Sebelum terlupa, baik saya sambung cepat-cepat kisah Irfan cabut gigi yang 12 batang tu pada awal bulan September.
Hari ni dah masuk dua Oktober pun.
Cepatnya lah masa berlalu, kan Atie kan?.
Lepas kami (saya dan hubby) tinggalkan Irfan di operation room, kami dibawa ke bilik menunggu.
Di bilik menunggu, kami ditemani oleh seorang nurse yang sangat baik.
Dia terangkan apa yang akan terjadi dengan Irfan bila dia sedar nanti.
Apa pula yang kami perlu buat sebagai mak ayah.
Kata nurse, lepas operation Irfan akan "dibangunkan" (Eh betul ke perkataan ni?)
We will wake him up.
After he woke up, we will monitor his condition and make sure the bleeding is undercontrol.
If everything is good, we will call you to see him.
Lepas tu nurse juga explain macam mana keadaan Irfan bila dia sedar.
Nurse kata, mungkin Irfan akan sedikit kebingungan.
Dia macam tak sedar apa yang telah berlaku.
Tapi jangan risau, selalunya si anak akan lebih ceria bila tengok muka mak dan ayah.
Masa nurse terangkan tu, saya tak cuba nak imagine.
Malas nak fikir yang bukan-bukan.
Wait and see aje lah apa yang berlaku.
Selain tu, nurse terangkan juga ubat yg Irfan boleh ambil lepas cabut gigi tu.
Doktor dah masukkan ubat paracetamol melalui tangan.
Hanya selepas 4 jam, baru saya boleh berikan Irfan ibuprofen atau paracetamol kalau dia mengadu sakit.
Lepas tu, nurse cerita lagi tentang hal penjagaan dan juga pemakanan.
Pesan nurse, malam tu jangan gosok gigi lagi.
Tapi pagi tu kena kumur dengan air garam.
Garam kan boleh bertindak sbg pembunuh kuman.
Lepas tu boleh gosok gigi seperti biasa.
Pasal makanan pula, Irfan kena makan makanan lembut jer untuk dua tiga hari.
Kalau boleh, seminggu tu kena makan soft food jer.
Kena juga inform cikgu di sekolah tentang Irfan dan apa yang dia boleh makan.
Kalau boleh, dua hari kena rehat di rumah.
Masa rehat kat rumah juga kena kuarantinkan Irfan dari adik beradik yang lain.
Kena rehat dalam bilik tanpa sebarang gangguan.
Macam tu lah lebih kurang nasihat nurse.
Nurse juga ada bekalkan pamplet utk penerangan yang lebih detail.
Juga beberapa helai kapas untuk Irfan guna nanti.
Lepas tgk kami mcm puas hati dan tak de sebarang soalan, nurse tinggalkan kami berdua di bilik menunggu.
Tak lama lepas tu, doktor pun keluar dan beritahu kami yang operation telah berjaya.
Bila Irfan dah sedar, kami akan dibawa berjumpa Irfan.
Lega juga bila segalanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah...
Dua tiga minit kemudian, kami dipanggil untuk berjumpa dengan Irfan.
Nampak Irfan terbaring atas troli.
Alahai, kesian pula bila tengok mulut dia yang ada kesan darah.
Ada juga beberapa tompok darah di baju Irfan.
Betul kata nurse tadi, Irfan nampak kebingungan.
Saya tanya Irfan, "Abe boleh bangun tak?"
Irfan mengangguk lemah.
Jadi saya bantu Irfan bangun.
Saya tanya lagi, "Abe boleh jalan tak?"
Lagi sekali dia mengangguk lemah.
Jadi saya dan abah papah Irfan ke bilik menunggu.
Sampai di bilik menunggu, kami beritahu Irfan supaya duduk.
Kami biarkan dia rehat seketika.
Saya boleh nampak muka Irfan yang tidak selesa dengan kapas yang penuh dalam mulutnya.
Tak lama lepas tu Irfan kata dia nak muntah.
Nurse suruh dia muntahkan atas disposable towel yang disediakan.
Jadi Irfan keluarkan semua kapas dan darah yg sedang berkumpul dalam mulut dia.
Lepas tu saya mula tilik keadaan mulut Irfan.
Memang masih banyak yang berdarah.
Tapi nurse tak gantikan dengan kapas yang lain supaya darah lebih cepat kering.
Biarkan mulut kosong macam tu jer.
Tak elok katanya kalau biarkan gigi kapas.
Bila nampak keadaan Irfan yang semakin sedar dan stabil, nurse benarkan kami beredar.
Sampai di rumah, baru saya perasan ada juga air mata lelaki yg mengalir di pipi Irfan.
Kesian pula, mesti sakit sangat.
Tak dengar pun dia merengek, tiba-tiba jer air mata mengalir.
Mesti sakit sangat dia rasa tu.
Cepat cepat saya bawa Irfan berehat dalam bilik.
Saya tawarkan untuk minum susu pun dia tak nak.
Dah lah dia berpuasa dari sebelah malam.
Risau juga takut perut dia masuk angin.
Tak nak memaksa, saya suruh Irfan tidur dulu.
Saya pun baring sama-sama dengan Irfan.
Masa tu tiba-tiba rasa teremosi pulak.
Rasa macam lamanya tak baring dan peluk Irfan macam tu.
Dah lama tak usap-usap rambut dia.
Dah lama tak peluk erat badan dia.
Yang buat naluri keibuan tersentuh, saya boleh nampak ekspresi muka Irfan yang sangat bahagia bila dia dapat bemanja tanpa sebarang gangguan macam tu.
Walau sedang menahan sakit, terukir senyum bahagia dibibirnya.
Betapa Irfan masih perlukan perhatian.
Masih perlukan belaian kasih sayang.
Maafkan ummi Irfan.
Tapi ummi tahu, Irfan mengalah sebab sayangkan adik adik.
Irfan memang abang yang baik buat adik-adik.
Terima kasih Irfan sebab jadi anak dan abang yang memahami :)
Rasa mcm banyak lagi nak cerita... sambung dalam part III pulak lah.
Tempek dulu sekeping gambar selepas dua jam kemudian...
Alaa..tersentuh lak perenggan2 akhir tuh....:)
ReplyDeletebyk jugak dorang cabut at the same time yer...kalau kat sini dr tak bg cabut byk2 sekali..1 jer lah sekali operation..
tp mmg kuatlah irfan tak nanges yg obvious..
Salam Nur..saya plak naik emo baca part2 bawah tulisan Nur ni..uwaa.. touching tau..betapa anak2 sebenarnya masih perlukan belaian dr kita.. di waktu mrk sakit lagilah mereka perlukan kita.. mcm reda sikit kesakitan tu bila dapat pelukan dr Umi.. hehe.. Irfan memang abg yg baik...syukur lah dipermudahkan urusan cabut gigi... :)
ReplyDeleteKenapa I pulak yang nangis ni :(:( honestly am touched.
ReplyDeleteAbe Irfan kuat...
alahai nur.....sebak sangat kak mieja baca bila irfan mengalirkan air mata tanpa meregek....sebak dan mengalir pulak air mata kak mieja bila baca perenggan kedua akhir tu....betul apa yg nur tulis.....
ReplyDeletesaya rasa cam nak menangis pula part akhir tu
ReplyDeletetapi rasa memang menangis pun
nak cari tisu lah jab
irfan anak yg kuat..... lieya bace takut .... jumpe dentist pun takut ini kan plak nak operate mcm nie...irfan mmg budak yg kuat ..... sikit2pun pasti terase sakitnye kan nur.... bab mkn mmg kene jaga....takleh mkn keras2 tu...kene pantang dulu....lagi pun irfan sendiri mesti fobia nak mkn bende2 keras......dah okey sikit nanti boleh laaa makan mcm biase.....
ReplyDeleteskrang mcm mane keadaannye nur...nanti update la kami yeak...
Yg tua ni pun tkut jumpa dentist apa lagi irfan.
ReplyDeleteKuat betul irfan.
Kalau yg tua ni, maunya moody berhari2..
wow..first time akak dengar sekali cabut 12 batang gigi terus!Abe Irfan mmg kuat...well done Abe!
ReplyDeleteaduh kita yg membaca ni pun seriau..kira irfan ni jenis berani la..aiman ni penakut..tu yg susah..gigi susu semua masih elok..mmg risau bila gigi kekal tumbuh tak cantik..
ReplyDeletetu la kan bila ada anak kecik ni kita macam dah kurangkan masa manjakan anak2 yg dah besar..touching..:)
banyaknye cabut..huhu..follow blog ni..^^
ReplyDeleteHati kakak pulak tersentuh membayangkan Irfan dlm pelukan umi. Walau dah besar tapi anak tu tetap anak kan Nur. Kita tak pernah merasa anak kita besar. Kalau boleh nak belai selalu. Kuat semangat Irfan - tapi sedihlah pulak kakak baca N3 ini.
ReplyDeleteKakak tunggu part III
Kesan anaesthesia tu kak.. Xpe.. Irfan akan ok..
ReplyDeleteseram ngn ngilu baca kak... tp part perenggan nk last2 tuh sedih pulak dana... yelah walaupun dia dh besar tp sesekali bile di peluk di belai msti dia rasa selesa... dana pun sebak baca kak...
ReplyDeleteOhh...part bawah tu tetiba naluri keibuan mak tersentuh jugak tau...hampir mengumpul air mata tapi tetiba terbrekkkkk....hihi sebab sambung part 3 terus potong stim hehe....
ReplyDeleteMau tak sakit Bijen dahlah banyak batang cabutnya....seketul pun dah rasa nak meraung...
Alahai Nur ni, buat saya merembes air mata keibuaan pulak.... Sedih pulak rasa. Teringat dekat anak-anak sendiri. Betapa sikitnya masa dihabiskan bersama mereka. Bukan sebab tak mahu tapi terpaksa. Yalah, hidup mak bekerja macam nilah dan anak-anak pulak makin membesar. Baru semalam saya terfikir, tahun depan si Adik dah 4 tahun. Saya rasa macam syahdu pulak. Cepatnya anak-anak membesar!
ReplyDeleteIrfan memang kuat. Mungkin terasa sakit tapi tahankan ajelah tapi sebagai umi, nampak aje semua itu, kan. Kalau sayalah, saya yang siap-siap nangis dulu bila anak keluar dari operation room. Saya ni memang emo melebih-lebih, tak peduli apa orang kata!