Sunday, June 15, 2014

World cup || Hari bapa

Hari Jumaat lepas, sekolah anak-anak mengadakan sambutan di sekolah sempena World Cup 2014. Setiap kelas akan mewakili setiap negara yang layak ke World Cup. Kelas Irfan mewakili negara Belgium, kelas Aisyah mewakili negara Sepanyol dan kelas Danish mewakili negara Australia. Jadi anak-anak ke sekolah pada pagi tersebut dengan berbaju dengan warna bendera yang diwakili oleh kelas masing-masing.

Macam Irfan mewakili negara Belgium. Jadi dia boleh pilih sama ada memakai baju kaler hitam, merah atau kuning. Dia memilih berbaju kuning. Aisyah pula berbaju merah dan Danish berbaju biru. Tak sempat pula nak snap gambar pagi tu.

Cuma sempat snap satu gambar bila Danish balik dari nursery... Taraa....
Eh, siap pakai topi kanggaro lagi yer, Danish? Comel jer saya tgk budak2 nursery memakai topi ni utk upacara pembarisan. Kelas lain, lain pula kreativiti mereka. Rasa saya pun nak join sekali tgk mcm mana sambutan world cup di sekolah anak-anak.

Kad hari bapa yang Danish buat dari nursery juga bertemakan World Cup. Owh baru teringat yg Hari Bapa disambut setiap minggu ke 3 bulan Jun. Selamat hari bapa buat abah kepada anak-anak. Teruskan jadi the best dad ever in the world :)

4 comments:

  1. Patutla stadium kat sana penuh sesak kalau ada perlawanan, seawal sekolaj tadika dah diterap semangat kesukanan dan bola macam ni. Budak kecil macam Danish dapat faham awal macam mana kejuaraan ini ye.

    Syoknya dapat pakai baju ikut pasukan bola..

    ReplyDelete
  2. wahh..seronok betul anak2 kat sana kan Nur.. depa pun turut merasai kehangatan Worl Cup..comel Danish siap ada Kanggaro...hihi...
    selamat hari bapa buat bapa2 di seluruh dunia :)

    ReplyDelete
  3. Comel je tengok Danish pakai cap kanggroo hehe....Memenuhi temalah yeh Hari Bapa tahun ni....disambut ketika bapa bapa pun mmg tgh demam bola hehe.... Selamat Hari Bapa buat bapa bapa semua...

    ReplyDelete
  4. Hari Bapa hari Ahad minggu ke tiga bulan June, kan. Daddy kat sini pun dpt hadiah juga hasil usaha Mommy yang pemurah :)

    Sukalah tengok aktiviti budak-budak di sekolah kat sana. Best pulak rasanya. Nak menetap di UK boleh tak agaknya :)

    ReplyDelete