Monday, December 24, 2012

Bradford-Leeds-Hull (Part1)

Info percutian:
Tarikh: 19 Dis 2012 - 22 Dis 2012
Tempoh: Empat hari tiga malam
Perjalanan: Bradford-Leeds-Hull-Rotterdam-Amsterdam

Untuk percutian kali ini, kami menggunakan pelbagai jenis pengangkutan awam: teksi, bas, keretapi (train) dan kapal persiaran (cruise).

Seawal 6.00 pagi hari Rabu (19 Dis), saya telah menempah kereta sewa untuk bertolak dari rumah ke stesen keretapi Leeds. Train kami dari Leeds ke Hull pada pukul 7.20 pagi. 

Alhamdulillah, anak-anak memberi kerjasama dengan baik walaupun terpaksa bangun pada awal pagi. Solat subuh juga terpaksa dilakukan di stesen keretapi kerana waktu subuh sekarang hampir pukul 7.00 pagi.

Kami tiba di train station dalam pukul 6.45 pagi. Ini kali pertama saya bawa anak-anak naik train di UK. Kali pertama juga kami menjejakkan kaki ke stesen keretapi Leeds. Stesen keretapi Leeds merupakan stesen keretapi yang ketiga tersibuk (di luar bandar London). Ia mempunyai 17 terminal. Rasa macam nak naik flight pula bila kena tengok platform mana kena tunggu train untuk ke Hull.

Ni train yang kami naik di terminal 16c
 Anak-anak posing sementara tunggu train
Danish posing dalam train
 Muka seronok naik train
Yang tak best, keadaan kat luar masih gelap masa dalam train. Anak-anak tak dapat tengok pemandangan luar train. Nasib baik ada paper untuk mereka baca dalam train. Perjalanan dari Leeds ke Hull menaiki train mengambil masa 50 minit.

Bersambung....

NuKilaN:
 

10 comments:

  1. Seronok juga naik train ya..
    Happy je tgk budak2 tu..:)

    ReplyDelete
  2. NoEn: saya pun kaliu pertama naik train jauh :)

    Kak Tini: Nugget, bekal dari rumah

    Ratu Hatiku: :)

    Atie: Alhamdulillah, mereka sgt behave :)

    ReplyDelete
  3. wah seronoknya jalan2... happy je anak2 walaupun kena bgn pagi. heheh

    ReplyDelete
  4. Excited nak naik kapal punya pasal.. nasib baik mereka tak meragam :)

    ReplyDelete
  5. kite tak penah naik train! sadiss je statement ni kan...realiti ni hehe

    ReplyDelete
  6. Hehehe, saya dulu pun selalu ajak mak naik train... tapi bila dah jadi mak orang baru berpeluang naik train mcm ni... ekekekke

    ReplyDelete
  7. Lawanya beg color pink tu...
    Teringin nak pergi tgk tempat org yg lain drp negara kita.. Bertuah nur n anak2..

    ReplyDelete
  8. Tu namanya ride on suitcase... bila anak2 penat jalan, boleh tarik jer mereka sambil menunggang beg tu :)

    Alhamdulillah, rezeki dari Allah :)

    ReplyDelete