Saturday, June 14, 2014

Day 4... Part 3... Rehat dan rawat di highway Jerman

Hari ni baru sempat nak sambung kisah Europe Tour kami di hari yang keempat. Bila dah dua kali stop di service Swiss tapi tak sesuai utk buka bekalan (open tikar bab kata MD), maka kami buat keputusan utk meneruskan perjalanan hingga ke Jerman dan cari kawasan rehat yang sesuai di sepanjang motorway Jerman.

Masuk aje sempadan German, boleh rasa perbezaan yang sgt ketara. Bukan main banyak lagi kereta mewah yang dipandu dengan halaju yang sangat tinggi. GPS yang kami guna juga tidak menunjukkan sebarang speed limit. Owh, baru teringat yg ada sesetengah motorway di German tiada speed limit. Kalau nak merasa bawa kereta macam Micheal Schumaker, boleh la memandu kat motorway Jerman ni. Tapi kami tetap memandu dengan cara berhemah tau :)

Tak lama lepas tu, kami jumpa service yang pertama. Kami terus singgah dan seorang wakil membuat tinjauan sama ada sesuai atau tidak. Yang penting, kena ada toliet walau berbayar. Kalau tak silap, sekali masuk kena bayar 50 sen Euro. Selain toilet, ada juga bangku utk kami buka bekalan. Alhamdulillah, akhirnya jumpat tempat rehat yg sesuai. Masing2 menarik nafas lega bila dapat buka bekalan dan mengisi perut yang kosong.

Dah la berhampiran tempat makan ada playground. Aisyah dah mula request nak main kat playground. Saya kata kena makan dulu, kalau sempat baru kita main kat situ.


Orang lain buka bekal nasi, saya buka bekal maggi. Masaklah maggi dengan air panas. Sedap juga makan maggi panas dalam cuaca dingin. Tapi makan juga nasi bila kawan2 duk tawarkan nasi yang ada. Rezeki jangan ditolak, kan?

Lepas perut sendiri kenyang, saya suapkan makanan utk Danish pula yang dari tadi duk kuis jer makanan yg ada. Danish ni kena makan bersuap baru dia makan banyak. Baru suapkan nasi dua tiga mulut, sekali hujan mula turun. Cepat2 bungkus bekalan makanan yang ada dan sambung makan dalam kereta. Yang lain-lain pergi toilet utk ambil wudhu dan solat jamak Zuhur -Asar. Saya masa tu ABC.

Tak lama lepas tu, hujan berhenti. Aisyah mula menuntut janji dia utk main kat playground. Dah la kereta kami parking berhampiran dgn playground. Saya kata kena tanya abah dulu. Lepas abah siap ambil wudhu, abah duduk jer kat luar kereta sementara tunggu utk berjemaah. Aisyah cuba panggil abah utk minta kebenaran, tapi sah2 abah tak dengar sebab semua tingkap tertutup  walau abah hanya berdiri di tepi kereta. Dah ketuk cermin kereta tapi abah tak perasan dan langsung tak tgk kami yg sedang berkurung dalam kereta ni. Kesian sgt tgk Aisyah masa tu.

Untuk hilangkan boring Aisyah, saya ajak dia main game "I spy with my little eye something beginning with a letter ....". Fill the dots with any letter. Main la kami game tu. Lagi sekali Aisyah gunakan kebijaksaannya utk memujuk saya bawa dia ke playground lepas kami main beberapa round. Bila tiba giliran dia, terjadi la perbualan ni...

Aisyah: I spy with my little eye something beginning with a letter "P".
Ummi: Give me a clue please.
Aisyah: It is two words.

Alamak, saya dah terkena ni. Pandai dia suruh teka play ground. Pandai Aisyah main psikologi umminya. Kebetulan kawan saya dah ada dalam kereta masa tu, jadi saya pun setuju utk bawa Aisyah main kat playground. Sekejap pun tak pe, janji dapat tunai keinginan Aisyah. Danish stay dalam kereta dengan kawan sebab dia tak nak ikut. 

Bukan main seronok lagi Aisyah bila dapat main kat playground.
Muka happy dapat main...
Aufa pun join sama...
Kita pun happy bila tgk muka anak yg sedang happy...
Tak lama pun main sbb saya tgk kaum bapa dah nak selesai solat.
Bila saya kata dah cukup masa, Aisyah terus setuju utk masuk dalam kereta tanpa banyak soal. Dia terus berlari ke arah kereta dan buka pintu dengan sendiri. Masa itu la terjadi tragedi apabila pintu kereta yang dibuka Aisyah terkena ke kereta yang parking di sebelah. Pemilik kereta tu bukan main marah lagi. Bukannya calar pun, ada la kesan sikit. Polish sikit boleh hilang kesan tu. Minta maaf pun tak jalan, nak juga minta duit. Beria cakap kereta dia dah jatuh harga akibat kesan pintu tu. Padahal banyak lagi kesan calar sana sini kat kereta dia. Katanya lagi, anak dia pernah buat salah yang sama, dan dia bayar pada pemilik kereta yg kena tu. Ok jadi kami faham yang dia nak pau duit. Saya tanya, berapa kena bayar? Dia cakap 50 Euro. Minta kurang, dia tetap suruh kami bayar 50 Euro. Jadi bayar juga lah amaun yang dia minta.

Yang sedihnya, abah bukan main lagi salahkan saya sbb kejadian tu. Ya saya mengaku, memang salah saya tak jaga anak dengan baik. Biar aje anak berlari, buka pintu dgn sendiri. Tapi benda dah jadi, nak buat macam mana? Saya tak sedih sebab 50 Euro yang melayang, tapi saya sangat sedih dengan leteran abah selepas tu.

Dia kata, kalau saya tak keluar ambil gambar benda tu takkan jadi (Dia ingat saya suka-suka keluar nak ambil gambar.... dia tak tahu, yang Aisyah yg beria memujuk saya nak main.... alang-alang keluar, haruslah angkut kamera sekali).

Katanya lagi, kalau saya duduk dalam kereta diam2, benda tu tak jadi (dia tak tahu, betapa lama dan rimasnya kami menunggu dalam kereta yg bertutup, ruang yang terhad... dah la masih jauh lagi perjalanan utk ke Frankfurt... bila turun, dapat juga hilangkan lenguh badan). Ada lagi kata-kata lain, tapi cukuplah saya letak dua saja kat sini.

Yang lagi sedih, kena marah kaw-kaw depan kawan yang berkongsi kereta dengan kami. Tak tahu mana nak sorok muka. Rasa malu yang amat dengan kawan sendiri bila dimarahi sebegitu. Saya bukan jenis yang tak boleh tegur salah. Cuma biarlah kena dengan cara, bukannya melenting tak tentu hala dan main tuduh yang bukan-bukan.

Perjalanan kemudiannya diteruskan hingga ke Frankfurt. Sepanjang perjalanan, layan perasaan aje la seorang diri. Dah la duduk berdua jer dgn Danish di seat paling belakang. Sekali sekala, jatuh juga manik2 jernih di pipi bila tak dapat menahan sedih. Rasa diri sendiri sangat useless, isteri yang derhaka dan saya mak yg paling teruk dalam dunia. Mood nak bercuti pun terus ke laut :(

Hanya mampu doa supaya suami akan berubah jadi pasangan yg lebih sabar, supportive dan sentiasa redha dgn ketentuan-Nya. Susah senang, hadapi sama-sama. Bukan masa senang jer bersama tapi masa susah, tanggung sorang2...

Nota ummi,
Dah dua minggu entry peram dlm draf. Sebenarnya dalam dua, nak publish ke tak entry ni. Bukan apa, takut reader salah faham pula. Bukan niat nak condem suami sendiri, cuma sekadar luahan rasa apa yg saya rasa tempoh hari. Tapi saya tahu, semua reader saya sgt positif. Mommies pun tahu kan yg husband saya sebenarnya baik orangnya. Mana nak dapat hubby yg rajin dan pandai masak hari-hari. Cuma manusia, biasa la. Bila datang angin kus2 tu, ribut juga jadinya. Bak kata P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit. Apa yg berlaku, ada hikmahnya. Yang penting, kena saling belajar memperbetulkan kesilapan masing2. Buang yg keruh, ambil yg jernih, baru teguh... peribadi.... eh pinjam ayat P Ramlee lagi....

NuKilaN:
 

8 comments:

  1. Sbr ajelah kan. Suami kita memg terbaik buat kite tp bile dtg angin die puting beliung jdnye...kdg kdg die xde niat pun nk ckp cmtu sbb dh mrhkan...mcm mcm kuar dr mulut die...bile die dh ok bru die sedar yg kata kata die mengguris hati kita..

    ReplyDelete
  2. alahai kak..sedih plak baca..
    biasa la..kita sumer ni tak sempurna..mesti ada pro and contra..jangan simpan dalam hati sangat..

    memang aisyah nampak hepi dapat melepas ke taman..benda dah nak jadi nak buat camaner..

    ReplyDelete
  3. Cerianya mereka dpt main...kita org dewasa pun boring dok dlm kereta lama2 apatah lgi kanak2...sabar ya Nur ingt yg terbaik yg pernah dia buat pasti sejuk hati ni...akak pun kadang2 mcm tu kena leter dgn suami kerana perkara yg remeh.

    ReplyDelete
  4. Dah sampai jerman yer travel journal nie...seronok aisyah dpt trick ummi dia..

    cukup paham perasaan ummi danish tuh..sbb rsnya lebih kuranglah ngan sikap myhubby..baik tuh mmglah terbaik..cuma ade sikit sifat perfectionist & bila kita buat salah..berleter sampai rs nakmasuk lubang cacing..mmglah rs tensi..tp bila paham dia kenalah ikut gaya dia..padahal bukan kita nak pun kan jadi cam tuh..kdg2 sesuatu tuh terjd dgn tidak sengaja, tp tuh lah yg depa tak blh terima..

    ReplyDelete
  5. Wah patutla panjang entry kali ni. Penuh pengalaman dan ada luahan hati nampaknya.

    Tak apalah, saya rasa pembaca tak rasa entry ni ada niat yang tak baik. Biasalah tu, tindakan manusia biasa bila berlaku kejadian yang menyebabkan kos tambahan atau berkaitan dengan orang lain. Mungkin ditambah dengan stress dan letih dalam perjalanan jauh tu. Namun, kalau saya pun bila dimarah depan orang lain, lagi2 kawan sendiri memang terasa malu dan bengang. Mungkin kawan tak kisah pun, tapi emosi kita yang rasa lain kan.

    Tak apala, benda dah jadi,apa pun tak ada yang tak elok berlaku. Itu dah ok. Berada fi tempat orang tu, risau juga, kot orang sana sengaja nak buli orang luar kan naya kita. ..

    German tak ada had limit kelajuan? Best tul kat sana...

    ReplyDelete
  6. saya ni, old couple pun masih terasa hati kalau kena leter atau kena marah depan orang..
    kadang2 kita rasa, apa orang ingat pasangan kita tu walhal di rumah dialah husband yg baik..
    bila ingat balik antara mood tak baik dia tu tak selalu mana..sejukkan hati..

    p/s saya pernah tinggal di fulda, germany 14 tahun yang lalu dan teruja nak tahu cerita jelajah jerman nur ni selanjutnya

    ReplyDelete
  7. Hampir terlupa dengan surprise yg Okje tunggu dulu tu....
    Alah ....biasalah tu Bijen semua org pun mcm tu jugak ....pernah aje kena marah dengan laki sendiri hehe..... Bijen ni baik sangat ...... boleh pulak salahkan diri sendiri. Tak majuk ke...berapa hari tak cakap dgn dia tu....Kalau OKje dan dan tu terus majuk masuk dalam bonet haha...
    Alah taunya OKje, lepas dia pujuk, mesti baik punyakan....mesti terus hanimoon kan hehe...

    OKje tak suka majuk tau...sebab mood mesti lari...lagi lagi tgh mood nak berjalan mcm tu...
    Orang tu pun satu yek.....tak boleh bertolak ansur langsung!

    ReplyDelete
  8. Akhirnya dapat juga 'open tikar' kat Jerman ya, Nur :)

    Alahai, ingatnya cerita happy tentang journey yang enjoyable dan pengalaman manis di perantauan, rupanya ada terselit kisah sedih. Biasalah Nur, adat bersuami isteri. Takkan 24-7 nak bergelak ketawa bersama. Ada masanya mengalir air mata juga tak kiralah sebaik mana pun diri kita mahupun pasangan.

    Takpa sesekali berkeluh-kesah, bershare story alam maya. Bukan nak jatuhkan maruah orang yang kita sayang cuma kita ni kan manusia biasa saja :)

    Cheers, OK!

    ReplyDelete