Tuesday, February 5, 2013

Lagi snow di bulan February

Pagi tadi beria kunci jam pukul 4 pagi sebab nak siapkan tugasan dari supervisor. Tapi, susahnya nak bangun sbb suhu sgt sejuk. Last-last pukul 5 baru bangun lepas dapat semangat utk lawan sejuk tu.

Hairan juga, kenapa suhu sgt sejuk. Dah lama tak tgk forecast sbb dah puas main snow. Bangun pagi terus pasang portable heater, baru rasa panas sikit.

Kebetulan anak-anak juga bangun awal bila ummi dia bangun awal. Lepas tu mmg dah tak boleh nak concentrate kerja. Layan main dengan mereka lepas solat subuh. Bila turun ke dapur untuk sediakan sarapan, rasa macam tak percaya bila tgk salji sedang bebas berterbangan.

Saya pun apa lagi terus naik ke atas beritahu dekat anak-anak (ummi yg excited ok!). Irfan kata, "That's not snow, but that is stone rain". Mmg dua tiga hari lepas asyik hujan jer memanjang, siap turun hujan batu lagi pada Jumaat lepas. Huhuhu, sabar aje la, Irfan tak percaya yang tu snow. Meh tgk kat tingkap. Kakak dan Danish bukan main seronok tgk snow. Tang2 tu juga mereka ajak ke main kat luar tapi mana boleh, hari ni kena pergi sekolah.

Ni gambar yg saya snap masa snow baru turun...
Snow masih nipis...
Bandingkan dengan yg dah tebal ni...

Tapi ni gambar bulan lepas.... tak tahu la kali ni sempat menebal mcm ni ke tidak :)

NuKilaN:
 

21 comments:

  1. Kat Malaysia nk tgk snow kena g tmpt2 khas je.. Tpi nikmat hujan dan banjir.. Hehe...mesti sejuk je kan... Dulu sy pggil ais kepal je salji tu...

    ReplyDelete
  2. Hehehe..hujan batu mngingatkan sy ngan ujan batu kat tpt kita pun ade jgk kan..eee..dpt byngkan mcm mana rs dgn salji tebal tuh..

    ReplyDelete
  3. Bestnya.... bilalah dpt merasa agknya :p

    ReplyDelete
  4. kalau qalesya ni mesti dia suka dapat main salji cam nie.. ^_~

    ReplyDelete
  5. snow.....berangan jelah saya nie..huuh..

    ReplyDelete
  6. Terrorlah anak anak nur cakap dlm BI ye... Ada cikgu kat sekolah ni pun sma, banyak tahun duk oversea, anak anak dia bagus BI, tapi masa ajr Bm, letihla saya....

    ReplyDelete
  7. sini dah lama tak snow. ujan jer, tapi semalam keluar pakai tebal konon tapi peluh menitik.

    ReplyDelete
  8. Maria: kat sini pun pernah banjir jugak... hujan tu mmg selalu.... saya pun suka makan ais kepal, tapi kat M'sia la :)

    ummuaidan: anak-anak pun kata macam tu... ingatkan kat M'sia jer ada hujan batu, kat negara pun hujan batu jugak tau... hujan emas jer negara sendiri :)

    RH: tgk la gambar dulu... ambil feel

    Liya: budak2 la yg paling seronok.... kalau danish, mesti duk termenung depan tingkap tunggu salji turun :)

    Izan: berangan dulu, mana tahu lama2 jadi kenyataan :)

    Aisy: belum la terror sgt, masih byk yg broken... kat sini saya lebih suka ckp melayu dgn anak-anak.. biar cikgu tak pening kepala bila balik nanti... cuma kadang2 tu terkeluar juga slang Yorkshire dgn ummi mereka :)

    ReplyDelete
  9. Nastyna: Kat sini pun hujan juga memanjang... ingatkan dah nak masuk spring.. tup tup ada snow lagi... kena la on heater semula... hhuhuhu

    ReplyDelete
  10. Xpernah tgk lg hujan batu...camno la rupanya

    ReplyDelete
  11. turun lagi salji kat sana ye? sini tak tau la akan ada salji lagi ke tidak. cuaca di lincoln unpredictable

    ReplyDelete
  12. Anis: hujan batu tu macam ais hok besar-besar.... kalau snow, dio halus dan ringan, tapi kalau hujan batu dio besar2.... mmg gege la bunyi duk timpo atap rumoh

    Nadiah: kan? cuaca sgt mmg tak tentu... kejap panas, kejap hujan, kejap snow... ribut tu tak yah cakap la, rasa nak ikut terbang pun ada bila sgt kuat

    ReplyDelete
  13. Wah kt sana turun snow lg ye..kt sini blom lg tp katanya soon to be ada lg. sy pon igt dah nk msk Spring sbb 3-4 hari lps dah start panas, temp pon dh naik belas2..mmg cuaca tak menentu dah kan..kuasa Allah yg maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Take care!

    ReplyDelete
  14. kat sini temperature still under 10, masih lagi sejuk... ditambah pula dgn kelajuan angin yg sgt tinggi.... Betul tu Izu, Hanya Allah yang Maha Mengetahui dan menunjukkan betapa besar Kuasa Nya

    ReplyDelete
  15. mesti best main snow tu..
    kg sy sejuk jg tapi tak ada snow

    ReplyDelete
  16. Mesti sejuk sgt u..kat cameron highland pun dh rasa sejuk sangat.

    ReplyDelete
  17. mesti sejuk gila kan Nur??..
    masih ada sisa snow di bulan February ya??... best lah walau pun dh nipis2 je snow tu..hehe:)

    ReplyDelete
  18. Salji oh salji... Bila nak turun kat Malaysia ni....n:)

    ReplyDelete
  19. hujan batu di negeri sendiri,hujan emas di negeri org...lg best tinggal kat negeri sendiri kan...hehe:)

    bl la PC boleh main salji yg ori ni:)

    ReplyDelete