Thursday, April 11, 2013

JJD2::: Magic Hours @ Fantasyland

** JJD2 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 2

Keluar dari Sleeping Beauty Castle, kami terus ke Fantasyland. Di Fantasyland, ada empat ride yang dibuka semasa Magic Hours iaitu:
Le Carrousel de Lancelot
Peter Pan's Flight
Dumbo the Flying Elephant
Mad Hatter's Tea Cups
Pandangan castle dari Fantasyland

Kesemua tempat tarikan di Fantasyland adalah 16. Memang tak sempat nak pergi semua, pilih-pilih yang mana sempat dah tak perlu beratur lama. Selebihnya, snap ajer gambar mana yang sempat :)

Pengembaraan dimulakan dengan menaiki kuda macam kat fun fair, iaitu Le Carrousel de Lancelot. Nak sebut pun berbelit lidah.
Irfan jer yang sporting posing
Aisyah dah tak sabar nak naik ride
Memang tak perlu menunggu lama
Aisyah posing dulu sementara dibenarkan masuk
Irfan sedang pakai safety belt


Lepas tu, anak-anak naik gajah yang pusing-pusing pula, Dumbo the Flying Elephant. Walaupun masa tu magic hours, boleh tahan juga menunggu sebelum dapat naik. 
Entrance ke Dumbo the Flying Elephant
Beratur menunggu giliran
Jangan cari gambar anak-anak kat dalam ni, memang tak ada... hihihi
Seterusnya, anak-anak request untuk naik cawan yang pusing-pusing tu, Mad Hatter's Tea Cups. Yang ni pun tak perlu beratur lama. Kejap jer dah dapat naik.
Muka seronok lepas naik cawan berpusing tu :)
Ride cawan ni rasanya saya pernah naik masa kat Malaysia. Kalau tak silap ada di Genting Highlands dan Sunway Lagoon.

Tapi entah macam mana terlupa nak naik Peter Pan's Flight masa hari pertama. Hari kedua baru kami dapat naik (dah la bukan main lama lagi kena menunggu sebab naik selepas Magic Hours).

Peter Pan's Flight
Naik atas 'flight' yang macam ni...
mmg rasa macam terbang betul bila naik flight ni :)

Bersambung.....

NuKilaN:
 

18 comments:

  1. Best nye anak2 kak nur. Teringat klu ke taman tema tapi genting highland la.. Haza boleh naik cawan tu jek. Heheheh

    ReplyDelete
  2. bestnya....bila agknya dpt ke sini...

    ReplyDelete
  3. sronok betul diorang dpt naik pelbagai rides tuh kan..2 hari pun tak habis g ke nur jajak seluruh disneyland tuh..:)

    ReplyDelete
  4. salam nurbijen
    bestnyee. bdk2 klu dpt g disneyland mcm dapat jadi kartun ibaratnya. hehe

    ReplyDelete
  5. Seronok nya tengok anak2 Nur main permainan ni..main cawan2 tu mcm best je..klu sy pun nak naik tu..hehe:)

    ReplyDelete
  6. Bestnya nur tgk ansk2 nur.impian jd kenyataan.saya pun sejak kecik dok berangan nak gihihi.sebab minat kartun disney.insya allah,one sweet day nak bw anak2 gi hihi

    ReplyDelete
  7. sejuk-sejuk pun ramai juga orang ye

    ReplyDelete
  8. nampak cuaca mendung. Kalau tak mesti lagi best kan!

    ReplyDelete
  9. lame btl PC tak singgah kat bradford ni...
    suka tgk gambar nur pergi holiday ni..
    berangan nak pg jugak la tu kucing samo ni;p

    ReplyDelete
  10. wah enjoy sangat...tgk gambar sajalah..kami disini..tq berkongsi gambar

    ReplyDelete
  11. Hanya gambar je yg meluahkan kata-katakan Bijen hehe

    ReplyDelete
  12. budak2 mmg suka sangat la pergi tmpt2 macam nikan...

    ReplyDelete
  13. Cantiknya Sleeping beauty castle tu, sy nak bgambar dgn castle tu je. Rides dia sy takut nak naik hehe tp klu yg ok boleh juga naik bwk ank2..;)

    Neay glowing muka Irfan dan Aisyah dpt main kt disneyland..so lucky them! :)

    ReplyDelete
  14. Haza: Hehehe, jadi betullah mmg ada cwn mcm tu kat genting :)

    RH: best best, xpe.. mula2 berangan jer dulu :)

    ummuaidan: mmg tak sempat habis.. datang time winter ingatkan tak ramai orang... tapi ramai juga org kat sana... kalau summer, tak tahu lah ramai mana org :)

    kak Yati: Alang2 dah dekat, tu curi pergi kejap :)

    kak Ros: Bukan budak2 jer jadi kartun, mak budak pun excited sama :)

    NoEn: Mula2 jeles la dulu, tak lama lagi sampai la tu :)

    Atie: Mainan cawan tu kat genting highland pun ada :)

    TJ: Yup, the dreams came true... hihihi, mcm tak percaya pun ada :)

    ReplyDelete
  15. Nadiah: Tu la pasal... berangan jer nak conquer tempat tu... hihihi

    LL: Pagi tu mmg mendung, belah petang terus hujan.... huhuhu

    PC: kucing samo dah ada angan2 tu.. tak lama giliran Aliya pulak :)

    Izan: Sama-sama... seronok dapat berkongsi pengalaman :)

    OKje: Hihihi.. pandai sgt perap lama2.. dah byk lupa pasal kejadian... ekekeke

    NK: bukan budak2 jer, mak ayah pun tumpang seronok... hehehhe

    Izu: Kat sana banyak ride yg boleh naik satu keluarga.. don't worry, banyak ride yang santai jer.... tak merbahaya pun :)

    ReplyDelete
  16. bukan tengok dan baca citer Nur aje yang seronok, baca komen2 pun seronok... :) Kucing samo nak pi main salji tu..

    ReplyDelete
  17. Rajin betul MFM baca entry sekali dgn komen2 tu... kucing samo tunggu masa nak terbang ajer tu... hhihi, jgn marah kucing samo :)

    ReplyDelete