Wednesday, March 27, 2013

Gerai M'sia @UoB

Selain menyertai Costume Parade, adik-adik di UoB juga menyertai International Market, atau saya beri nama Gerai M'sia. Adik-adik mengedarkan makanan M'sia secara percuma kepada pengunjung gerai. Sedap tau adik-adik tu masak.

Banyak juga yang menu yang mereka masak seperti apam balik, bubur jagung, kek batik dan cucur udang. Mereka juga menghidangkan bahulu dan kerepek ubi yang diimport khas dari M'sia :)

Gerai Malaysia terletak bersebelahan dengan gerai dari negara Thailand. Tempat yang agak strategik sebab berada di laluan orang ramai.
Snap gambar dari tingkat atas
Ramai juga yang mengunjungi gerai Malaysia. Ramai yang memuji keenakan masakan M'sia. Yang paling digemari pengunjung adalah kek batik dan cucur udang. Cucur udang sekejap jer slod out hingga adaik-adik balik rumah lagi untuk masak kali kedua.

Saya kata kepada pengunjung, tu cuma sebahagian kecil daripada makanan Malaysia. Ada lagi pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap. Kalau nak rasa sendiri, kena la datang ke Malaysia. Rasa macam duta kecil sekejap dengan mempromosikan Malaysia kepada para pengunjung. Dan ada juga yang berkali kali kata, "I must visit M'sia one day." Teruja tau bila orang suka dengan negara kita especially makanan kita :)
Ada juga yang mengambil peluang utk bergambar di booth M'sia. Saya tak pakai baju kurung masa tu, so memang tak jadi model di gerai M'sia. Saja kasi chance kat adik-adik :)
Ni pula bubur jagung yang sangat sedap. Rasanya saya seorang pun habis dalam tiga gelas penuh. Nanti nak minta resepi dengan adik-adik tu :)

Rasa seronok dapat sertai program macam ni. Selain dapat mengenali budaya negara lain, kita juga boleh mempromosikan negara sendiri di peringkat antarabangsa :)

Nota ummi,
Sebenarnya dah lama perap entry ni dalam draf. Nak publish sebelum ke Paris tapi tak sempat :)

NuKilaN:


15 comments:

  1. Seronok kalau mendapat sambutan... lepas tu dia org tanya Malaysia di mana...

    lagi bila percuma Nur... mesti cepat sold out kan :D

    ReplyDelete
  2. wah meriahnya,..terubat tak rindu kat malaysia ??

    ReplyDelete
  3. sejuk mata tgk jalur gemilang ngan orng2 kita dibumi asing...:)

    ReplyDelete
  4. bestnya...dpt jugak dorang kenal masakan dan budaya kita Malaysia kan :D

    ReplyDelete
  5. terubat rindu pd kampung halaman..

    ReplyDelete
  6. Puas la u merasa makanan tu semua, cedok itu sikit ini sikit best kan.

    ReplyDelete
  7. hehe..... tak pe bijen...entri yg dah lama peram lagi best! hehe...
    seronok jugak yek...dapat memperkenalkan malaysia !

    ReplyDelete
  8. Mmg banggakan kalau ada org cakap nk pi malaysia hihi

    ReplyDelete
  9. Kak Yati: Hehehe, mula2 mereka takut juga nak ambil.. bila kata cakap bahan2 apa yg kita letak, baru mereka cuba.. lepas cuba, terus ambil lagi :)

    Izan: Yea, rasa terubat la sikit rindu kat kg halaman :)

    Kuazue: Tu maksudnya dah sampai seru nak sambung belajar :)

    ummuaidan: Kan? Lain macam jer rasa bila tgk jalur gemilang di negara orang... Tang2 tu rasa nak nyanyi lagu negaraku :)

    RH: Mmg best.. dapat juga promosi M'sia kepada pengunjung :)

    ReplyDelete
  10. Kak Tini: Alhamdulillah, makan bubur jagung tu bertemankan jalur gemilang dah rasa mcm makan kat negara sendiri :)

    Nastyna: Mmg puas... makan hingga kenyang... dah la makan yg org masak, lagi sedap... hihhi

    OKje: Entry peram, tak pe.. kalau makanan peram sah2 dah basi... ekekeke

    Anis: Betul sgt tu.. bangga mak :)

    ReplyDelete
  11. suke lah tu dapat makan bubur jagung...hehe:)

    ReplyDelete
  12. hehhe, lagi best bila orang masak, lagi laa rasa sedap... nyum nyum :)

    ReplyDelete
  13. bestnya bubur jagung, dah lama tak makan bubur jagung ni.

    Seronoknya suasana tu, mesti ada rasa heppy sikit, terhari sikit, sedih sikit.. macam2 rasa.. yang pasti mesti rindu Malaysia kan Nur.. :)

    ReplyDelete
  14. rindu sgt2.. tapi redha aje la... dapat kumpul ramai2 macam ni, hilang laa sikit rindu kat keluarga :)
    Bubur jagung orang buat, lagi la lima kali rasa sedap :)

    ReplyDelete