Monday, April 22, 2013

JJD5 ::: Show di Walt Disney Studio Park

** JJD5 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 5

Dalam entry JJD4, baru perasan yang saya tertinggal satu show iaitu Stitch Live (lepas show tu baru kami tengok Disney Parade). Biasa saya tulis entry berdasarkan gambar. Disebabkan satu pun gambar tak snap gambar masa Stitch Live, tu yang terus lupa. Memang tak dibenarkan ambil gambar masa dalam studio, tapi search dalam Youtube, ada pula orang yang share video tu. So saya nak tempek kat blog buat kenangan....

Masa show tu, semua kanak-kanak dibenarkan duduk di depan skrin. Saya letak juga Danish kat depan, tapi dia tak nak. So hanya Irfan dan Aisyah join duduk kat depan.
Print screen dari Youtube

Anak-anak sangat terhibur tgk Stitch berinteraksi dengan para penonton. Telatahnya yang bersahaja sangat mencuit hati. Bila show habis pun, anak2 tetap tak berganjak, tak puas tengok gelagat Stitch :)

Kami juga berpeluang menonton show Cinemagic (cinema yang sangat magic). Penonton sangat kagum dengan wayang yang ditayangkan iaitu  gabungan beberapa filem popular dari zaman dulu hingga sekarang seperti Titanic, Star Wars, Marry Poppins,  Angels dan banyak lagi.


Banyak magic yang dilakukan semasa wayang ditayangkan. Ada watak yang boleh keluar masuk skrin, tiba-tiba pedang keluar dari skrin, ada pintu untuk keluar masuk antara dunia wayang dan dunia luar dan macam-macam lagi. Saya ingatkan anak-anak tidur masa wayang ditayangkan, tapi ketiga-tiga mereka menonton dengan begitu asyik sekali.

Juga nak tempek video dari youtube buat tatapan mommies yang merancang ke sana. Sangat berbaloi utk tgk show ni  :)


Show seterusnya bertempat di backlot, Moteurs.... Action!! Stunt show spectacular.

Moteurs.... Action!! juga adalah show yang mesti tengok bila ke sana. Aksi stunt motor dan kereta cukup membuatkan kami sekeluarga terpegun. Pengalaman menarik bila tengok aksi stunt motor dan kereta berkejaran, aksi tembak menembak, juga mereka menunjukkan aksi stunt orang dibakar api :)
Lokasi show sebelum bermula
Ada juga penampilan Mc Queen

Lima lapis baju kalis api dipakai untuk aksi ni :)

Untuk video penuh aksi2 stunt, boleh tengok video di bawah...



Masa kami pergi, PlayHouse Disney Live on Stage tidak ditayangkan. Memang yang ni pun sangat menarik utk tontonan anak-anak. Anak-anak memang suka tgk video kat bawah, so saya letak juga kat sini....


Animagic juga kami tak sempat masuk. Ingatkan nak masuk hari yang kedua, tapi tak sangka ada plan lain hari yang kedua. So yang ni pun layan ikut youtube aje laa :)


NuKilaN:
 

14 comments:

  1. Mau tak khusyuk dorang tnegok kalau magic lagu tu, I pun tak berganjak kot.

    I suka Stitch!! Bila JJ berbasikal, I sellau teringat Lilo. hihi

    ReplyDelete
  2. mana2 yg live show tu mmg masuk list wajib tengok kan! Boleh tengok aksi behind the scene yg selama ni kita duk tengok kat tv. Kami pun terlopong masa tengok show motor action tu hihii..

    Yg stich show kami bantai pi tengok yg french language sbb nak jimat masa tunggu show bahasa inggeris lambat sangat. Yg penting anak2 seronok dpt tengok stich berinteraksi secara live dgn audience :-)

    ReplyDelete
  3. Wah banyak jgk show yg dpt tengok kat dlm tuh yea..at least pengalaman baru utk anak2 & parents tgk benda2 baru kan..terutamanya yg stunt tuh..tak gerun ker...?

    ReplyDelete
  4. untungnyeee 3 beradik ni..muge2 ikut jejak langkah ummi belaja tinggi2..kagum!!!

    ReplyDelete
  5. seronok nya budak2.. banyak show yg depa boleh tgk..wahhh..best! :)

    ReplyDelete
  6. memang berbaloi2 la percutian nur dgn famili...tq sudi share dgn kami...best sgt2!

    ReplyDelete
  7. Mst bdk2 yg paling teruja sekali..... bestnya...agknya bilalah saya blh smpai ke sana... :D

    ReplyDelete
  8. Nastyna: Bukan setakat tak berganjak, nak kedip mata pun rasa rugi.... hihihi, mesti sweet jer gaya JJ berbasikal :)

    LL: Betul tu, kalau boleh nak masuk dua tiga kali, tak puas rasa kalau tgk sekali jer.. hihihi

    Kak Tini: Alhamdulillah, rezeki anak2.. ummi pun boleh tumpang sekaki :)

    ummuaidan: Mmg mcm2 tayangan ada dalam tu... kalau kena dgn masa, mmg boleh tgk semua sekali.... gerun campur kagum, mcm2 perasan ada.. hihihi

    Izan: best best :)

    ReplyDelete
  9. Lia: Mak budak2 pun seronok jugak :)

    UM: Amin amin amin! Insya Allah, moga anak2 kita cemerlang dunia akhirat :)

    Atie: mmg best, dah la semua show unik... new experience to them :)

    TJ: Berbaloi dan rasa nak pergi lagi... hihihi, tak abis2 dgn berangan :)

    RH: Bukan budak2 jer, mak ayah pun teruja jugak... Insya Allah, moga ada rezeki ke sana :)

    ReplyDelete
  10. Salam kak Nur

    Mesti bestkan..!! Klu kids seronok kita pon happy hehe

    ReplyDelete
  11. Betul tu Izu, seronok bila tgk anak2 happy :)

    ReplyDelete