Monday, February 4, 2013

Resepi kek marble coklat

Hari ni nak berkongsi salah satu kek kegemaran kami sekeluarga iaitu kek marble. Anak-anak memang suka dengan kek ni. Sekali buat, tak sampai dua hari dah habis. Kadang-kadang saya juga bawa bekal dalam lunch box. Sambil buat kerja, sambil makan kek :)

Nak buat kek ni juga sangat senang dan cepat. Kita layan gambar dulu...

Bahan-bahan:
225 gram butter ( dibiarkan suhu bilik)
225 gram gula caster ( kurangkan kepada 200 g untuk kurang manis)
4 biji telur saiz B
225 gram tepung naik sendiri
3 sudu teh susu segar
2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada gas 4 (rasanya 160 - 180 darjah celcius) dan griskan loyang 20 cm dengan mentega.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang (jadi putih).
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Apabila dah sebati, masukkan susu segar dan tepung dan kacau lagi hingga sebati.
4. Asingkan adunan kepada dua bahagian. Salah satu bahagian, masukkan serbuk koko yang kacau hingga rata.
5. Ambil loyang yang telah digris tadi dan masukkan adunan coklat dan adunan biasa secara selang seli. Ulang hingga habis.
6. Masukkan loyang ke dalam oven dan bakar selama 45 - 50 minit (atau hingga masak).


Resepi asal saya ambil dari BBC Good Food - klik sini! Selamat mencuba :)

NuKilaN:
 

19 comments:

  1. Nak try buat, dah lama tak berkek. Macam senang pulak cara u ni, nampak sedap pulak tu.

    ReplyDelete
  2. Nastyna: Mmg senang dan mudah... tak rugi cuba tau ::

    Kak tini: budak2 mmg suka kek, so mmg layan aje selera mereka :)

    ReplyDelete
  3. sebut saja kek..anak2 saya memang sangat suka..habis buat lagi.

    kek ni belum pernah sy cuba..nak juga cuba selepas ini

    ReplyDelete
  4. kak nur alahaiii mood membakar belum sampai seru..die berhenti sbb menjahit heheh

    ReplyDelete
  5. Emmm, tengok orang duk masak2 kek ni, jelous gak.. hehe..

    ReplyDelete
  6. wah kek..dah lama xbuat kek,..asyik beli jer

    ReplyDelete
  7. ank2 pun suka kek marble nie..selalu MIL yg rajin buat.. maklumlah saya xpandai buat :D

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap...menyelerakan..
    nti boleh cuba & test..hehe:)

    ReplyDelete
  9. liya cukup tk pandai nak buat kek2 ni kak.. tp cukup pandai makan jer hehe... cam ne tu kak..

    oh ye liya dh follow akk 138 .. wahh no bertuah tue..

    ReplyDelete
  10. Thanks ya nur kongsi resepi..bhn2 pun simple tuh..inshaallah nak cubalah jgk.

    ReplyDelete
  11. Suka mkn tp xpndai buat kek ;)..nk try tp nt kna mkn sorg rsnye xde yg suke kecuali akif mkn choc moist :)..p/s: sy xbleh update blog..bw pkai hp je..

    ReplyDelete
  12. Wah terliurnya kak..! memang saya teringin sangat nak makan marble kek tapi blom ada masa lg nk buat..hehe. so thnks for sharing..boleh cuba nti..in shaa Allah..

    ReplyDelete
  13. bestnyee..
    mak angkat IF selalu jugak buat untuk IF..
    tapi smpai skrg IF xpnh blaja camne nk buat. hihihi

    ReplyDelete
  14. Singgah selasa jenguk Nur dan anak2..:)

    ReplyDelete
  15. Mama Rey: tak rugi cuba sbb senang dan sedap :)

    UM: saya tak pandai menjahit, tapi membakar tu boleh la :)

    myfreeminded: kat sini susah nak cari kek yg kena dgn tekak... so kena bakar sendiri baru boleh makan, kalau tak manis!

    Izan: tak pe la kat sana senang nak beli, sedap2 pulak tu :)

    RH: selalu beli jugak kat M'sia, baru tahu tak susah rupanya nak buat :)

    ReplyDelete
  16. Atie: jangan lupa cuba, confirm tak menyesal :)

    Liya: Tq singgah dan follow sini :)

    ummuaidan: sama-sama, nanti cuba tau :)

    Suhaina: gigihnya bw guna telefon, tq singgah sini :)

    Izu: kesian kat budak2 asyik duk sebut jer.. kena la rajinkan diri juga utk buat :)

    IF: kena menuntu ilmu dgn mak angkat tu... kalau tak pun cuba guna resepi ni :)

    ReplyDelete
  17. PC dah lame tak mkn kek marble ni...sedap kan kek ni;)
    mase kecik2 dulu mak PC selalu buat kek ni...:)

    ReplyDelete