Sunday, November 30, 2014

Virgin media

Kat UK ni, saya pelanggan setia Virgin Media utk perkhidmatan broadband, TV dan juga telefon talian tetap.
Untuk tiga perkidmatan ni, kos yang saya kena bayar sebulan adalah seperti berikut:
Memandang anak2 jarang menonton TV dan jarang sangat guna telefon rumah, jadi saya ambil keputusan untuk membatalkan langganan TV dan juga telefon.
Jadi hari Selasa lepas saya terus call customer service di talian 150 untuk membatalkan kedua2 perkhidmatan tersebut.
Lepas sesi soal jawab (wajib lah kena tanya kenapa nak unsucscribe, apa yg tak puas hati), dapatlah email pengesahan dari perbualan kami beberapa minit kemudian...
Pantas dan efisyen sungguh!
Dengan plan terbaru ni, saya dapat berjimat GBP21.99....
Bukan setakat dapat jimatkan pound, pakej internet juga dinaiktaraf dari 30Mb (saiz M) ke 50Mb (saiz L).
Makin laju berdesup laa internet lepas ni... hehehe.
Cuma katanya untuk tukar sebarang pakej, kena beri notis sebulan.
Jadi bulan depan baru akan dicharge dengan kadar yang telah dipersetujui.

Yang lagi surprise, kelmarin saya dapat lagi satu panggilan telefon dari pihak Virgin.
Sekali lagi mereka tanya, kenapa saya unsubscribe TV dan telefon tu?
Lepas sembang lebih kurang, sekali mereka nak tawarkan juga kemudahan telefon kepada pelanggan setia mereka ni.
Katanya, kalau langgan internet jer, kami kena charge GBP19.50 seperti yang dipersetujui sebelum ni.
Kalau tambah pakej broadband beserta telefon, mereka charge lagi murah iaitu GBP19.45.

Rasa lucu pun ada dengan tawaran mereka.
Saya cuma bersetuju aje lah sebab tak rugi apa pun....
Baru ingat nak simpan telefon rumah dalam kotak, nasib baik tak sempat packing lagi (^___^)

NuKilaN:
 

Saturday, November 29, 2014

Warkah Arjuna Fynn Jamal

Tertarik nak share video ni dari Fynn Jamal..


Family adalah apabila semua orang boleh bersatu...
Dengan compang campingnya...
Menerima apa yang ada....
Baik buruknya....
Boleh ketawa dalam kesusahannya...
Apatah lagi bahagia ketika tengah gembira...

Rahsia kebahagiaan orang lain...
Saya tak tahu..
Tapi rahsia kebahagiaan saya adalah..
Saya sentiasa bersyukur...
Saya ada suami yang sentiasa sudi pada saya...
Dan kalau dia sudi pada saya...
Takkanlah saya tak sudi nak terima dia apa adanya...

Sayang...
Semoga kita sampai tua sama-sama...
Dapat merasa hidup sama-sama...
Ketawa menangis lagi lama...
Tapi di masa saya dah pun pergi nanti...
Let me go...
And know that I will always love you...
And I have no regret with you...
I'm so in love with you then....
I'm so in love with you now....
Insya Allah...
Semoga Allah kuatkan saya to be with you forever...
Teruskan dengan saya...
Bawa saya ke syurga...

Untuk Juna...
Takde orang lain dalam dunia ni Juna...
Yang saaayang pada Juna.... macam mommy
Cuma mungkin mommy tak reti tunjuk
Atau tak cukup tunjuk lagi
Jangan lupakan mommy...
Sebenarnya pun kita terpisah suatu hari nanti...
Juna tahu...
Juna dah curi hati mommy
Dari hari pertama Juna nampak mommy...

Juga nak share caption dari pautan video ni....










NuKilaN:
 

Friday, November 28, 2014

LDC Unlimited Annual Pass

*LDC - Legoland Discovery Centre



Selain Merlin Pass, kami juga pernah buat LDC unlimited annual pass untuk satu keluarga (seperti yg saya cerita dalam entry ni).
Kebetulan masa tu Danish masih free, jadi boleh beli unlimited family pass dengan harga GBP75 untuk setahun. Jadi boleh ulang masuk legoland kat manchester byk mana pun :)


Kelebihan bila ada kad ni:
Kalau mommies perasan, harga pass ni tanpa promosi adalah GBP120. Jadi kena tunggu promosi dulu baru berbaloi nak beli :)

Untung juga beli pass ni sebab dapat sekali entry ke Legoland windsor. Harga untuk ke Legoland windsor for family of four (2 adults+2 kids) ialah GBP 169.20 seperti yang saya cerita dalam entry ni. Daripada beli tiket nak masuk legoland windsor, baik beli LDC pass ni sebab lagi untung berganda-ganda :)

Legoland kat Manchester ni tak besar sangat sebab dalam bangunan...
Bila dalam bangunan, musim sejuk pun boleh luangkan masa kat sini. Budak-budak ni dapat main lego pun dah bukan main eksaited sangat. Mereka boleh luangkan masa berjam jam kat kawasan ni jer...
Rekabentuk kereta lumba... lepas tu test kereta siapa yang paling laju. Ada litar disediakan untuk test kereta siapa yang paling power. Tu yang mereka ralit design kereta yang tahan lasak dan paling laju :)

Danish dan Aisyah pula suka luangkan masa kat playground ni....
Ada byk soft lego bricks untuk mereka berimaginasi...
Detail utk tarikan2 lain kat Legoland Manchester ni saya akan buat satu entry khas.
Nanti senang buat rujukan kawan2.
Selalu ramai juga yang tanya, "Best ke legoland Mancheter ni?".
Bagi saya, dua2 legoland (Manchester dan Windsor) memang best!

NuKilaN:
 

Thursday, November 27, 2014

Kasut jadi besar???

Suatu hari terjadilah perbualan ni antara saya dan seorang kawan...

Saya: Eh, awak perasan tak? Kaki kita makin kecil bila musim sejuk ni....
Kawan: Macam perasan, tapi kaki saya rasa makin besar.
Saya: Kenapa pula makin besar?
Kawan: Yea la sebab kaki jadi bengkak sbb terlalu sejuk. Kasut pun rasa makin ketat.
Saya: Eh macam terbalik pulak. Kaki saya makin kecil kot sebab kasut rasa makin longgar. Yang lagi pelik, sebelah jer yang makin kecil. Sebelah lagi elok jer.

Begitu lah lebih kurang isi perbualannya masa tengah hari.
Bila balik dari sekolah sebelah petang baru saya perasan pasal keadaan kasut saya...
Nampak tak, nampak tak?
Kasut sebelah kanan (yg bawah) talinya dah putus.
Dah hampir seminggu saya rasa kasut ni besar sebelah.
Ingatkan kaki jadi kecil sebab cuaca yang sejuk, rupanya sebab tali kasut yg terputus.
Masa sedar tu rasa nak gelak guling2 bila teringat balik perbualan kami tadi ;p

Nampak sangat kepala tengah ting tong....
Bila kasut longgar, boleh pula terfikir disebabkan cuaca....
Haih, cepat2 lah habis belajar ni....
I want "ME" back!

Monday, November 24, 2014

Resepi kek epal yang mudah dan sedap

Masa kami bercuti kat Thorpe Park, ada kawan yang buatkan kek epal.
Lepas aktiviti apple picking, terus dia buatkan kek epal yang mabeles hingga saya pun terus jatuh cinta dengan teksturnya yang sgt gebu..
First time makan kek epal yang sedap macam tu.
Bila kak FM update resepi dalam blog beliau, terus saya cuba baking kat rumah...
Maklumlah resepinya yang mudah dan ringkas.
Tapi nak tempek juga resepi kek tu kat sini...
Minta izin yer, kak FM....

(Bahan A) Bahan-bahan kering untuk digaul rata
3 cawan tepung gandum
2 cawan gula kastor
1 st soda bikarbonat             *st = sudu teh
1 st baking powder
1 st serbuk cinnamon
sedikit garam

(Bahan B) Bahan-bahan untuk diblender
3 biji telur
1 1/2 cwn minyak masak (saya guna sunflower oil)
1 st esen vanila

(Bahan C)  4 atau 5 biji epal merah dibuang tengah dan dipotong sesuka hati dadu.

Cara-cara:
1. Bahan A digaul rata.
2. Bahan B diblender hingga kembang.
3. Tuangkan adunan yang diblender (Bahan B) ke dalam mix bowl dan masukkan bahan A dan kacau hingga sebati.
4. Dah sebati, masukkan bahan C.
5. Tuangkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 darjah celsius (saya guna gas 4) selama 45 minit atau sehingga masak.
6. Siap!

Sangat sedap dimakan panas-panas.

Ni rupa adunan sebelum dibakar....
Rupa kek epalku bila masak... Nyum nyum....
Sesuai juga dijadikan santapan sambil buat kerja....
Mommies, cubalah.... Tak rugi sebab senang dan sedap :)

Saturday, November 22, 2014

Lesen memandu di UK - Part I

Lupa nak berkongsi satu berita gembira dengan mommies..
Hehehe, datang dekat sikit nak bisik ni....
Psst, saya dah dapat lesen UK.
Tq tq, mommies mesti cakap tahniah kan? hahaha (perasan habis :p)

Dah lama pun dapat, dalam bulan Jun hari tu.
Perasan pula mama JJ yang saya dah dapat lesen kereta bila asyik up cerita pasal jalan-jalan memanjang.
Orang baru dapat "kaki" katakan.
Tengah kemaruk nak pegang stereng masa tu.

Bila tgk semula entry "Pegang Stereng" ni, awal tgh Januari tahun ni saya mula belajar bawa kereta.
Kira lama juga tempoh yang saya ambil untuk lulus.
Dalam enam bulan lebih kurang.
Yea lah, nak belajar cara memandu negara orang bukan mudah.
Dah la kete sendiri takde utk praktis.
Harapkan belajar dengan cikgu aje lah.
Dengan kekangan masa dan stress belajar lagi...
Apa-apa pun lega sgt2 bila dah dapat lesen tu...
Alhamdulillah sgt2....

Ok, back to main topic.
Sebenarnya dah lama nak share cara2 nak dapatkan lesen UK ni.
Boleh lah buat panduan bagi mommies yang nak ambil lesen kat UK ni.
Permohonan utk buat lesen ni kebanyakan adalah secara online.
Boleh tgk kat website GOV.UK ni.

Tapi saya ringkaskan dulu langkah2 yang kena buat bila nak apply lesen UK:

1. Mohon "First Provisional Driving Licences". 

Boleh apply online atau boleh dapatkan borang dari post office.
Jika memohon secara online, dalam masa seminggu dah dapat lesen....
Tapi jika memohon secara pos, tempoh pemprosesan boleh mencecah tiga minggu. Bayaran pemprosean juga sedikit mahal berbanding permohonan online.

2. Dah dapat lesen provisional, boleh mula booking theory test.

Detail pasal teori test ni saya akan cerita dalam Part II.
Berikut yuran yang dikenakan:

3. Bila dah lulus theory test, boleh bawa kereta utk belajar dengan cikgu memandu yang bertauliah.

Tiada waktu belajar minimum yang diperlukan. Kalau rasa confident, boleh terus ambil driving test tanpa hadiri kelas memandu. Tapi seeloknya belajar dengan cikgu dari sekolah memandu/private tutor sebab banyak peraturan di UK yang tak sama dgn peraturan di M'sia. Contohnya bila kita nak menghampiri simpang. Dari jauh dah kena tengok kereta dari kiri dan kanan. Kalau takde kereta, kena teruskan. Kalau kita berhenti di simpang padahal tiada kereta dari kiri mahupun kanan, itu dikira  kesalahan kecil. Kena tolak markah tau. Lagi detail, saya akan cerita dalam Part III.

4. Booking slot utk driving test.

Slot driving test yang kosong, bergantung kepada tempat. Macam kat Bradford, lama juga mendaftar baru boleh ambil test. Dua bulan sebelum test dah kena booking slot utk driving test. Kos utk ujian memandu ni GBP62.

5. Ambil driving test.

Jika lulus, examiner akan keluarkan sijil memandu sementara. Dalam tempoh seminggu ke dua minggu, lesen memandu akan diposkan ke rumah. Tapi dalam tempoh tu, dah boleh bawa kereta tanpa rasa bersalah.

Jadi jumlah keseluruhan = 34 + 25 + 62 = GBP121 tak termasuk kos menghadiri kelas memandu.

Kos kelas memandu bergantung kepada sekolah memandu dan bilangan jam yang kita belajar. Kalau dapat cikgu persendirian lagi murah ( boleh risik dengan Gumtree). Macam yang saya ambil hari tu, GBP15 untuk satu jam. Bilangan jam bergantung kepada cepat atau lambat kita belajar. Bagi yg dah kertu mcm saya ni, lebih sepuluh jam juga kena belajar.

Nota ummi,
Saya mula2 macam pelik juga, kena apply lesen dulu baru boleh ambil teori test. Seingat saya masa ambil lesen kat M'sia, lepas lulus teori test baru dapat Lesen L. Lepas tu baru boleh bawa kereta.

NuKilaN:
 

Friday, November 21, 2014

Pesta air?

Dalam rasa sedih tgk nasib kawan2 yang jadi mangsa banjir, tak kurang juga ada yang post gambar2 yang mencuit hati macam ni...

Sakan mereka main air.
Mula lah teringat zaman kecil2 dulu.
Musim banjir lah boleh main air puas2.
Dapat lampu hijau main air hujan hingga menggigil satu badan kesejukan.
Nasib baik tak demam jer.
Bukan senang nak main air hujan dengan bebas sambil keliling satu kampung.
Penat lari-lari, buat sampan kertas pula.
Sampan karam, buat lagi yang lain tanpa jemu.
Lepas tu bertanding siapa dapat buat sampan paling tahan lama dan boleh hanyut paling jauh.
Beria perah otak nak lawan dengan abang2 yang jauh lebih besar.
Kecil2 pun tak nak kalah walau saya the only girl masa tu.
Punya laa tinggi semangat juang... hahaha
Lepas tu arwah ayah ada pinjam sampan dengan kawan dia.
Boleh lah ronda satu kampung yang dah macam tanah rata sebab rumah2 dah byk yg cuma nampak bumbung.
Itulah salah satu kenangan manis di musim banjir.
Mommies, share la juga pengalaman manis masa kecil2 bila pesta air ni :)

NuKilaN:
 

Thursday, November 20, 2014

UMT ku....

Boleh tahan juga banjir kali ni.
Terkejut tgk gambar yg kwn2 wassup.

Pintu depan...
Pintu belakang...
Jalan pantai batu rakit...
Hari ni UMT diisytiharkan cuti.
Ada juga beberapa rumah kawan2 yg dinaiki air.
Semoga mereka sabar dan tabah dgn ujian dari Nya.
Saya doa dari jauh.

Wednesday, November 19, 2014

Harganya & Danish shopping

Saya terfikir nak post entry "WW::: Teka harga" tu lepas sembang dgn salah seorang kawan yang baru balik M'sia baru-baru ni.
Katanya boleh tahan harga barang2 kat M'sia sekarang ni.
Tu belum masuk lagi GST yang bakal diperkenalkan tahun depan.
Sedih betul rasanya.... balik M'sia nanti terus dapat "hadiah" GST...
Tapi kenalah pasrah dalam terpaksa...

Orang kata, memang tak boleh nak bandingkan harga kat sini dengan harga kat M'sia.
Dan jangan pula nak convert matawang kat sini dengan matawang kat M'sia bila berbelanja.
Memang ada benarnya.
Orang UK dapat gaji dalam GBP, dan mereka juga berbelanja dalam GBP.
Orang M'sia dapat gaji dalam RM, dan belanja mereka juga dalam RM.

Sebelum datang UK, saya terfikir juga...
Dengan elaun cuma GBP1500++ sebulan, macam mana nak survive dengan keluarga yg agak besar?
Sewa rumah dah GBP400 (ni pun dah kira rate yg paling murah antara bandar2 kat UK ni).
Sewa telefon+internet+rancangan TV berbayar (mcm Astro) = GBP40
Prepaid telefon (saya guna LycaMobile) = saya GBP10, suami GBP 10 sebulan
Elektrik + Gas + Air = GBP100
Eh kalau total semua keperluan bulanan baru GBP560.
Kira keperluan asas la ni.
Ada lagi baki GBP 940 (utk saving, makan, shopping, jalan-jalan dll - kalau yg pakai kereta, kena guna budget ni sbb insuran kereta kat sini agak mahal. Minyak jer murah skrang ni GBP1.19/liter).
Tu yang kami mengada ambil pakej iPhone sorang satu which only cost GBP50++ to both of us (unlimited call to UK number, unlimited SMS to UK number, dan unlimited 3G).
Dari sini baru saya sedar "kuasa membeli" yg kita ada kat UK ni.

Bila keluar shopping kadang2 boleh rambang mata bila tgk harga barang tak sampai pun satu pound..
Ni total harga barang yg saya post dalam entry sebelum ni...
Ya, semua 18 items tu cuma GBP16.42.
Kalau mommies perhatikan, kat sini pun ada juga tax kerajaan yang dikenali sebagai VAT.
Banyak tau VAT kat UK ni... 20%....
Tapi kadang2 macam pelik juga sebab harga kepada pengguna masih lagi murah.
Nak komen banyak pun tak pandai... Nanti silap komen kan jadi ajaran sesat pulak.... keh keh keh....
Terima kasih pada yang berikan anggaran harga.
Mommies semua memang sporting habis :)
Memang bekalan roti utk seminggu budak2 ni utk bawa bekal ke sekolah.
Mereka tak nak bawa nasi, jadi bawa roti lah setiap hari.

Tapi yg kalau perasan, buah-buahan tropikal ni memang mahal sikit lah kat sini...
Tapi teringin punya pasal, rembat juga buah mangga, nenas dan jus buah-buahan tropikal.
Kalau rajin, boleh jer beli buah sebiji sebiji lepas tu kupas sendiri.
Kalau buah mangga, boleh dapat dgn harga dua biji dgn harga GBP1.50.
Kalau nenas tu, kadang2 yg saiz kecil boleh dapat tiga biji dengan harga sepound.

***********************

Pergi hantar Danish ke sekolah pagi tadi, nampak kawan2 Danish sedang bersiap pakai reflective vest.
Tak bawak pula phone nak snap gambar Danish, tapi lebih kurang mcm ni lah...
Sebabnya cikgu kata hari ni ada lawatan ke Morrisons(tempat shopping mcm Tesco).
Mungkin mereka belajar tentang duit syling (pence, penny) sebab tgk cikgu2 sibuk duk bilang duit utk diagihkan pada pelajar2.
Patutlah semalam Danish kata kena pakai kasut lain pergi sekolah.
Kena pakai kasut yg selesa sebab mereka cuma jalan kaki dari sekolah ke Morison.
Boleh tahan jauh juga mereka kena berjalan dalam cuaca sejuk cenggini.
Tapi mesti Danish happy dapat shopping dengan kawan-kawan.
Tak sabar nak dengar cerita dia bila balik nanti :)

Nota ummi,
Sekadar catatan di masa hadapan bila ada yg bertanya...
Selalu juga dapat email yg bertanyakan soalan yg sama, "Cukup tak elaun yg dapat kalau nak datang belajar kat UK?".
Cukup kalau belajar kat Bradford... sbb tempat lain mungkin lebih mahal sikit.
Lepas ni boleh terus beri link ni :)
GBP - Great Britain Pound

WW ::: Teka harga

Agak-agak, berapa kos barang2 ni kalau kat M'sia....
Semua sekali ada 18 items.... Kira penuh lah dua plastik besar....

Ada roti, buah-buahan, biskut, jus, kek dll....

Tuesday, November 18, 2014

Resepi keropok lekor

Dah lama save resepi ni dalam draf...
Sumber: Facebook Resepi Ringkas

Akhirnya berjaya juga buat kerepok lekor bulan lepas...
Kat sini takde ikan kembung, jadi saya gunakan ikan makarel.
Beli dua ekor ikan makarel yg beratnya mencecah hampir satu kilogram.
Dapatkah dalam 18 batang kerepok lekor yang saiz comel2....

First step, asing isi ikan dan kisar....
Ada blog yang saya rujuk kata kena asing kulit juga.
Tapi sayang pula nak buang kulit... Jadi dengan kulit2 saya taram sekali...
Dah siap kisar, ulilah dengan tepung ubi hingga menjadi doh.
Lepas uli, bentukkan jadi panjang2.
Then rebus dalam air mendidih.
Tengok tu, keropok lekorku dah terapung - maksudnya dah masak lah tu. Boleh angkat dan toskan...
Hasil selepas direbus..
Kemudian potonglah ikut suka (tak nak potong pun takpe) dan goreng.
Taraa... keropok lekor made with love @Bradford...
Rasanya ni kali pertama dan kali terakhir kot buat keropok lekor.
Part nak asingkan isi dan tulang ikan tu paling mencabar.
Lama juga duk bergelumang dengan ikan, sampai satu badan berbau makarel...
Maklumlah, tukang masak yang masih tak berapa nak pro lagi.
Masih lagi belajar selok belok kat dapur.
Nak asingkan isi dan tulang pun ambil masa berejam...
Gelakkan kita ler tu... tak baik tau!

NuKilaN:
 

Monday, November 17, 2014

Dah mula sejuk...

Bangun pagi selalu check weather dulu...
Pertama, boleh tgk matahari terbit pukul berapa. 
Kedua, tgk pula cuaca pg ni. Kalau hujan, kena kejut budak2 awal sikit utk bersiap ke sekolah.
Ketiga, kalau suhu sejuk sangat pun kena bersiap awal juga sebab kena pakai baju beberapa lapis untuk ke sekolah. 

Skrang sunset dah makin lewat dan sunrise dah makin awal. Pukul 4.05 dah sunrise. Pukul 6 dah masuk Isyak. Jadi pukul 7 tu mula mata lah tak dapat ditahan. Tapi kena cuba tahan juga, utk siapkan kerja.

Eh, ada tak yang perasan dengan ticker kat sidebar ni...
Hari ni ulangtahun perkahwinan kami yang kesepuluh. Tak sangka kami dah kahwin sepuluh tahun. Rasa masih baru lagi. Masih belajar banyak perkara. Masih belajar mengenali pasangan.

Kalau Dr Halina beri 4 advices on her 4th marriage anniversary, saya nak beri satu pun tak pandai. hahaha... Tapi saya suka keempat2 nasihat yang beliau senaraikan....
1- Learn and adapt
2- Trust
3- Communicate
4- Respect
Ya, empat perkara yang sangat perlu dititikberatkan dalam rumahtangga.

Alhamdulillah, saya dikurniakan pasangan yang sangat sabar, memahami, mengambil berat, ringan tulang (eh, nak kena senaraikan semua ke? nanti ada yang muntah hijau bak kata YY)... Just listing a few to show how proud and lucky am I being his wife. Semoga perhubungan ini diberkati dan bahagia sokmo :)

Sunday, November 16, 2014

Pavlova dua biji telur

Hari Ahad minggu lepas, saya dah post gambar pavlova.
Hari ni pula saya letak gambar pavlova lagi sekali yang saya baru buat hari Rabu lepas.
Kebetulan ada kawan message nak datang rumah.
Sempatlah saya baking pavlova ni pagi tu sambil sediakan sarapan dan bekal anak-anak ke sekolah.
Balik dari hantar anak2 ke sekolah, singgah kedai beli double cream (sepatutnya guna whipping cream tapi tak ada stok jadi saya belasah jer dgn double cream) dan buah-buahan kat kedai berhampiran.
Inilah salah satu sebab kenapa saya suka masak pavlova kat sini.
Sebab utamanya senang nak dapatkan bahan-bahan.
Kat kedai runcit pun ada dijual fresh cream dan buah2 segar.
Harga pun lebih kurang harga pasaraya jugak.

Tapi kali ni saya cuma buat separuh adunan sebab nak cepat masak.
Dua biji putih telur, 1/3 cawan gula castor, 1/2 sb tepung jagung, 1/2 st esen vanila, 1/2 st air lemon.
Untuk resepi penuh dan cara-cara nak hasilkan meringue, boleh rujuk kat sini...

Dapatkan satu meringue lebih kurang 9 inci ni....
Tara... Hasil lepas diletakkan fresh cream dan buah-buahan...
Kasi close up sikit....
Alhamdulillah, tercapai juga hajat nak makan pavlova :)

Glosari....
sb - sudu besar
st - sudu teh

Friday, November 14, 2014

Sandal Castle, Wakefield

Lepas ke carboot sale, inilah tempat yang kami tuju seperti yg dinyatakan dalam entry ni.
Awas, entry ni banyak gambar anak2 posing dengan riang.
Jangan tanya mana umminya pulak.
Well well well, seperti yg mommies tahu... tuan punya belog ni pemalu orangnya.
Malu nak letak gambar sendiri kat blog pun yer.
Ada la pernah letak sekeping dua kat blog dulu2....
Sila lah godek entry lama kalau nak tengok yer... keh keh keh....

Dah penat membebel, jom kita layan anak2 yg super sporting bergambar...
Turun dari castle, anak2 dah mula teruja bila tengok castle ni...
Tanya Aisyah, is the castle has been destroyed by someone?
Iya lah, kata nak pergi ke castle tapi sekali ada batu2 jer.... Lain dengan castle2 yang pernah kami kunjungi. Tu yang dia pun pelik bila tgk castle yg berupa mcm ni...

Apa2 pun, kena bergambar bertiga dulu sebelum menjelajah ke kawasan castle tu...
 On the way terjumpa papan maklumat ni... Beria tiga beradik membacanya...
 Jalan sikit ke depan, jumpa tangga ni utk ke tempat yg lebih tinggi...
Kalau tak silap, ada 57 anak tangga yg kena panjat.... Aisyah lah yang beria bilang bilangan anak tangga yg ada..
Pemandangan tinggalan castle dari menara tinjau yg kami daki tu...
 Anak dara dan anak teruna....
 Kemudian aksi bergambar sekitar castle pula...
 Tiga2 melompat antara tinggalan batu batan yang ada..
Tinggalan castle dari pandangan yang lain...
 Tiba-tiba Danish datang dengan muka sedih....
Sebabnya dia ternampak ada orang yang bawa anjing....
Terus dia menangis dan minta dukung sebab takutkan anjing....
Jadi abah bawa danish masuk dalam kereta dulu...
Tinggallah dua orang model yang masih sporting bergaya...
 Posing penuh kemesraan...
 Tengok gambar mesra mereka ni, jangka sangka mereka ni baik2 jer 24 jam sehari dalam 365 hari setahun.. Budak2 ni biasalah gaduh2 manja tu... Time baik, boleh lah dapat posing cenggini.... Time gaduh bukan aje tak dapat posing lagu ni, ummi dia pun berubah jadi T-Rex sama.... 

Posing paling bergaya dari si abang dan si kakak mengakhiri entry ni....
Sekian....

NuKilaN: