Tuesday, January 8, 2013

Ribut Sonamu

Walaupun berada jauh di negara orang, saya tetap juga mengambil tahu isu semasa yang melanda negara kelahiran terutama di Kelantan dan Terengganu. Sudah menjadi rutin harian menyemak email UMT setiap hari bagi mengetahui perkembangan semasa di universiti.

Semalam, saya agak risau bila membaca email berkaitan dengan ribut sonamu. Sungguh, saya sangat risau bila memikirkan kesan yang bakal dibawa oleh ribut berkenaan. Apa yang mampu saya buat hanya memanjatkan doa supaya tidak berlaku sebarang bencana alam yang teruk.

Sehingga pagi ini, tiada sebarang ribut yang di laporkan di perairan Terengganu mahupun Kelantan. Saya bertambah lega bila baca email berikut (copy and paste dari email Dr Mohd Fadzil Akhir, Pensyarah Jabatan Sains Marin, FMSM).

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah pagi ini kita ditemani dengan cuaca yang agak tenang tanpa hujan lebat atau angin kencang. Saya dapat lihat keresahan daripada soalan-soalan dari email rakan sekerja. Begitu juga panggilan-pangilan telefon daripada sahabat terdekat menanyakan fenomena yang bakal melanda pantai timur. Keresahan kita berkaitan rebut tropika Sonamu ada asasnya dan saya puji kepekaan umum terhadap fenomena ini kerana ia amat penting bagi memastikan agar usaha dan langkah keselamatan awal dapat diambil. 

Sonamu yang mula dikesan di Filipina 3 hari yang lalu telah mengakibatkan angin kencang (~120km/j) di kawasan berkenaan. Kemudian ia bergerak menuju pertengahan Laut China Selatan. Sehari selepas itu, ramalan dan simulasi computer menjangkakan pusat pusaran tersebut bakal menuju kea rah pantai timur Malaysia (Terengganu/Kelantan). Dan jika dilihat pada saiz pusaran, seolah-olah keseluruhan pantai timur akan terjejas. 

Apa yang berlaku sejak semalam hingga hari ini adalah, kekuatan Sonamu berkurangan daripada 120km/j ketika ia terhasil di Filipina kepada 60km/j sebaik ini berada ditengah Laut China Selatan. Dalam keadaan sekarang, pusaran Sonamu sudah mula pecah dan berserakan.Terkini, ia tidak dikenali lagi sebagai ribut, tetapi hanya dikategorikan 'tekanan tropika' iaitu kategori paling rendah dan kurang bahaya. 

Walaubagaimanapun, kawasan pantai masih terdedah kepada ombak besar kerana gelombang terhasil di pertengahan laut oleh Sonamu akan bergerak menuju pantai. Dan kalau dilihat pada keadaan laut pagi ini, ombak sederhana tinggi sudah mula kelihatan, mungkin sekitar 2-3meter. Aktiviti di tepi pantai pada keadaan sebegini adalah amat tidak digalakkan. 

Kedudukan Malaysia yang berada pada latitud berhampiran khatulistiwa menjadikan kawasan kita tidak berapa sesuai bagi penghasilan Taufan. Mengikut statistik Sejak 15 tahun yang lalu Malaysia hanya pernah dilanda ribut tropika sebegini hanya sekali, iaitu Taufan Vamei pada 2001 yang melanda Johor. Sonamu bakal menjadi ribut kedua seumpamanya bagi tempoh tersebut, jika ia melanda pantai timur. Namun begitu daripada data terkini, ia seperti tidak akan berlaku. Walaubagaimanapun, Negara kita tidak pernah sunyi daripada kesan ekor atau 'Tail Effect' iaitu angina kencang hasil daripada Taufan yang terhasil di bahagian utara, sekitar Vietnam dan Filipina. Kawasan seperti Sabah adalah antara yang sering mengalami fenomena ini. 

Walaupun kita boleh dikategorikan sebagai kawasan selamat, Sonamu memberi amaran awal bahawa ribut seumpamanya tidak mustahil untuk berlaku dimasa depan. Kesedaran dari segi ilmu berkaitan ribut taufan dan fenomena lain seperti tsunami perlu dipertingkatkan agar kita sentiasa siaga dan bersedia, terutama kita yang hampir ditepi pantai. 

Apa yang berlaku juga ada hikmah tersendiri yang menarik untuk refleksi. Setinggi mana teknologi yang kita miliki, kita tetap terhad kepada ilmu Tuhan yang berkuasa terhadap aturan alam yang serba kompleks tetapi teratur. Peranan ilmu kita bukan sekadar untuk bersedia tetapi menilai bencana alam, antara realiti saintifik dan refleksi hati terhadap ciptaan tuhan. 

Wallahua'lam...

P/S: Saya menyentuh secara detail peranan bencana alam dengan ayat quran/hadis (i.e. tsunami, taufan etc) serta peranan manusia dalam menilai realiti saintifik serta refleksi iman terhadap ujian dari Allah didalam buku saya "Ketika Alam Bertasbih". Sesiapa berminat boleh dapatkan di UMT Book Garden. Wassalam

Dr Mohd Fadzil Akhtar, 
Pensyarah FMSM

Ada juga yang menghantar gambar keadaan pantai Terengganu pada petang semalam...

Keadaan tenang di perairan Terengganu
 Kelihatan seolah-olah taufan mengubah laluan menjauhi daratan Pantai Timur

Apa-apa pun semoga Allah melindungi negara tanah air yang tercinta dari sebarang bencana yang teruk, amin!

NuKilaN:
 

12 comments:

  1. alhamdulillah lega juga mendengarnya. risau kat mak ayah di kelantan.semoga allah lindungi malaysia dari segala bencana. aamin ya rabb

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ribut semakin lemah...kd dengan izin Allah arah taufan yg dikesan oleh manusia blh berubah..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah ribut ini tidak melanda seperti yg dikatakan... Allah yang maha berkuasa.. Pentadbir seluruh alam.. Amin Ya Robb

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..semoga ribut tu beralih arah... moga negara kita terlindung dari sebarang bencana alam...amin!..

    ReplyDelete
  5. kampung belah ayah saya betul2 di persisiran pantai nur...maksu yg duduk situ....semalam call, katanya dah pindah ke rumah kakaknya utk sementara....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah k.nur.... mintak dijauhkan...

    ReplyDelete
  7. amin, moga dijauhkan segala bala bencana.

    ReplyDelete
  8. Kak tini: amin!

    Anis: sama la dgn perasaan saya, Hanya Allah tempat berharap

    Ummuaidan: Setuju! Hanya Allah yg Maha berkuasa :)

    Kak yati: Alhamdulillah, tu yg lega sgt!

    Atie; Tu la, dah takde apa yg nak risaukan

    Tini: Bagus juga ambil langah berjaga-jaga, rumah saya pun dekat dgn pantai... kalau musim tengkujuh boleh dengar deruan ombak dari rumah :)

    ReplyDelete
  9. NoEn: Mmg lega bila xde apa yg berlaku spt yg diwar-warkan

    Haza: amin!

    Natsyna: Saya pun doa yg sama :)

    Ummu Muhammad: Oh, mcm tu ke? tapi kelajuan tak sekuat yg diramal rasanya....

    myfreeminded: Mmg syukur sgt2 :)

    ReplyDelete