juga perkataan baru yang keluar dari mulutnya setiap hari. Kadang-kadang perkataan melayu, kadang-kadang perkataan English. Bilang one, two, three dah boleh hingga ten - walaupun sebutannya belum jelas. Keep trying, danish :)

NuKilaN: