Saturday, February 9, 2013

Berhati-hati dgn solusi palsu

Sangat terkejut bila tengok kawan-kawan post dalam facebook berkaitan solusi palsu ni. Ni gambar solusi palsu tersebut yang diedarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab...


Berikut merupakan penjelasan dari pihak admin Majalah Solusi
Assalamualaikum wrt wbt. Untuk pengetahuan semua, majalah yang dipaparkan ini bukan terbitan Telaga Biru sebaliknya inisiatif pihak lain yang dilakukan tanpa kebenaran kami. Jika diteliti, konsep cover sangat bertentangan dengan prinsip majalah Solusi sebenar (dari sudut meletakkan wanita sebagai cover, di samping masalah aurat; walaupun isi kandungan adalah sepenuhnya kompilasi beberapa majalah isu-isu lepas). Justeru, kami memohon agar Tuan/Puan tidak terpedaya dengan majalah ini dan melaporkan kepada kami di admin@telagabiru.net.my sekiranya ada terjumpa majalah ini di mana-mana kedai. Kerjasama anda kami dahului dengan ucapan terima kasih..

Solusi, adalah antara majalah yang saya suka baca dari page ke page. Tak sangka ada juga pihak yang mengambil kesempatan dengan mengedarkan kompilasi majalah Solusi tanpa kebenaran Telaga Biru. Mereka mengambil jalan pintas untuk mengaut keuntungan. Tindakan tersebut adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Tumpang promote sekejap, Mommies dah baca belum solusi keluaran terbaru iaitu edisi 52 ni...


Salah satu artikel dari mak sedara saya ada disiarkan dalam solusi yang terbaru ni bertajuk "Wahai Guru, Tajamkan Bergajimu" dalam ruangan mendidik pendidik. Ini ruangan yang saya maksudkan...


p/s: Bila la saya nak pandai tulis artikel macam ni... saya perasan, ayat saya sekarang makin tunggang langgang... balik kena berguru lagi dgn Cik Rah :)

NuKilaN:
 

15 comments:

  1. adoi...ada juga yang buat kerja macam ni. manusia..manusia..

    ReplyDelete
  2. Tgk tajuk macam menarik artikel makcik.nur tu...insyaAllah nanti nak beli lah...

    ReplyDelete
  3. cara org yg tidak bertanggungjawab cari jalan yg mudah utk mendapat keuntungan

    ReplyDelete
  4. Bahasa saya lagi la tunggang langgang, english pun getting worse dah mula confuse.
    The article u mentioned tu, nak pass to my brother la.

    ReplyDelete
  5. ooo da yg cuba edar yg palsu ye? mcm mana lah terfikir diorangni... ada saja alasan nk buat kerja yg tak sepatutnya...

    ReplyDelete
  6. Eh? Terkejut juga saya membaca perkara ini. Boleh dibuat tindakan tegas terhadap penerbit buku palsu ini.

    ReplyDelete
  7. memang ada nampak di kedai ...mujur tak terbeli yg palsu

    ReplyDelete
  8. Nadiah: Tu la pasal, suka hati jer!

    Dini: Katanya mmg dia dah jadi kolumnis utk ruangan mendidik pendidik

    Kak tini: sama tapi tak serupa!

    Mama Rey: tak patut betul, kan?

    Nastyna: sama la kita... kalau english makin mantap xpe jugak, ni dua2 dah tak betul

    ReplyDelete
  9. Aisy: Dah akhir zaman, sanggup makan duit haram

    Wong: Harapnya dapat bawa mereka ke muka pengadilan

    Izan: Buat la laporan ke Telaga Biru, boleh mere ambil tindakan

    ReplyDelete
  10. Ishh teruknya ....manusia akhir zaman ni mcm2 perangai ada

    ReplyDelete
  11. Tu la, sanggup buat apa saja kerana DUIT!

    ReplyDelete
  12. Inilah kalau tujuan sebagai khalifah di muka bumi ini sudah jauh tersasar.

    ReplyDelete
  13. Semoga kita sentiasa berada dalam golongan yang berada atas landasan yg betul :)

    ReplyDelete
  14. hehehe, zaman sekarang bukan setakata kereta jer kena cilok, periuk nasi orang pun kena cilok

    ReplyDelete