Tuesday, May 20, 2014

Numeracy workshop

Dah tiga minggu berturut-turut cikgu kelas Year 2 anjurkan workshop utk parent. Minggu pertama Reading workshop, lepas tu Writing workshop dan hari ni Numeracy workshop. Ha, parent pun turut turun padang untuk membantu anak-anak bagi menghadapi ujian SAT. Ujian SAT tu akan bermula pada bulan depan, iaitu hari Isnin, 9 Jun nanti.

Eh, apa tu SAT? SAT adalah ringkasan daripada Statutory Assessment Test. Untuk primary school, pelajar kena menduduki dua kali SAT iaitu masa Key Stage 1 (Year 2) dan Key Stage 2 (Year 6). Untuk Year 2, pelajar akan dinilai dari segi reading, writing dan math. Untuk setiap subjek, pelajar perlu menguasai sekurang-kurangnya level 2b. Saya pernah letak level expected at the end of the year dalam entry ni. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal SAT, boleh tgk link ni.

Jadi bila cikgu panggil ibu bapa ni, kami didedahkan bagaimana cara cikgu2 mengajar murid-murid dalam kelas dan bekalkan resources utk anak-anak buat latihan di rumah. Seronok tgk cara cikgu-cikgu ni menagajar. Insya Allah, kalau ada masa saya kongsikan aktiviti-aktivit yang cikgu2 cadangkan tu. Then let the pictures tell the story...

Aisyah sedang buat latihan take away....
Ada dua kaedah yang cikgu2 guna, satu menggunakan kaedah garis nombor dan lagi satu "ten and unit". 

Ni cikgu kelas Aisyah masa Year 1, Mrs Kaur.
Mrs Kaur pula terangkan cara mengajar utk operasi darab dan bahagi. Utk operasi darab dan bahagi pula, ada dua kaedah yg mereka guna iaitu garis nombor atau array. Jadi boleh buat latihan dengan kaedah yg anak-anak kita selesa. Bagi Aisyah, dia lagi suka kaedah garis nombor utk buat operasi bahagi.

Aisyah yang ralit buat latihan...
Ni pula Miss Day, cikgu kelas Aisyah masa Reception. 
Cikgu yang paling Aisyah suka. Beria buat latihan masa giliran Miss Day ni sebab tak sabar nak tunjukkan jawapan yang dia buat. 

Utk menggalakkan pelajar2 buat latihan, ada juga mereka gunakan permainan "snake and ladder". Setiap kali kita berhenti pada petak soalan, kena cuba selesaikan soalan dulu baru boleh meneruskan permainan. Jadi mmg happy bila dapat belajar sambil bermain....

Nota ummi,
Tinggal lagi dua minggu lebih Aisyah nak exam. Saya pun tumpang nerbes. Kali pertama Aisyah akan menduduki test. Ummi doakan Aisyah dapat buat yang terbaik. Cuti minggu depan kena banyak-banyak buat gerak gempur.

12 comments:

  1. bagusnya sekolah sekarang kan..camtu la baru membantu..

    ReplyDelete
  2. Sistem ten and unit tu lebih kurang dgn sistem di M'sia juga Nur.
    Memang kalau nak exam kita pun tak senang hati.

    ReplyDelete
  3. mmg best bler belajar sambil main... x stress gitu...

    ReplyDelete
  4. budak2 suka lah kan belajar sambil bermain ni.. seronok budak2..

    ReplyDelete
  5. seronoknye dpt belajar kat sane kan...mesti cari lain dari kat sini..cikgu pun same2 dlm group mengajar....parents pun join jugak...best2...beza betul kat sini...tu pasal anak kawan lieya dok 2 tahun kat uk tak mo balik sini ..amik mase gak laa sampai 2-3 bulan nak sesuaikan kat skolah kat sini...rindu katenye cikgu kat sane tiap pagi sebelum masuk kelas peluk n kiss die...

    gud luck tuk aisyah....

    ReplyDelete
  6. Gini belajar baru tak bosan Nurbijen. Kita sekolah dulu sampai skrg kita x tau apa sebenarnya kita belajr..bila nak guna? tau belajar utk pereksa je..
    nanti tunjuklah mcm na ajar budak tu..nak ajar Luth plk. Biar jadi genius..kecil2 lagi nak ajar dah ni..

    ReplyDelete
  7. lawa-lawanya cikgu depa ni
    moga anak-anak belajar dengan jayanya :)

    ReplyDelete
  8. seronok kalau proses pembelajaran nnyer mcm ni, anak2 jadi teruja & x cepat bosan kan

    ReplyDelete
  9. seronok lak nengok gaya belajar kt sana... cikgu2 pun ada mcm2 gaya ngajar...

    mak mana yg tak berdebar kalu anak2 nk peksa kan kak?

    ReplyDelete
  10. Seronokkan kalau proses pembelajaran ni boleh buat anak-anak enjoy nak belajar lebih lagi. Memang berbeza sungguh pendekatan mereka dengan di sini ya.

    ReplyDelete
  11. bagus juga pendekatan macam tu.sekurang - kurangnya ibubapa secara tak langsung belajar cara mendidik anak2 membaca, menulis dan mengira dengan cara yg lebih sesuai....

    ReplyDelete
  12. Wah nerbesnya mcm anak nk ambik SPM jer Bijen hehe.....Alah tak yah nerbes le ...anak lecturer sure terer punya....Aisyahkan bijak...

    ReplyDelete