Monday, January 7, 2013

Semester Spring 1 2012/2013 & Good Morning!

Hari ni sekolah anak-anak buka semula untuk Semester Spring 1 setelah dua minggu bercuti. Bukan main seronok anak-anak bila dapat sekolah. Masa cuti pun, setiap pagi Aisyah tanya, "Ummi, hari ni sekolah tak?". Letih ummi nak jawab soalan Aisyah setiap hari. Irfan pula selalu countdown berapa hari lagi nak sekolah.

Hari pertama bersiap ke sekolah tiada masalah. Dua-dua sangat mudah dikejutkan dan mereka bersiap memakai uniform dengan sendiri. Sarapan pagi hari ni (nasi goreng dan sosej) juga dimakan hingga licin.

Salah satu suasana yang saya rindui masa cuti sekolah adalah "sapaan mesra" di pagi hari oleh orang-orang sekeliling. Pagi-pagi dah rasa cukup ceria dan bersemangat bila ditegur oleh parents/cikgu dengan ucapan, "Good Morning!" dan "Happy New Year!".

Bermula dgn uncle yang jaga traffic, kami selalu ditegur dengan "Morning!". Bergerak pula ke dalam perkarangan sekolah, ada beberapa cikgu yang akan berdiri di pintu pagar utama dan melemparkan ucapan, "Good Morning!" dengan wajah yang penuh senyuman. Ada juga cikgu yang memberi ucapan dengan menyebut nama pelajar, "Morning Irfan!". Tapi Irfan masih malu-malu untuk menjawab sapaan tersebut dengan jelas :)

Bila masuk ke dalam kelas pula, cikgu kelas akan menyapa setiap parents yang menghantar anak-anak dengan ucapan, "Good morning!". Kalau ada 20 orang setiap kelas, 20 kali la cikgu akan menyebut "Good Morning" tanpa rasa jemu :)

Ia suatu benda yang mudah untuk dibuat dan memberikan impak yang sangat positif di pagi hari. Selalu  saya simpan hasrat untuk meneruskan ucapan-ucapan yang baik ini bila balik M'sia nanti, Insya Allah! Yang pasti bukan lagi Good Morning tapi Assalamu'alaikum!

NuKilaN:
 

12 comments:

  1. Wieeee school time, selalu budak2 malas nak ke sekolah kan. Bagus sungguh ur kids.

    True actually, that small things yg make our day. I am lucky masa kat Malaysia dulu lagi dah terbiasa sebab all my companies I worked for selalu amalkan budaya ni.

    Tapi tu la, ada jugak orang lain yg bila kita senyum and wish, dia buat muka huhu.

    ReplyDelete
  2. Kan? Awal pagi pun dah dapat aura positif.... lagi la seronok anak-anak nak sekolah :)

    ReplyDelete
  3. Mesra kan suasan begitu dgn sapaan.kadang orng kita taklah sebegitu mesra..nak bukak mlut pn malas...moody diwaktu pagilah katakan..

    ReplyDelete
  4. Mesra kan suasan begitu dgn sapaan.kadang orng kita taklah sebegitu mesra..nak bukak mlut pn malas...moody diwaktu pagilah katakan..

    ReplyDelete
  5. salam kenal dari bunda...cute kids..

    ReplyDelete
  6. bagus nya ye Nur..semua org sapa good morning..rasa semangat je pagi2.. kdg2 kita semangat nak sapa tapi ada gak yg buat selamba..hehe..
    harap2 nti balik Malaysia berterusan dgn memberi salam:)

    ReplyDelete
  7. Bila di awal pagi telah ceria... mood nya akan berkekalan seharian kan Nur... :D

    Bagus betul sikap positif mereka... sukar utk di pratikan oleh cikgu di Malaysia ni :P

    ReplyDelete
  8. ylh kita kt sini naper tak bleh?

    ReplyDelete
  9. info utk penambahbaikkan utk cikgu cikkgi hehe

    ReplyDelete
  10. Ummuaidan: Nak buka mulut pun tak sempat, asyik berkejar jer 24 jam.... ekekeke

    Kak Nora: Salam perkenalan... tq singgah sini :)

    Atie: Mmg akan cuba apply bila balik nanti... mula2 rasa kekok kot, tapi harapnya dapat istiqamah

    kak yati: mmg budaya tu tak sama dgn M'sia, kalau kat sekolah, pelajar yg bagi salam kat cikgu, tapi kat sini terbalik... cikgu yg mulakan... eekkeeke

    ReplyDelete
  11. NoEn: Rindu sgt kat cikgu mereka... rindu nak belajar katanya :)

    kak tini: Kalau kita ketua, boleh kot cuba apply utk anak2 buah :)

    Ummu Muhammad: Harapnya ada yg cuba praktikkan :)

    myfreeminded: Hehehe, mana tahu bila balik nanti budaya ni dah sebati di sekolah di M'sia :)

    ReplyDelete