Saturday, December 15, 2012

Pagi yang sangat mencabar

Cuaca pagi tadi sangat mencabar -sangat sejuk dan berkabus. Yang lebih memburukkan keadaan, jalan sangat licin sebab diselaputi oleh ais. Biasanya pasir garam ditabur untuk mengelakkan jalan licin. Tapi tidak pada laluan pejalan kaki.

Saya dah rancang nak hantar anak-anak awal ke sekolah selepas En suami memaklumkan yang keadaan jalan sangat licin. Sekolah masuk pukul 8.50. Hari biasa kami keluar rumah pukul 8.45 pagi. Jarak sekolah ke rumah sangat dekat - dalam 5 minit jalan kaki.

Hari ni kami keluar awal sedikit, pukul 8.40 dah bertolak. Memang sangat mencabar nak tolak stroller dan pegang tangan Irfan dan Aisyah. Belum keluar dari pagar rumah, Aisyah dah terjelepuk jatuh. Saya pun nyaris nak jatuh tapi masih sempat imbangkan badan.

Maka menapaklah kami perlahan-lahan hingga ke sekolah. Terasa jauhnya sekolah anak-anak bila jalan perlahan-lahan. Kami sampai ke sekolah pukul 8.55 pagi. Irfan tanya, apa nak cakap pada cikgu sbb datang sekolah lambat? Saya kata, cakap jer yang jalan licin. Irfan kata, "Can I say, sorry teacher. I'm late because the floor is slippery?". Saya cuma anggukkan saja. Dalam hati baru perasan, eh...Irfan dah pandai susun ayat sendiri dan saya yakin dia dah berani converse in english. Tapi cikgu Irfan tak tanya pun sebab ramai lagi yang datang lambat :)

Ni gambar yang saya cilok dari facebook Uni Bradford. Mcm ni la kabus pagi tadi yang kami lalui...

Nasib baik esok sekolah dah cuti... Happy weekend all mommies :)

NuKilaN:
 

10 comments:

  1. ckp psl terjelepok ni, akak baru aje terjelepok tadi pasai lari2 sambil sorong stroller wafiq nak kejar train hiihii...Ni gara2 kasut tak sesuai dgn snow yg dah menebal. Bila dah mula icy nanti kompen dah tak terkira berapa kali terjelepok. Adegan biasa musim2 mcm ni :-)

    ReplyDelete
  2. Adui, sakitnya bila terjelepok... kat sini tak banyak byk snow lagi... tu la part yg tak best bila snow.

    ReplyDelete
  3. bestnya.. hehe bila dpt tgk dan rasai sndiri suasana tu. saly skrg kat teganu hujan ..

    ReplyDelete
  4. kak tini: Jemput la datang sini... penginapan dan makan saya boleh taja :)

    NoEn: Masih lagi belajar... kdg2 agak impress dgn pencapaian dia :)

    Saly: Kat sini pun hujan juga... bila hujan, baru jalan2 tak berais dan tak licin... snow tu turun sekejap jer

    ReplyDelete
  5. wah irfan..untungnye kecik2 duduk negare orang..die serap dgn baik bahase org sane..mudah2an jadi anak2 hebat sambung legasi ummu abah yg hebat ;)

    ReplyDelete
  6. Insya Allah... amin! Ummi dan ayah dia biasa-biasa jer :)

    ReplyDelete
  7. adeh bahaya juga tu, kalau sampai terjatuh2... kita kat malaysia yang tak merasa snow ni teringin la sangat nak merasanya... apa pun take care...!

    ReplyDelete
  8. Nora karim: Dengar cerita I city pun dah ada snow walk... boleh la cuba cuaca sejuk kat sana :)

    ReplyDelete
  9. mmg kalau menapak jalan licin rasa macam berzaman nak sampai ke destinasi. lucky ada stroller kan, boleh buat balance hihi.

    ReplyDelete