Monday, September 30, 2013

Holiday Villa, London

Meeting semalam bertempat di Holiday Inn, Bayswater, London. Sepatutnya tempat meeting asal di Malaysian Hall, tapi terpaksa diubah tempat memandangkan Malaysian Hall sekarang ni dalam proses refurbish. Menurut pengarah Education M'sia, ini adalah kali pertama Malaysian Hall diubahsuai semenjak kali pertama dibuka pada tahun 2004.

Lepas meeting pkl 5, terus ambil train pukul 7.35 malam ke Bradford. Dalam pukul 11 malam dah selamat tiba di Bradford.

Kalau tak silap, hotel ni milik orang M'sia. Masuk jer dalam hotel, rasa macam berada di M'sia. Bukan main ramai orang M'sia dalam tu. Yang buat saya terkejut, pekerja yang bertugas juga boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

Yang paling best, dapat makan makanan M'sia yang sedap-sedap. Dalam duk diet, sempat juga belasah makan tiga pinggan. Mula-mula ambil nasi sikit jer dan sedikit bihun. Banyak juga pilihan lauk yang disediakan. Ada rendang daging, kari ikan, ayam goreng, sayur campur dan pelbagai kuih tradisional. Makan hingga kenyang ke malam :)

Holiday Villa
Pinggan pertama
Pinggan ketiga
Pinggan kedua tak sempat snap....

18 comments:

  1. Dapatlah melepaskan rindu Malaysia kan Nur...
    Boleh tahan isi pinggan tu Nur ehe.. mkn masa ada rezeki dpn mata Nur ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Yati... dah lama tak makan nasi campur kat hotel lagu tu :)
      Kan? rezeki jangan ditolak.... hihihi

      Delete
  2. Wah..ni peluang yang cukup baik.. dapat makan sedap sambil selesaikan urusan study... tak sempat snap pinggan kedua ae? Ke pinggan kedua tu banyak? Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha, pandai nak usik saya yer? yang pinggan kedua tu sikit aje la (ayat cover, hahhaha)

      Delete
  3. Holiday Villa mmg pemiliknya org melayu ;) wah bestnya dpt mkn best2 tu, rezeki kak Nur la ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. So mmg confirm la yea milik orang M'sia... Alhamdulillah, rezeki makan nasi kat hotel di London :)

      Delete
  4. SALAM perkenalan kak..google2 tdi terjumpa blog aka..wahhh menarik..nk tny akak buat phd kos apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks yayayuyu singgah sini... saya buat phd dlm Applied Maths :)

      Delete
  5. salam kenal........bangganya bila ada warga Msia milik hotel di negara luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks NzA singgah sini...
      Tu la, ramai org M'sia yg kaya2.. siap boleh buka hotel kat kota London :)

      Delete
  6. Dapat makan masakan Malaysia kat negara org mmg satu kepuasankan Bijen.....selagi boleh sumbat je hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, bukan senang nak makan nasi putih dgn mcm2 lauk mcm tu kat UK ni... yg penting, tak kena keluarkan pound sendiri... hahahaha

      Delete
  7. Duduk negara org perkara paling buat hati kembang dan gembira bila jumpa org Malaysia juga, dpt makan makanan yg ada kat Malaysia yg susah dpt kat sana dan paling bangga bila org asing boleh bertutur bahasa ibunda kita.

    Hilang diet kejap kemarin ya?

    ReplyDelete
  8. Wah sedspnya mkn.mcm kat msia hihi.ramaonya org malaysia kat luar negara

    ReplyDelete
  9. Sedapkan kak... bangga ade org melayu berjaya..

    ReplyDelete
  10. Saya first time hanimun kat situ kak. tehee..mkn nasik lemak bekpes.sedap!

    ReplyDelete
  11. HAhha baru nak bertanya tentang pinggan ke-2. Nice kan, now we all know where to go kalau we ever in London.

    ReplyDelete
  12. wah bestnyer ade hotel yg menawarkan kemalaysia-an gitu kan..kalua sy pun blasah segala jenis tuh...hehe

    ReplyDelete