Thursday, May 22, 2014

Ailurophobia

Terfikir nak share pasal ni bila tgk ada kawan post kat facebook...

Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini.

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.


Saya pun pernah terfikir benda yg sama. Sekarang dah tahu sebab musababnya.
Teringat masa Form 5 dulu, ada seorang cikgu ni yg takut kucing. Masa cikgu matematik ni sedang ralit mengajar, tiba-tiba ada seekor kucing masuk dalam kelas. Terus cikgu tu senyap dan tak berganjak sambil memerhatikan kucing. Kucing tu pula, terus mendekati cikgu yang dah nampak cemas tu. Tiba-tiba dia lari keliling kelas, "Tolong, saya takut kucing!". Kesian pulak kat cikgu tu. Saya pun pelik, dalam ramai-ramai budak dalam kelas tu, kat cikgu tu juga yg dia tuju.

Saya dulu pun takut kucing tau. Paling tak suka bila kucing datang dekat dan gesel2 badan dia kat kaki.  Tapi sekarang bila dah ada anak-anak, saya cuba lawan rasa takut tu. Dah tak heran sgt kalau kucing nak datang dekat. Siap boleh belai lagi tau :)

Korang pun, ada tak yg takut kucing?

NuKilaN:
 

12 comments:

  1. Sungguh kakak pun takut kucing Nur. Masih tak hilang-hilang lagi walau anak dah besar-besar. Kakak pernah terlompat naik dan berdiri atas kerusi dalam warung gara-gara tetiba ada kucing bawah kerusi kakak. Merah padam muka kakak sebab semua org tengok kakak. Malu tak terkata...

    ReplyDelete
  2. Ooh patutlah.. baru tau knp kucing suka dekat saya ;) iman suka kucing tp kucing mesti tak layan. Tp bila dia dah fobia sbb kena cakar. Kucing suka dekat. Apalagi ketar dia :)

    ReplyDelete
  3. saya pun jenis tu juga.takutkan kucing... pernah sampai saya hampir menangis sebab terlampau takut ngan kucing.... he3

    ReplyDelete
  4. ooo mcm tu ye Nur.. hehe
    dulu sy pun tak berapa gemar dgn kucing.. mmg tak suka dia dtg gesel2 tu.. tapi skrg dah start suka.. sbb Pa'e mmg suka kucing... :)

    ReplyDelete
  5. orang yang takut kucing ni sebab geli bulu dia kan
    dulu kawan akak cakap macam tu
    dia geli bulu kucing bukan benci kucing tu
    kesian dia orang salah faham masa tu :)

    ReplyDelete
  6. Kak baru faham melalui entry ini. Teringat entry kak anim ttg anak saudara yg mai berkunjung, mengigau malam gara2 ternampak kucing di rumah kami. Takutnya pada kucing sampai terjerit2. Kak rasa orang takut kucing tu sebab geli sebab kucing ni suka geselkan badan dia kat kita. Cam juga kak fobia nampak anak anjing. Walaupun dia hanya lalu sebelah, kak rasa dia nak tuju dan jillat kak, heee

    ReplyDelete
  7. Bila tengok gambar tu teringat salah seorang kakak saya. Beliau memang takut kucing. Kalau tengah makan di luar tetiba kucing datang, dengan jeritnya, dengan melompat cam bebudak, memang bikin malu satu family. Kami pun kalau kakak yang seorang ni balik rumah di kampung, akan cuba menjauhkan kucing dari rumah supaya dia tak terjerit terpekik dan terkejut. Budak-budak tengok my sis ni pun naik gelak, gelihati kot.

    Saya tak takut kucing tapi gelilah. Saya ni spesies yang geli dengan hampir semua haiwan pun.

    ReplyDelete
  8. Saya ni jenis ok je kalau dgn kucing. Tp dua2 anak ni jenis mmg gemar kucing. Kucing pulak yg lari bila nampak dua ahmad ni datang dekat.

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Nur, saya baru tau arini, saya ailurophobia rupanya....huhu.. Memang tak tenang kalau gi tempat makan yang ada kucing, mata saya memang akan cari je kucing tu.huhu. Sedangkan orang cakap, lagi la kucing tu dekat sebab ingat saya cari dia. Boleh tak camtu? Dari lapar, boleh otomatik kenyang terus.. Memamg takut. Tapi kalau dia tak datang dekat saya, saya ok je. Saya suka je tengok keletah dorang. Pelik kan? Thanx la kak Nur, bagi idea untuk next entry saya ni.hehe..

    Salam perkenalan, http://hairacookies.blogspot.com

    (n_n)

    ReplyDelete
  10. hehehe...hebat jugaklah kucen boleh bc bahasa badan nie...sy takler takut kucen..kucen takut ngan saya adelah kot..hehehe ..gurau jerr...

    ReplyDelete
  11. Anak sedara okje ada takut kucing Bijen.....mmg takut....Nak tyalah apa yg ditakutkan sangat tu...hehe....
    Geli ke takut sebenarnya?......
    Bijak jugak kucing nikan...

    ReplyDelete
  12. Salam Nur,

    Hari ni belajar istilah baru, baru pertama kali dengar. Mak Aji pernah bela kucing, takut tidaklah. Yang Mak Aji takut uuularr! Entah apa pula nama istilahnya untuk itu ya?

    ReplyDelete