Monday, December 24, 2012

Guidhall, Hull (Part2)

Dari stesen keretapi Hull, kami menapak ke Guidhall untuk majlis perasmian program. Pada mulanya nak ambil teksi tetapi pemandu teksi cakap yang jarak ke Guidhall dari situ sangat dekat (walking distance).

Sempat lagi posing di train station Hull

Selepas mendapat petunjuk dari pemandu teksi, kami memulakan operasi mencari Guidhall. Ada juga beberapa orang M'sia lain yang menaiki train yang sama dengan kami. Mereka juga mengikuti program yang sama ke Amsterdam. Tapi, cepatnya mereka jalan. Sekelip mata dah hilang dari pandangan. Maklumlah budak-budak bujang yang jalan nak dibandingkan dengan kami dengan anak-anak dan luggage lagi.

Sambil jalan, sambil layan karenah anak-anak. Aisyah pula sempat lagi berposing bila nampak tempat yang dikira cantik pada pandangannya. Ummi layankan saja permintaan anak-anak.

 Danish pun nak keluar dari stroller utk posing sama. Tapi permintaan tu tak boleh perkenankan. Nanti susah pula nak pujuk untuk masuk dalam stroller.
Bila nampak meriam, Aisyah nak posing kat meriam pula. Ni depan bangunan National Maritim Museum.
 Giliran adik pula posing dalam stroller :)
Dalam setengah jam perjalanan (jalan+posing), kami selamat tiba di Guidhall. Kami antara yang terawal yang sampai. Tapi first impression tentang lawatan ni dah rasa mcm tak kena. Dalam buku program, majlis bermula pukul 8.30 pagi. Kami tiba pada pukul 9 pagi, tapi meja urusetia baru nak setup, hurm! 

Tugas saya seterusnya, layankan anak-anak posing. Bukan main excited bila tengok jalur gemilang dan simbol satu M'sia. Model saya bergambar di banner program...
 Bukti kami yang terawal... semua kerusi masih kosong :)
Semasa pendaftaran, kami diberi goodie bag dan tag nama. Tag nama tu sangat penting untuk dijaga dengan baik sebab itu dikira sbg token untuk check in dalam kapal nanti.

Muka yg bukan main happy dapat goodie bag dan name tag

Irfan siap kata, "Boleh tak nak bawa name tag tu kat sekolah?". Katanya nak tunjuk pada cikgu. Terselah keterujaan anak-anak bila dapat pakai tag nama :)

Bersambung....

NuKilaN:
 

12 comments:

  1. sian adik.posing dalam stroller jea..hehe

    ReplyDelete
  2. kena tunggu adik besar sikit lagi baru boleh posing mcm abg dan kakak... kalau tak, tak larat nak kejar sana sini

    ReplyDelete
  3. hehehe comel la. best ur kids happy and excited.

    ReplyDelete
  4. bestnyeee..ummi nur nanti update pete tempat ummi nur ni n pegi bercuti..suke tgk pete walaupun tak penah sampai tapi dapat tgk kt pete mcm dah pegi je haha!

    ReplyDelete
  5. Nastyna: Luckily, mereka sangat behave masa trip tu, Alhamdulillah :)

    Ummu Muhammad: Insya Allah, saya akan cuba.. bagus juga cadangan tu sbb saya pun tak tahu mcm mana nak cerita

    ReplyDelete
  6. Bersemangat satu malaysia ye..bagus anak2 ni..
    Sronok jalan2 tu... Tempatnya pun unik, dh besar nanti boleh tengok gambar.. Adik agaknya boleh ingat tak dia pernah datang...

    ReplyDelete
  7. Adik rasanya belum boleh ingat lagi pengalaman macam ni... nanti kalau adik tak ingat, boleh tunjuk blog ni.... ekekkekek

    ReplyDelete
  8. salam nur...cruise camp tu program mcm mana yer yg malaysia buat kat situ tuh...itu part of the percutian yer...best nampak mereka berjln2 ya..

    ReplyDelete
  9. nampak teruja budak2 tu..:)
    cian kt Danish duk dlm stroller je..hehe:)

    ReplyDelete
  10. teruja tengok diorg nih bergambar

    ReplyDelete
  11. Ummuaidan: Ye kot, salah satu aktiviti belia kat UK nih... ada part yg goverment support

    Atie: Dah tak de pilihan, kena juga letak dlm stroler... tak larat nak main kejar2 dgn dia

    Mimie: Aisyah la yg paling sporting bergambar

    ReplyDelete
  12. Anak2 Nur beruntung lh ye, byk cite yg blh dia kongsi dgn kekawan.

    ReplyDelete