Monday, February 11, 2013

Ganjaran: 10 pence!

Dengan memberi ganjaran kepada anak-anak, ia memberi motivasi kepada anak-anak untuk menjaga tingkah laku sebaik mungkin (to keep your kids acting like a little angels). Ganjaran memberikan isyarat yang kita menghargai mereka dan meningkatkan harga diri mereka. Analoginya kalau dalam peperiksaan kita mendapat markah 100/100? Apa perasaan kita? Kita akan lebih yakin dengan diri sendiri dan akan berusaha untuk mengekalkan prestasi.

Begitu juga dengan anak-anak. Anak-anak bila dapat ganjaran, mereka rasa seolah-olah dah dapat 100 markah dalam peperiksaan. Senyum hingga ke telinga.... Nak pinjam kata-kata Mama JJ, "Budak-budak suka makey pong."

Jenis ganjaran tu terpulang pada kreativiti dan kemampuan ibubapa. Ada yang guna sistem stiker. Sekali buat baik dapat satu stiker. Bila kumpul 10 stiker, dapat beli coklat atau ais krim kegemarannya. Saya gunakan sistem pence. Saya bagi 10 pence bila dengar cakap ummi atau buat "rutin" tanpa perlu disuruh.

Biasanya "rutin" yang saya maksudkan adalah seperti solat lima waktu, baca Iqra', membuat kerja sekolah, membaca buku, mengemas mainan, tidur awal, tolong antara satu sama lain dan sebagainya. Kadang-kadang bila balik dari pejabat, Aisyah terus minta 10 pence sebab dah siap buat kerja sekolah. Senang kerja ummi tak perlu nak gerak gempur utk suruh Aisyah buat kerja sekolah. Tinggal kena semak jer kerja yang Aisyah dah buat :)

Ganjaran bukan sahaja boleh dalam bentuk materialistik, kata-kata pujian juga merupakan salah satu ganjaran secara tidak langsung. Maka ia harus sentiasa bermain di bibir ibu dan bapa. Pujilah anak-anak sebanyak mungkin dalam sehari dan ia akan memberi impak positif yang sangat besar dalam diri anak-anak. Anak-anak yang positif secara automatik akan membawa sikap yang positif, Insya Allah.

Yang penting, kita jangan fokus pada kenakalan anak-anak. Tapi cuba ubah cara pemikiran macam mana nak didik anak kita supaya jadi anak yang baik dan mendengar kata. Lebihkan memberi ganjaran berbanding denda.

Dalam masa yang sama kita boleh didik anak dengan konsep dosa dan pahala. Dapat ganjaran dalam Islam kita panggil pahala. Saya selalu ingatkan mereka, "Kalau kita selalu buat pahala, Insya Allah kita akan mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak."

Mungkin ada cara lain yang mommies praktiskan, harapnya kita boleh sama-sama berkongsi pandangan di ruangan komen. Saya juga masih lagi belajar untuk jadi ummi yang baik pada mereka bertiga..




NuKilaN:
 

13 comments:

  1. Even kita as adult pun suka kalau dapat compliments kan. Makey pong ha. hehehe

    Tapi betul la, JJ belum dia buat dah puji cakap good girl, tak payah jerit2 lagi mmg dia automatik jadi angel. kalau marah2, lagi dia buat derk. Pong lagi banyak2. hahaha

    ReplyDelete
  2. betul betul betul...
    mmg Cara macam ni lagi jalan untuk naim... membazir air liur je marah dan denda, dia tak nak dgr juga...

    dua minggu lepas saya berhabis duit rm20 beli sneakers dan kit kat bagi hadiah untuk budak2 ting 2 yg saya pening nk buat mcm mana. diorang perasan pandai, tapi dlm kls saya mls buat kerja... minggu lepas, mmg terkejut, mmg lain situasinya, harapnya bila buka cuti ni tetap baik mcm mnggu lepas lagi....

    ReplyDelete
  3. Nastyna: ye doh, wat letih jah kalu maroh pung

    Aisy: harapnya macam tu la... jadi cikgu pun kena kreatif jugak bila nak tarik perhatian murid2... saya pun suka cikgu yg suka bawa coklat masa dalam kelas, semngat nak be;ajar :)

    kak tini: Alya mmg senang nak handle, kan?

    ReplyDelete
  4. Kami kat sini tak praktiskan ganjaran berduit...cuma selalu berikan pujian lah..kdg takut jgk mentality mereka akan terikat ngan duit kan...sy ingat anak2 kakak dulu..setiap kerja yg dilakukan tolong mak ker, mak sedara ker mesti nak berbayar..bukan apa takut keikhlasan anak2 membuat sst kerja tuh kurang..lebih elok jika diasuh membuat sst kerja dngan keikhlasan tanpa balasan kecuali ajar mrk harapkan balasan Allah...sy pun anak masih kecil..masih lagi struggle nak bentuk..cakap senang kan, nak apply bkn mudah...maaf ya nur kalau ade yg tersinggung...:)

    ReplyDelete
  5. Ha.ah kan, kenapa saya tak pernah apply cara ni. Saya biasa tawarkan hadiah untuk certain hal aje. Tq sebab berkongsi perkara ini. Agar anak2 saya akan menjadi lebih berdisiplin dalam mengatur waktu. :)

    ReplyDelete
  6. ummuaidan,
    pernah juga terfikir perkara yang sama, tapi itu adalah galakan/ganjaran bila dengar kata atau buat rutin harian tanpa disuruh... saya rasa berbeza dgn "bayaran" yang ummi maksudkan (maafkan saya jika salah)

    Ia hanya bersifat sementara hanya sebagai suntikan motivasi supaya anak-anak seusia Aisyah/Irfan boleh melakukan rutin harian tanpa perlu disuruh dan bila rutin tu dah sebati dalam diri anak-anak, mereka pun terus lupa dengan nilai 10 pence yang selalu ditawarkan.

    Lagipun, anak-anak seusia Aisyah/Irfan di sini belum pandai berbelanja menggunakan duit. Duit itu pun mereka cuma simpan dan bertanding, siapa yang lagi banyak ada 10 pence (secara tak langsung, mereka juga jadi pandai mengira :)

    Eh, mana ada tersinggung.... sama-sama berkongsi pendapat :)

    ReplyDelete
  7. myfreeminded,
    Saya pun baru jer belajar dan memang nampak kesan positif...
    kita mmg hidup dalam budaya macam tu... bila dapat no1 ke baru dapat hadiah hingga kita terlupa menghargai anak kita setiap hari. Kalau setiap hari kita sentiasa cakap benda positif dan beri galakan, ia sekaligus menaikkan keyakinan dalam diri anak-anak, Insya Allah

    ReplyDelete
  8. ganjaran Pujian memang satu cara yang bagus..bila kita cakap kat anak "pandai" anak akan tunjukkan sifat yg lebih baik lagi..


    ReplyDelete
  9. betul betul betul... riak muka pula penuh dgn rasa happy :)

    ReplyDelete
  10. Salam. Saya dah pindah blog baru. Blog lama dah deleted. Sudi2 lah follow di sini pula yer!

    http://fizumie.blogspot.com

    Love : Mamaa Aliff & Adam

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, Haziq dah mula buat kerja sekolah.. bukan itu aje dia dah mula tolong angkat pinggan lepas makan ke singki. Tapi yang memantau pembayaran upah kerajinan adalah kakak, siap dia yang bagikan nilai ikut jenis kerja.

    Saya pun pernah baca yang mengatakan tak elok memberi upah untuk menarik perhatian anak2 tapi saya rasa dalam hal ini macam jalan aje cara itu.

    Betul cakap Nur tu, tak boleh hargai untuk suatu yang kita declare "penting" sebab setiap hari sememangnya mereka melakukan suatu yang perlu kita notakan sebagai "penting" dalam membina personaliti seorang yang berkeyakinan dan berfikiran positif.

    ReplyDelete
  12. Ya, itu la perkara yang kita terlepas pandang.... kadang2 kita lupa nak hargai sebab benda yang dianggap remeh tapi sebenarnya jika digilap akan memberi impak yang besar dalam membentuk personaliti anak-anak :)

    ReplyDelete