Sunday, March 31, 2013

Mickey and Minnie Fan?

Balik dari Disneyland, anak-anak minta untuk menulis/melukis masa dalam Eurostar. Nasib baik ada buku autograph untuk mereka meluahkan kreativiti. Saya sangat tak sangka bila mereka duk lukis gambar Mickey Mouse.... Eh sejak bila pula ni mereka pandai lukis Mickey? Apa-apa pun, layankan karenah mereka sepanjang dalam Eurostar :)

Aisyah and her drawing
Close up Mickey Aisyah
Ni signature Mickey 
Yang ni pula dari Minnie
Irfan and his drawing
Close up Mickey Mouse Irfan
Memang mereka berdua bukan main seronok bila dapat jumpa Minnie dan Mickey Mouse secara live... Nasib baik sempat standby note book utk buat autograph, tak sempat nak pergi rembat buku autograph... Danish yang crancky pun tetiba ok bila nampak Mickey and Minnie :)
Sesi mengambil autograph dan bergambar bersama Mickey and Minnie
Nota ummi,
Entry kat Disneyland masih hold lagi... tak tahu nak mula kat mana sebab banyak sangat gambar kat sana... sabar yer mommies :)

NuKilaN:
 

Saturday, March 30, 2013

Gambar keluarga

Gambar keluarga hasil tangan Aisyah
Siap ada frame lagi..
Ramai juga yang tanya, mana gambar ummi dan abah dalam entry2 lepas...
Tak kenal, maka tak cinta, kan?
Saya bukan apa, segan nak letak gambar kat blog
Tapi bagi menghargai sokongan kawan2 kat blog ni, saya tempek juga satu gambar family kat entry ni...

Jeng!
Jeng!
Jeng!
Scroll down please....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v







Tgk ajer tau, jangan komen apa-apa :)

NuKilaN:
 

Friday, March 29, 2013

Luncur ais belakang rumah

Saya jadi geram bila tengok snow yang banyak macam ni kat belakang rumah...
Penuh dengan tapak kaki kucing
Terus dapat idea untuk buat slope bagi anak-anak main sledging. 
Beria kumpul snow untuk buat jadi bukit. 
Tak cukup snow dalam pagar, kami ambil snow kat jalan luar rumah. 
Akhirnya, dapatlah snow hill mcm ni...

Bila siap slope tu, apa lagi.. terus anak-anak bergilir-gilir main sledge.
get ready to sledge
Aisyah jer yg sporting posing

Yeehaa... sledging time!
Danish pulak turun gelongsor mcm tu jer
Tu dia, bergolek-golek Danish jatuh je bawah
Kononnya main hokey in snow
Lagi aksi tergolek

Jom tgk video keseronokan mereka bersledging...
Happy watching :)

/

Nota ummi,
Nak bawa anak-anak pergi park tak jadi sebab angin sangat kuat dan snow sangat tebal. Anak-anak mudah penat bila berjalan dalam snow tebal. Apa-apa pun anak-anak tetap happy even main belakang rumah jer :)

NuKilaN:
 

Thursday, March 28, 2013

Laksa Penang Perantau

Antara masakan yang saya tak pernah masak semasa di Malaysia ialah Laksa Penang. Kalau rasa nak makan, sangat mudah nak beli di mana-mana kedai. Bila merantau ni, nak tak nak kena masak sendiri bila teringin nak makan.

Laksa kat sini memang susah nak cari, maka saya gantikan dengan spaghetti. Ke kena tukar nama jadi Spaghetti Penang Perantau? Macam tak best pulak, kan? Apa nama sekalipun, spaghetti pun sangat sesuai dimakan dengan kuah laksa penang. Sedap walaupun tak cukup aksesori laksa penang :)


Saya google resepi dari My Resepi. Resepi ni dari nrma710. Mohan share resepi tu kat sini yer.. senang nak rujuk lain kali :)

Bahan-bahan:
Satu tin sardin
1 labu bawang besar**
Segenggam cili kering (direbus dulu)**
Sedikit belacan**
Air secukupnya
Sebatang bunga kantan
4 keping asam gelugor
garam/gula secukup rasa
Setengah paket spaghetti
Ulaman-ulaman - hirisan timun, hirisan lettuce, nenas, cili merah, limau nipis
Telur rebus

Cara-cara:
1. Kisarkan semua bahan bertanda ** denga sedikit air dan masukkan dalam periuk.
2. Kisarkan ikan sardin dengan sedikit air (tapi jangan terlalu lumat). Tuangkan juga ikan ke dalam periuk yang sama.
3. Tambah air sehingga kepekatan kuah yang diingini (tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat).
4. Potong bunga kantan kepada empat bahagian dan masukkan dalam periuk berserta asam gelugor. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan rebus hingga menggelegak.
5. Di dalam periuk lain, masak spaghetti berdasarkan arahan pada pembungkus.
6. Apabila kuah telah menggelegak, boleh hidangkan bersama spaghetti, telur rebus dan ulam-ulaman.

Selamat mencuba :)

NuKilaN:
 

Wednesday, March 27, 2013

Gerai M'sia @UoB

Selain menyertai Costume Parade, adik-adik di UoB juga menyertai International Market, atau saya beri nama Gerai M'sia. Adik-adik mengedarkan makanan M'sia secara percuma kepada pengunjung gerai. Sedap tau adik-adik tu masak.

Banyak juga yang menu yang mereka masak seperti apam balik, bubur jagung, kek batik dan cucur udang. Mereka juga menghidangkan bahulu dan kerepek ubi yang diimport khas dari M'sia :)

Gerai Malaysia terletak bersebelahan dengan gerai dari negara Thailand. Tempat yang agak strategik sebab berada di laluan orang ramai.
Snap gambar dari tingkat atas
Ramai juga yang mengunjungi gerai Malaysia. Ramai yang memuji keenakan masakan M'sia. Yang paling digemari pengunjung adalah kek batik dan cucur udang. Cucur udang sekejap jer slod out hingga adaik-adik balik rumah lagi untuk masak kali kedua.

Saya kata kepada pengunjung, tu cuma sebahagian kecil daripada makanan Malaysia. Ada lagi pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap. Kalau nak rasa sendiri, kena la datang ke Malaysia. Rasa macam duta kecil sekejap dengan mempromosikan Malaysia kepada para pengunjung. Dan ada juga yang berkali kali kata, "I must visit M'sia one day." Teruja tau bila orang suka dengan negara kita especially makanan kita :)
Ada juga yang mengambil peluang utk bergambar di booth M'sia. Saya tak pakai baju kurung masa tu, so memang tak jadi model di gerai M'sia. Saja kasi chance kat adik-adik :)
Ni pula bubur jagung yang sangat sedap. Rasanya saya seorang pun habis dalam tiga gelas penuh. Nanti nak minta resepi dengan adik-adik tu :)

Rasa seronok dapat sertai program macam ni. Selain dapat mengenali budaya negara lain, kita juga boleh mempromosikan negara sendiri di peringkat antarabangsa :)

Nota ummi,
Sebenarnya dah lama perap entry ni dalam draf. Nak publish sebelum ke Paris tapi tak sempat :)

NuKilaN:


WW ::: Snowy spring

virgin snow
Dirasmikan oleh Aisyah
Diikuti oleh Irfan
Snow ball to snow fight
Ready to fight
Ready to make a snow castle
Tak sah kalau xde aksi guling
Lepas guling, meniarap pulak
Our backyard
NuKilaN:
 

Tuesday, March 26, 2013

JJP4::: Paris ke Disneyland

JJP4 - Jalan jalan Paris bahagian 4

Dari Gare Du Nord, kami naik Metro line 4 ke Les Helles untuk tukar train ke Disneyland. Dari stesen Les Helles, kami perlu ambil RER line A dan berhenti di perhentian terakhir, Marne-la-Valle Chessy.

Di stesen Les Helles
Boleh nampak yang suasana stesen keretapi agak kotor dan berbau
Irfan ada juga tanya, "Kenapa orang kat sini suka conteng-conteng?". Terkedu saya dibuatnya. Nak jawab apa pun tak tahu. Memang jauh beza dengan train di UK. Rasanya stesen train di Malaysia pun jauh lebih bersih dan terjaga.

Lagi sekali anak-anak eksaited bila dapat naik train dua tingkat. Masa mula2 naik train, kami tak dapat tempat duduk di tingkat atas mahupun tingkat bawah. Tapi ada juga insan prihatin yang bangun memberikan tempat untuk Aisyah dah Danish. Tapi Danish pula yang jual mahal sebab dia tetap nak naik tingkat atas. Nasib baik ada orang lain yang tawarkan tempat duduk untuk Danish di tingkat atas. Bukan main bising mulut Danish sepanjang atas train. Tapi akhirnya dia membisu seribu bahasa bila terlelap hingga ke Disneyland.
Posing atas train dua tingkat ke Disneyland
Stesen keretapi Marne-la-Valle Chessy
Bila sampai di ruang legar stesen, anak-anak mengadu lapar dan dahaga. So kami rehat dulu sambil menikmati hot chocolate. Sekejap jer habis segelas hot chocolate tu (nampak sgt mereka sgt lapar).
Sedang menikmati hot chocolate
Keluar jer dari stesen keretapi, anak-anak sangat teruja bila nampak Disney Village dan Disneyland Park. Masa kami sampai dalam pukul 6 petang, ramai pengunjung yang berduyun-duyun keluar dari Disneypark. Kami mengambil peluang yang ada untuk mengabadikan beberapa keping gambar kenangan tanda telah menjejakkan kaki ke Disneyland.
Disney Village
Disneyland Park
Signboard pun nak snap sbb nampak cantik :)

Selepas bergambar, kami mula mencari arah ke tempat menginap iaitu Sequio Lodge. Saya ingatkan boleh guna service Disney Express, rupanya tidak termasuk dalam pakej yang kami ambil. Disney Express adalah service untuk menghantar beg dari kaunter terus ke bilik hotel dan dari hotel, beg boleh terus diambil di kaunter Disney Express. So tak perlu nak mengangkut beg2 tu sendiri :)

Walaupun kami tidak subscribe utk service Disney Express, petugas kaunter tetap bermurah hati membawa beg-beg kami ke platform untuk menunggu shuttle bus. Shuttle bas disediakan kepada mereka yang menginap di hotel Disney untuk berulang alik ke Disneyland Park.
Anak-anak sabar menanti shuttle bus sambil mangalas perut
Shuttle bus - dua biji bas dicantum sekali, unik kan?
Jimat kos pemandu dan boleh muat ramai :)
Tak lama menunggu, shuttle bas yang ditunggu pun sampai. Kami dibawa ke Sequioa Lodge dan terus check in. Keesokan harinya, baru kami mula mengembara ke Disney Studio dan Disneyland Park. Jumpa lagi di lain entry yer.

Terima kasih kerana baca hingga ke noktah akhir :)

NuKilaN:
 

JJP3:::Trocadero

*JJP3 - Jalan jalan Paris bahagian 3

Untuk melihat atau bergambar dengan menara Eiffel dengan lebih jelas, ramai yang menyarankan agar ke Trocadero.  Ini adalah Trocadero dari aras dua menara Eiffel. Ia terletak betul betul menghadap menara Eiffel.
Trocadero

Lepas menjamu perut yang lapar, kami berpatah balik untuk bergambar di Trocadero pula. Walaupun cuaca tak mengizinknan, kami tetap juga mengabadikan beberapa keping gambar sebagai kenangan.
suram jer rupa menara Eiffel dalam hujan

Nak bergambar satu keluarga pun agak sukar dengan karenah anak-anak yang pelbagai dalam hujan yang renyai-renyai.
Danish dan Aisyah
Danish in action
Cubaan memegang menara Eiffel
Gaya lentok
Kakak pun ada menara Eiffel
Model menara sebesar tu dapat dgn harga 3 Euro
Posing dgn tiket train
Bukan main seronok dapat pegang dan guna tiket tu utk melintasi gate :)

Lepas bergambar di Trocadero, kami kembali ke stesen Gare Du Nord untuk ambil beg dan meneruskan perjalanan ke Disneyland. Nantikan liputan di Disneyland pula :)

NuKilaN: