Pavlova kegemaran ramai |
Pavlova dua tingkat |
Tak susah nak buat pavlova sebenarnya. Banyak juga blog yang letak step-by-step. Kalau ikut betul-betul rasanya terus menjadi. Apa pun, saya share juga resepi kat sini bagi memenuhi permintaan adik-adik kat Bradford ni...
Sebelum buat meringue, pasangkan oven pada gas 3 (100-120 degree)...
Bahan meringue:
4 biji telur putih
1 cawan gula kastor (saya kurangkan kepada 3/4 cawan)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh lemon jus
Cara-cara buat meringue:
1. Campurkan gula kastor+tepung jagung dan kacau hingga sebati.
2. Pukul putih telur hingga "soft peak".
3. Bila putih telur dah betul-betul kembang, masukkan campuran gula sedikit demi sedikit. Bila campuran gula dah dimasukkan semua sekali, teruskan memukul hingga adunan bertanduk dengan menggunakan kelajuan mixer yg paling tinggi. Adunan bertanduk maksudnya meringue telah berubah menjadi berkilat dan likat. Kalau berani, terbalikkan adunan atas sinki and the meringue tetap kekal di kedudukan asal.
4. Akhir sekali, masukkan vanila dan lemon jus. Kaup balik menggunakan spatula.
5. Apabila sebati, bentukkan meringue di atas kertas minyak (parchment paper) dan bakar menggunakan gas 3 (100-120) hingga masak.
Part bakar tu la ambil masa agak lama sikit. Biasa saya bakar dalam sejam hingga 1 1/2 jam. Selepas bakar satu jam, cuba check dengan tangan kekerasan meringue. Jika belum keras dan meringue masih melekat pada tangan, teruskan membakar hingga meringue betul-betul rangup bahagian luar.
Bila meringue dah masak, tutup api oven dan biarkan oven terbuka sikit (biasa saya letak kain kat pintu oven). Jangan terus keluarkan untuk mengelakkan pavlova mendap. Bila sejuk (dalam 30 minit, boleh keluarkan dari oven untuk diletakkan topping.
Lagi satu, make sure alatan yang digunakan untuk buat pavlova adalah kering dan bebas dari sebarang minyak/air. Maka kena selalu lap kering-kering semua alatan utk buat pavlova, termasuk telur yang telah siap dibasuh juga kena lap hingga kering.
Semasa menunggu meringue dibakar dalam oven, saya akan siapkan topping untuk pavlova. Untuk buat topping, sangat mudah. Bak kata Irfan, easy peasy lemon squeezy :)
Bahan-bahan topping:
250 ml whipping cream (guna jer satu tiub Emlea hijau)
1 sudu teh esen vanila
2-3 sudu besar gula castor/icing (bergantung pada citarasa, saya biasa letak dua sudu gula castor)
Cara penyediaan:
Pukul semua bahan hingga kental. Boleh letak dalam piping bag dan sejukkan dalam peti sejuk.
Bila nak makan baru letak topping atas meringue dan hiaslah dengan buah-buahan kegemaran anda. Saya suka letak kiwi, strawberry dan anggur. Rasa masam dari buah kiwi dan strawberry sangat harmoni dengan manisnya pavlova.
Selamat mencuba :)
NuKilaN: