Saturday, December 15, 2012

Angkut barang dalam kontena

Hari ni lagi seorang kawan kat Bradford akan masukkan barang2 ke dalam kontena untuk dibawa pulang ke Malaysia. Lagi susut komuniti melayu di Bradford. Tinggal empat sahaja keluarga Melayu yang masih berjuang. Tapi adik-adik bujang dah ramai, rasanya dah mencecah 10 orang. Kalau jumlahkan kesemua sekali, masih lagi dikira sikit warga melayu di Bradford jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain di UK.

Biasanya, kaum bapa akan menolong untuk memunggah barang barang ke dalam kontena. Kaum ibu pula akan menyediakan juadah untuk kaum bapa. Untuk menu hari ni, kami sebulat suara menyediakan nasi minyak. Saya pilih untuk memasak nasi minyak dan acar timun untuk tengah hari.

Tak sah rasanya buat entry kalau tak letak gambar. Ni gambar kontena kawan saya yang tinggal di kejiranan sama pada bulan lepas.

Kontena barang 40 kaki

 Model kontena 
 Kereta pun diisi sekali bahagian belakang kontena
Bukan main susah nak naikkan kereta dalam kontena.
Akhirnya, kena angkat beramai-ramai baru dapat :)

Ok la, saya dan dah nak mula main masak-masak.... Lepas google resepi, sempat lagi update blog :)

NuKilaN:
 

11 comments:

  1. amboi angkat kete..dah nak balikm ke ummi nur?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah, walaupun tak ramai org Melayu kat sana, yg ada bekerjasama n tolong menolong...

    ReplyDelete
  3. pengalaman dok sana mesti tak boleh dilupakan... tapi blk negara sendiri mesti lagi menyeronokkan...

    ReplyDelete
  4. takperlah..dah sampai masa kan...kurang2 ade gak lg yg tinggal...sy dok kat sini, area nie sorang jer...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Tolong-menolong begini menjadikan kita semakin akrab kan nur..
    Nasi minyak..sedap tu..pandai nur masak.

    reply komen@'entri di pagi...'
    Memang betul nur..dia sudah tidak boleh mengawal emosi..cepat merajuk..cepat marah..suami saya yg kerap ke sana pun,kalau sampai..dia siap meraung-raung nangis macam setahun tak jumpa!

    ReplyDelete
  6. bila komuniti tak ramai, hubungan mesti jadi akrab kan...

    wah...banyak barang ek sampai 40kaki punya kontena tu

    ReplyDelete
  7. Kak Tini: Mmg sgt sedih tau, sob sob!

    Ummu muhammad: Bukan saya la, tapi kawan... saya kena tunggu lagi dua tahun, Insya Allah :)

    Aisy Nasiha: Mereka la kawan kat sini, dah seperti saudara sendiri pun :)

    Nora Karim: Apa2 pun, M'sia tetap dihati :)

    Ummuaidan: Tu la, janji masih ada yang tinggal :)

    KZ: Takde la pandai sgt.... Puan google yang tolong, ekekkeke

    Azian: Betul tu... Bila tak ramai, takde la byk karenah :)

    NoEn: Mmg sgt besar... sedih tu mmg sgt terasa

    ReplyDelete
  8. siap ngan kontena lagi. byk tol brg tu.

    ReplyDelete
  9. byknye brg...angkut gune kontena lagi...

    ReplyDelete
  10. Nik ros & Mimie: Barang mmg byk sbb tiga tahun merantau, ekekekeke

    ReplyDelete