Friday, April 5, 2013

Slang Yorkshire

Saya tertarik dengan komen MFM dalam entry ni....


Sejujurnya, saya jarang speaking dengan anak-anak. Sebelum datang sini, ada kawan-kawan beri tips. Mereka kata, kalau boleh kena cakap melayu dengan anak-anak. Kat sekolah mereka dah didedahkan dengan bahasa Inggeris. So biar anak-anak boleh kuasai dua-dua bahasa. Nanti kalau tak tahu bahasa melayu, masak juga ummi dia nak mengajar semula bila balik M'sia, ye tak?

Tak pe la anak-anak tak berabuk cakap London pun. Janji mereka boleh faham bila orang speak English. Tapi kan, kat sini anak-anak bukan cakap slang London tapi slang Yorkshire. Masa mula-mula dengar slang tu, nak tergelak pun ada sebab bunyinya macam english baku. Kalau RUN, kita akan pronounce RAN, kan? Kalau slang Yorkshire mereka akan sebut RUN jugak. Macam bahasa Inggeris dimelayukan pun ada... hihihi

Kalau tak percaya, tengok video Aisyah kat bawah ni...

Dressing Up... beri perhatian pada sebutan UP di awal video.

Lagi satu saya perhatikan banyak sebutan mereka yang silent T di tengah. Kalau LITTLE, mereka sebut tanpa membunyikan huruf T. Bila membilang lagi la bunyi kelakar, kalau saya betulkan mereka kata saya yang salah.. huhuhu

Macam danish, dia banyak mengikut cara bercakap kakak dan abang. Bila kakak sebut "Finish" lepas habis makan, dia pun sebut "Finish" juga.

Salam Jumaat semua, selamat berhujung minggu :)

NuKilaN:
 

24 comments:

  1. jelas slang nya tu.. slang ganu lah lagi sohor kan? hehe

    ReplyDelete
  2. Balik ganu lepas ni, slang ganu la pulok... hihihi

    ReplyDelete
  3. wah slang gitu lak yer... asalkan mereka tahu bahasa melayu oklah..ehe..nnt nak balik ganu...ehe..bila tuu

    ReplyDelete
  4. Cerdik cerdik anak anak Bijenkan... Mama kecek Ganu kat rumah, kat sekolah speking london....
    Tp budak baye tu senang nak tangkapkan...

    ReplyDelete
  5. setuju dgn pendapat nur, patut kukuhkan bahasa ibunda kalau tak nti balik mesia memang payah jadinya. Anak2 saya sampai sekarang terkial-kial nak sebut nombor blm b.melayu sebab dulu kononnya mula perkenalkan nombor dlm english alasannya math belajar dlm Bi. At the end, bila start seklah back t BM again.

    Anak2 saya kat umah rojak 3 bahasa huuhu...bahasa finnish sbb terbiasa kat sekolah, b.inggeris sbb pengaruh byk tengok cite cartoon english version.

    ReplyDelete
  6. Izan: Hehehe tu la... tu tak dengar lenggok mereka lagi... sgt lain dgn slang yg kita selalu dengar dalam tv... Insya Allah, awal tahun 2016 baru balik :)

    OKJe: Budak-budak mmg mudah pick up... siap tiru dengan lenggok lagi... ummi dia pun masih lagi terbelit lidah bila nak cakap.. hihihi

    LL: Setakat ni Irfan masih lagi kenal huruf dalam bahasa melayu, it's not a big deal for him... tapi Aisyah, mmg dia tahu tahu... kalau kita sebut lapan, mesti dia tanya... lapan apa tu apa? Tu pun dah rasa, kesiannya kat Aisyah... nasib baik ada abang yg ajar sikit2 :)
    Bagus la kalau mereka rojak 3 bahasa, 3-3 mereka boleh faham :)

    ReplyDelete
  7. Kak Nur,

    Awisy ni pun dah bahasa rojak. Sometimes speaking sometimes bm je. Mula2 dulu determine la nak speaking pastu fikir2 nanti kan nak balik msia jugak. so biar la dia belajar english kat sekolah. :)

    ReplyDelete
  8. Memang bahasa Inggeris tu penting, tapi kalau tak tahu cakap melayu lagi susah, kan? Insya Allah, budak2 ni mudah pick up.. biar mereka pilih bahasa apa yang mereka suka.. kita layankan ajer, zass :)

    ReplyDelete
  9. I ada kawan2 yg slang gini, selalu gurau dengan dorang tanya ada tercekik something ker? hihihi (ya I am nasty :P)

    Doctor JJ sini pun suruh saya cakap Melayu ngan JJ, tapi saya pulak tensen nak kena translate kat bapak dia sumer lagi, celaru kami celaru. hahaha

    ReplyDelete
  10. rupanya sama ngan kita kat M'sia ye, banyak slang..

    ReplyDelete
  11. Aa'ah la lain yer english yorkshire...baku betul.....

    ReplyDelete
  12. haah nur betul tu...biar mereka dapat kuasai banyak bahasa

    ReplyDelete
  13. Ooo cenggitu bunyinye....hihi

    ReplyDelete
  14. Bagus juga bila anak2 dapat menguasai dwi bahasa ni.. byk kelebihan nya nti bila mrk dewasa..
    Aisyah comel..:)

    ReplyDelete
  15. hebatla anak anak nur nanti, menguasai banyak bahasa ni..

    belajar pelbagai bahasa memudahkan diorang nanti ni... saya pun risau bila tgk budak budak area USJ mmg ramai yg cakap dlm BI.. naim ni esokesok mahir tak kalau mak paknya tak banyak speaking di rumah

    ReplyDelete
  16. Salam kak Nur

    Thn 2006/7 izu dok kt Coventry ikut hubby smbg master, samalah diorang pon guna slang Yorkshire, baku. Like good luck tu diorang sebut as if good look hihihi..but luckily kt London ni english std, lbh sng faham bbanding yorkshire slang tu :)

    ReplyDelete
  17. Kalau sy lak nur..awalnya ingat nak ckp melayu gak ngan anak..tp lama2 trhilang..pikik2 lak takperlah biarlah dia pandai cakap english..bila balik m'sia nanti tahulah dia adjust bila nak sekolah nanti..sebab kan bkn mudah gak bg anak2 melayu kita nak fasih english kan...
    pssttt ..kdg kalo marah sy marah kot kelate..heheh

    ReplyDelete
  18. Betul tu kena ckp juga Melayu. Tahu byk bahasa lg bagus. Kalau tak susah juga nanti.

    ReplyDelete
  19. Nastyna: Hihihi, mmg celaru kalu lagu tu... tak larat juga nak translate satu2... nanti JJ pun tumpang pening...

    Kak Tini: Ha ah, sama jer....

    Dinie: Mmg lucu bila kecek english baku... mcm org zaman dulu2 pula rasanya :)

    Anis: Gitu la... bila anak2 kecek sama mereka, saya mesti senyum sorang2.. lucu do oh :)

    Atie: Tu la... ada added value... tapi bahasa sendiri harapnya mereka tak lupa :)

    ReplyDelete
  20. TJ: Ye doh.... Alhamdulillah, advantage utk anak2 :)

    Aisy: Insya Allah, budak2 mudah pick up.. saya pun bukannya pandai sgt English, mmh syukur sgt bila dapat belajar UK... boleh la polish sikit English skill :)

    Izu: Kan? One pulak jagi won... huhuhu, tak ke pening nak faham... tapi kalau slang scottish lagi pening... hihihi

    ummuaidan: Ooo, Aidan mesti fasih speak english... Balik nanti kalau practice speaking pun takut mereka lupa pula kalau tak praktis :)

    NoEn: Sah2 balik Teganu kena cakap slang teganu pulak.. ekekkeke

    Ummi Iman: Kan? Harapnya mereka dapat kuasai dua-dua dengan baik :)

    ReplyDelete
  21. bagus kecik2 lagi dah pandai mcm2 bahasa.. nnti dh besar senang ..:)

    ReplyDelete
  22. Insya Allah, harapnya dapat la mereka kuasai dengan baik :)

    ReplyDelete
  23. ha ah, btul tu. kalau kt umahpun ckp english nnti kesian derang nak adjust balik malaysia nnti.

    saya ada jugak dengar slang brit yg mcm bahasa baku ni bila akif tgk youtube.

    ReplyDelete
  24. jangan akif pun cakap english baku lepas ni sudah... hehehe, tu la... harapnya mereka masih boleh faham bahasa melayu bila balik nanti :)

    ReplyDelete