Tuesday, April 9, 2013

JJD1::: Main Street USA || Sleeping Beauty Castle

** JJD1 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 1

Target hujung minggu ni nak buat coverage pasal cuti2 disneyland yang tertangguh. Kena luangkan juga masa untuk rujukan dan buat kenangan anak-anak di masa depan. Tapi target tak tercapai, entry entah ke mana... huhuhu...

Ok, jom ikuti kembara kami di Disneyland....

Disebabkan kami menginap di Sequio Lodge, maka kami diberi extra two magic hours. Maksudnya kami boleh masuk dua jam lebih awal berbanding pengunjung lain yang tidak menginap di hotel Disney. Waktu rasmi disneyland dibuka adalah pada pukul 10 pagi. Jadi kami dibenarkan untuk masuk seawal jam lapan pagi.
Tiket dan pass untuk masuk awal
Ada empat tiket jer sebab utk Danish saya seludup masuk jer (hehehe, belajar dari LL)
Ingatkan kami jer yang keluar awal, rupanya ramai lagi yang berpusu-pusu masuk pada pukul lapan tu.
Lepas check tiket, terus  menapak ke dalam Disneyland Park dan menyusuri Main Street USA.

Main Street USA
Kedai makan belum buka lagi masa ni
Banyak kedai di kiri kanan Main street USA
Tumpang bergambar dengan topi orang
 Dari Main Street USA, anak-anak dah mula teruja bila nampak Sleeping Beauty Castle. Terus mereka cepat-cepat menapak ke sana...

Tengok la suasana yang basah pada pagi tu. Tapi nasib baik masa kami sampai tak hujan. Sebelah pagi boleh dikatakan cuaca cantik, cuma hujan agak lebat di sebelah petang.

Lama juga luangkan masa bergambar depan ni.  Tapi bila check balik, takde gambar anak-anak posing bertiga. Gambar keluarga jer yang banyak. So saya tempek gambar Irfan posing sorang2 aje la :)

Sleeping beauty castle dari dekat...
Tak sangka mimpi jadi realiti :)

Landscape di sekitar castle - sebelah kiri
Bangunan yang nampak tu adalah bangunan Aladdin di Adventureland

Suka tgk air terjun ni.... 

Entah apa yg Irfan duk baca tu...

Bersambung....

NuKilaN:
 

20 comments:

  1. seronoknya tempat ni.... banyak tarikannya...

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya Bijen.... dapat tengok gambar real Sleeping Beauty Castle jadiklah hehe....
    Selalu tengok kat TV je itupun masa time kartun Disney main haha!

    ReplyDelete
  3. Subhanallah...

    suke... suke...

    he3 ni bukan budak2 jer suka, saya pon suka tgk gmbr2 ni... rasa nak terjah skng jugak ;)

    ReplyDelete
  4. seronoknye k.nur dapat peluang ke sana... Seronok tengok anak2 happy kan...

    ReplyDelete
  5. seronoknya ... entah bila le pulak kami nak pergi sana pulak.. :)

    ReplyDelete
  6. Bertuah anak2nur dpt kesini kan..mesti tak takkan lupanyer..kecuali danish..kalo dok dlm tuh agaknya seharian baru habis jajak yer..heheh

    ReplyDelete
  7. Seronok nya jalan2 ke Disney Land ni..entah ada rezeki atau tak, nak ke sana..hehe.. tgk gambar pn dah puas hati..anak2 mesti teruja kan?:)

    ReplyDelete
  8. seronoknya.cantik sgt tempatnya. nik ni dapat tgk kat tv jea la

    kalau tgk real mesti lagi cantik kan

    ReplyDelete
  9. Dah sampai situ part paling teruja bila nampak sleeping castle depan mata. Rasanya saya yg excited lebih dr anak part tu. Gambar saya jugaklah2 yg paling byk depan2 castle tu heheee...mmg rasa mimpi jadi nyata.

    P/s: nasib baik saiz badan Danish & wafiq mcm budak umur 2 tahun kan! Bukan nak cheating tp baru sebulan dua genap 3 tahun dah charged tiket harga mcm kanak2 besar rasa tak berbaloi. Byk rides yg dorang tak boleh naik.

    ReplyDelete
  10. Aisy: Tu la, pergi dua hari pun tak habis jelajah :)

    OKje: Hahaha, tu rasa mcm percaya tej percaya jer boleh jejak kaki ke sana :)

    Lia: mmg tak boleh nak describe rasa best tu... landscape sekitar mmg sangat cantik... aman jer tgk :)

    Haza: Alhamdulillah, kebetulan dah dekat... rugi kalau tak pergi... anak2 mmg suka sgt :)

    Liya: Insya Allah, mana tahu ada rezeki suatu hari nanti :)

    ReplyDelete
  11. ummuaidan: Dua hari pun tak habis lagi.. banyak juga ride yang tak sempat naik... padahal kami pergi luar musim sekolah... hihihi

    RH: Mmg saya pun suka tgk landscape kat sana :)

    Atie: Betul tu Atie.. saya kongsikan gambar supaya kita boleh berkongsi pengalaman sama2... mmg Danish la yang paling excited.. well behaved sepanjang kat sana :)

    Nik: Mmg kalau boleh semua sudut nak ambil gambar... banyak port yang menarik :)

    LL: Hehehe, tak sangka LL pun macam tu.. bila tgk balik gambar, eh tak banyak gambar anak2 yang snap kat situ.. banyak gambar ummi dia dan satu family jer.. hihihi.. Tu la, nasib baik anak2 kita ni jenis saiz kecil... mmg mereka percaya bila kata dua tahun... tipu sunat :)

    ReplyDelete
  12. Wah seronoknya.. teringin juga nak ke Disneyland jika ada rezeki. Cantik tempatnya.

    ReplyDelete
  13. Mmg tempat ni cantik.. sesuai untuk bersantai bersama dengan keluarga :)

    ReplyDelete
  14. bestnya nur tempat ni..cantik menarik..
    mesti seronok anak2 nur di bawa ke sana kan..

    ReplyDelete
  15. betul tu MamaRey.... mmg best dapat bersantai dgn anak2 :)

    ReplyDelete
  16. Bestnya nur.mimlin jd realiti.sy pun berangan nak gi juga ni

    ReplyDelete
  17. Ida, jom jom.... mula mula kena la berangan... lama2 jadi realiti la tu.... hihihi

    ReplyDelete
  18. Salam,

    Nur, boleh taj share itinerary pi Disneyland nie ngan I. Maksud I, u pi sana naik apa, food and drinks macam maner, macam mana dapat magic pass tu, kena beli online atau sebagainya?

    Thank you in advance..

    ReplyDelete