Friday, February 8, 2013

Cari no phone, tapi...

....terjumpa video pasal aktiviti dalam kelas Aisyah dari website sekolah anak-anak. Saya perasan ada dua gambar Aisyah yang diselitkan dalam video tu. Cepat-capat saya print screen untuk tempek kat blog...

Yang tepi sekali tu Adrian, yg tengah tu saya tak kenal

Aisyah dan Omid

Adrian tu adalah kawan baik Aisyah, BFF gitu
Balik sekolah, ada jer cerita pasal Adrian

Omid tu pula "musuh" rapat Aisyah
Teman gaduh masa kat sekolah
Omid tu tinggal depan rumah kami jer

Untuk tgk video tu, boleh klik link ni -> link video

Saya cari no phone sekolah sebab nak call pejabat utk beritahu yang Aisyah tak pergi sekolah hari. Saya baru jer lepas bawa Aisyah jumpa dentist dan salah satu gigi Aisyah kena cabut. Atas nasihat dentist, Aisyah kena rehat kat rumah. Cerita lanjut, Insya Allah saya akan kongsikan dalam entry lain :)

Salam Jumaat semua... selamat berhujung minggu :)

NuKilaN:
 

6 comments:

  1. peewitt Aisyah sangat cute, mmg rugi la tak letak gambar dia.
    Owh ada musuh utama yang mesra. comel gelagat budak2 kan.

    ReplyDelete
  2. owhh manisnya aisyah...
    bestnya dapat kawan BFF lain negara kan..nnti bila pulang sini ada kenalan luar.bila besar jd memory t'indah buat mereka..! n_n

    ReplyDelete
  3. Nastyna: ada lagi seorang yang BFF dia, tapi lelaki juga.... nanti saya cerita lain kali... sbb yg tu takde dalam video tu

    Saly: Rasanya Aisyah dah boleh ingat kot pengalaman masa dia umur lima tahun ni :)

    ReplyDelete
  4. Aisyah sebaya Haziq, tapi tengok perkembangan Aisyah jauh ke depan dari Haziq. :)

    Sempena cuti CNY ni banyak kerja rumah Haziq, tapi hari ni nak suruh dia mula buat kerja sekolah, banyak betul alasan.

    Aisyah di sekolah ada uniform jugak ke? Seronok kan tgk anak2 bergaul disekolah. Haziq tak pernah bercerita pun pasal dia ke, pasal kawan2 dia ke ketika disekolah, nak kita tanya baru jawap itu pun kebanyakkan soalan kita hanya tinggal misteri. :)

    ReplyDelete
  5. cantiknya Aisyah..:)
    ada kawan baik ada juga kawan gaduh hehehe

    ReplyDelete
  6. myfreeminded,
    Ooo, mereka sebaya rupanya... tapi girl lagi cepat matang berbanding boy... Ramai yg kata Aisyah dan Irfan nampak sebaya walaupun mereka beza dua tahun.. kalau dari segi cakap, mmg Aisyah lagi terkedepan...

    ha ah, kat sini pun pakai uniform - jumper biru, t-shirt kuning dan seluar/skirt kelabu...

    Bila balik rumah, saya tak sempat letak beg pun Aisyah dah mula cerita... mmg selalu jer ada benda yg dia nak cerita.. pot pet, pot pet :)

    Mama Rey,
    Tq, tu la gaduh2 pun selalu juga main sama2.. indahnya alam kanak kanak :)

    ReplyDelete