Friday, October 3, 2014

Mencari power bank

Orang lain dah lama pun memiliki power bank.
Saya baru jer nak berjinak jinak.
Baru rasa nak melamar satu untuk kemudahan bila berjalan jalan.
Jadi saya pun mula survey pasal power bank.
Maklumlah, ilmu masih zero berkaitan power bank ni.
Tapi bak kata omputih, "Better late than never"....
Hahaha, ayat penyelamat diri dari dilabel ketinggalan zaman :p

Banyak juga blog yang cerita pasal tips untuk memilih power bank.
Antaranya blog MamaDarwish dan blogger terkenal Ben Ashaari.
Majalah PC juga ada tulis artikel pasal panduan memilih power bank.
PowerBank review juga ada membuat ulasan berkaitan 5 faktor penting yang perlu diambilkira bila nak beli power bank.
Dari situ, baru saya tahu tiga brand yang glamer iaitu PowerGen, EasyAcc dan RAVPower.
Eh, ke tiga tu produk yg syarikat tu jual... huhuhu.

Kemudian saya terjumpa pula blog yang buat kajian pasal 5 power bank yang berlainan.
Menarik sungguh baca blog TheWireCutter ni.
Mereka buat kajian berdasarkan faktor saiz, harga, kapasiti dan ciri-ciri lain yang mempengaruhi prestasi kelima lima powerbank yang dipilih.
Kagum pun ada tgk cara dia review power bank tuh.
Dah mula terpengaruh pun yer.
Berdasarkan kajian yang mereka buat, mereka sarankan yang Intocircuit Powerbank.
Harga boleh tahan, iaitu GBP22.
Macam dah lari budget.
Tapi kelebihan boleh charge dua gadget sekaligus.

Dalam duk survey2 kat Amazon dan ebay, berkenan juga power bank yg jenis handy dan kalerful macam ni..

Comel aje kan?
Nak bawak ke mana-mana pun senang...

Susah juga nak buat pilihan nak beli power bank ni.
Bukan apa, kalau silap pilih tak pasal pasal gadget kita pula yang bermasalah.
Jadi baik buat kajian dulu sebelum beli.

Mommies yang baik hati, share lah.. mommies guna Power Bank jenis mana?

NuKilaN:
 

9 comments:

  1. alahai, saya takada gajet
    tak tahu nak advise =)

    anyway selamat hari raya aidiladha

    ReplyDelete
  2. saya guna powerbankcrupt muahahaha sorry kidding... saya usahkan nak power bank, gadjet nyer pun non hado. apa pun, selamat memilih yer.. memagn kan better review sehabis mungkin supaya tidak menyesal di kendian hari.

    ReplyDelete
  3. Kak mieja pon suka
    Powerbank sebab senang bila dkt luar terus cucuk jerk
    Bila hp dah low, dlm keta Kak mieja Ada dua charger tp selalu aja berebut bila msg2 dah hbs baterry jdnya bila beli power bank dh tk payah berebut yg dlm
    Keta punya :)

    Senang dan mudah.

    ReplyDelete
  4. Okje ada 2 Power Bank Bijen......tp bukan okje beli pun Pak Jilap le ..... La ni lama dah tak nampak hehe....entah mana pergi agaknya....Elok jugak pilih Power bank yg kecik tapi kapasiti dia besau, kalerful lagilah satu bonus....

    ReplyDelete
  5. Sy x heavy used. Phone cikaro way col. Tab wat searching tenet.
    X guna lg powerbank.
    Tp rasa nk beli jgk, psal mls nk charge lama tiap mlm.
    Boleh gitu, padahal powerbank utk jengecaj jgk kan.
    Berapa ye budget pbank?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy budget kurang dari £20... Kurang dari RM100 lah lebih kurang...

      Delete
  6. Saya ada satu yang comel macam gambar tu tapi tak cukup power jadi saya telah lantingkan tak tahu mana. Hehehe.

    Saya pun berkira-kira juga nak beli powerbank (alamak, pecah tembelang akak pun ketinggalan zaman juga rupanya....) walaupun takda nak guna sangat pun. Setakat ni angkut segala maknek wayar kabel yang ada. Bateri he-ho saya pun tak laju kehabisan energy so okeylah niat tu boleh ditangguhkan lagi. Tapi bila baca orang bercakap pasal powerbank je, ghairah membeli datang semula. Camna nak buat nih....

    ReplyDelete
  7. Salam Nur,

    Mak Aji pakai powerbank jenis yg anak bagi je, entah apakenamanya ya? Tak pernah beli pun, he he! Memang sangat berguna hinggakan org lain pun ada yg 'tumpang menyusu' sekali kat kita punya power bank tu. Tumpang menyusu - istilah baru tu.

    ReplyDelete