Friday, April 12, 2013

JJD3: Magic Hours @ Discoveryland

** JJD3 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 3

Dari Fantasyland, kami terus beredar ke Discoveryland.


Di Discoveryland pula, ada dua ride yang dibuka semasa Magic Hours iaitu Buzz Lightyear Laser Blast dan Orbitron. Tanpa membuang masa, kami terus mencari entrance untuk Buzz Lightyear Laser.
Kat luar tulis masa menunggu 15 minit, tapi rasanya tak sampai 15 minit kot dah dapat main :)

Anak-anak suka tgk robot Buzz Lightyear tu cakap sorang2

Sabar menunggu giliran
Inilah kapal angkasa yang kami naik tu
Aisyah yang dah sedia utk bertarung..
Irfan in action


Jom intai, siapa dapat markah yang tinggi...

Selesai bertarung melawan musuh, anak-anak beria minta nak naik Orbitron. Yang paling bersungguh mestilah Danish. So, beratur la juga untuk naik Orbitron walaupun masa tu dah habis Magic Hours. Agak lama juga ambil masa untuk beratur di sini :(

Danish yang paling excited

Irfan dah besar, maka boleh naik sorang :)

Ada lapan ride yang ditawarkan di Discoveryland. Tapi memang tak sempat naik pun yang lain, malas nak beratur panjang-panjang. Lagipun ada juga ride yang memerlukan ketinggian minimum. So bukan satu keluarga boleh naik especially Danish. Daripada berlaku drama air mata, baik kami cepat-cepat beredar.

Lepas tu, kami terus ke keluar dari Disneyland Park ke Universal Studio pula. Nantikan cerita dalam entry seterusnya :)

NuKilaN:
 

15 comments:

  1. Bestnya.anak2 sy pun minat betul dgn watak2 toy story tu

    ReplyDelete
  2. Amboi mike....budak-budak memang suka benda nikan Bijen........Anak yg sulung dulu ada toy tu...sekarang tah mana pegi hehe adik2 pulak pompuan...tak monya depa main tu

    ReplyDelete
  3. Bestnya... mst bdk2 tu hepi sgtkan.. :D

    ReplyDelete
  4. Best tu dpt bertarung.. ada pistol lagi hebat nak bertarung... ;-)

    ReplyDelete
  5. amboi seronoknya... tgk irfan tu... bukan main lagi.. hihih

    ReplyDelete
  6. Untung akk dpt masuk time magic hours. Magic hours cuma diberi kpd yg duduk kt Disney resort je kan? Akk aritu cari kt website official disneyland paris ke? Hehe igt nak pergi jgk Disneyland sblom blk for good :)

    ReplyDelete
  7. TJ: Bukan anak2, kita pun ralit sama melayan dgn budak2... hihihi

    OKJe: Anak2 saya takde la suka sgt dgn toy story... tapi pernah juga tgk movie tu.... toys pun tak pernah beli... hihihi

    RH: Ha ah, seronok sgt la mereka tu :)

    Kak Yati: Kononnya jadi special cadet... bukan semangat lagi bertarung.. hihihi

    NK: Irfan mmg suka main pistol tu... nasib baik tak minta ulang lagi sekali.. hihihi

    ReplyDelete
  8. Izu,
    Yup, magic hours only for those who stay at Disney Hotel... Akak hari tu booking yang The Sun Holiday, dapat la murah sikit... sebab tu mampu duk hotel Disney... Kena pergi tu Izu sebelum balik, nanti kan teringat pulak :)

    ReplyDelete
  9. hhihih...sian danish banyak lagi game yg tak lulus untuk dinaiki yer..nak naik game tuh kena byr lagi ker sudah termasuk dlm bayaran masuk nur..

    ReplyDelete
  10. wah.. mesti seronok sgt budak2 main ni. yg tak best kena beratur dan tunggu lama la yea

    ReplyDelete
  11. Bertuah anak-anak puan dapat merantau sewaktu umur masih muda. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas pemandangan.

    ReplyDelete
  12. seronok tengok anak-anak nur ni..ada pengalaman membesar di perantuan..

    ReplyDelete
  13. ummuaidan: Tu la, dah la dia jenis nak main semua yg abg dan kakak main... so kena bawa lari cepat2... hihihi... semua ride boleh naik tanpa extra caj, semua dah termasuk dlm tiket :)

    Nik: Yang part nak menunggu tu yang penat... so pilih ride yang tak perlu beratur panjang jer...hihihi

    Wong & Mama Rey: Alhamdulillah, rezeki mereka :)

    ReplyDelete
  14. Seronoknya Nur, tengok budak2 seronok tu yang kita puas hati tu...

    ReplyDelete
  15. Betul tu MFM... rasa nak pergi lagi bila tgk gambar2 tu :)

    ReplyDelete