Monday, June 30, 2014

Ramadhan comic

Saja nak share gambar ni dari Facebook...
Walau setan dah diikat,  kita tetap diuji dengan nafsu.
Nafsu banyak cabangnya. Sama-sama kita mendidik nafsu di bula yang penuh barakah ini.

Nak share juga carta ni...
Orang di Sweden kena berpuasa lagi panjang dari kami.
Ni pun kami baru lepas sahur dan solat Subuh.
Mata tak dapat lelap pula.
Tu yg sempat lagi update blog.

NuKilaN:
 

Sunday, June 29, 2014

Tugasan dari nursery

Danish balik dari nuresery hari Jumaat dia bawa benda ni...
Satu teddy bear yang diberi nama Bobby Bear dan satu folder...
Alamak, kena letak gambar Danish dalam tu...
Cerita juga apa aktiviti yang mereka buat sama-sama...
Tapi boleh tgk sample yg kawan2 Danish dan buat.
Tgk tu, Danish pun ralit duk tgk gambar kawan2 dia..
Harapnya dapat siapkan hari ni.

Tak tahu nak masak apa utk berbuka.
Hihihi, baru pukul 12.30 tgh hari, dah fikir waktu berbuka.
Lagi 9 jam kot... Itu la bila jadi mak ni kan?
Irfan nampak dah lembik tu... skrang sdg tidur.
Tak pernah dia tidur siang.
Dah la tadi bangun sahur pukul dua pagi.
Kesian pula kat dia.
Macam mana la kalau sekolah esok.
Cikgu dah beri amaran awal2... budak2 Year 4 dan ke bawah tak digalakkan puasa.
Sebab belum akil baligh katanya.
Kita pula berpegang, melentur buluh biarlah dari rebungnya...
Saya mmg tak paksa Irfan puasa.
Tgk kemampuan dia mcm mana.

NuKilaN:
 

Friday, June 27, 2014

Selamat berpuasa...

Alhamdulillah, kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu lagi bulan Ramadhan pada tahun ni.
Semoga kita sama-sama mengambil peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.
Tahun ni tahun ketiga kami berpuasa di perantauan.
Kena pula tengah-tengah musim summer, jadi tempoh berpuasa lebih kurang 19 jam.
Insya Allah, semoga segalanya dipermudahkan.

Waktu sahur dan berbuka dari Islam Bradford..


Mohon maaf andai ada salah silap sepanjang perkenalan kita.
Selamat berpuasa buat kawan-kawan walau di mana jua anda berada.
Ahlan wasahlan Ya Ramadhan...

NuKilaN:
 

Thursday, June 26, 2014

Lesen TV

Awal bulan hari tu dah dapat reminder email utk renew lesen TV.
Tapi buat2 tak nampak dulu.
Bila dah nak tamat tempoh, baru lah terhegeh hegeh nak membayarnya.
Macam mana la ubah perangai keje last minit ni.

Padahal kejap aje pun.
Klik klik klik, tak sampai lima minit dah siap.
Lesen ni valid sampai Jun tahun depan.

Tu yg tak best kat UK ni.
Lesen TV pun kena bayar.
Tapi kami mengelat jugak.
Dua tahun pertama tak bayar pun lesen ni.
Sekarang baru belajar bayar sbb asyik dapat reminder jer.
Boleh tahan mahal juga harga utk setahun?

Selain lesen TV, kena bayar juga council Tax... macam cukai pintu la kot.
Nasib baik student boleh dapat pengecualian.
Tak payah bayar council Tax.
Kalau tak, dalam GBP88 juga sebulan kena bayara council Tax ni.
Kan best kalau student pun dah pengecualian utk lesen TV ni.

NuKilaN:
 

Wednesday, June 25, 2014

Jun tahun berbeza

22 Jun 2013, kami menghadiri majlis hari lahir Khaleef yg pertama...
Hari yang sama juga, Suhail lahir di Bradford Royal Infirmary (BRI).
Keesokannya, kami terus melawat baby Suhail yang baru lahir ni...

Tapi itu kisah June tahun lepas, 2013.
June tahun ni, dua dua dah besar.
Dah boleh celebrate birthay sama-sama..
Kiri Khaleef, yang menyambut birhday ke 2.
Kanan, Suhail yang kali pertama menyambut birthday.
Happy birthday to both of them.
Moga jadi anak soleh yang menyenangkan kedua mak dan ayah :)

NuKilaN:
 

Dari biskut jadi kek

Bila ramai yg post berkenaan biskut semperit susu yang cuma guna tiga bahan (butter, susu pekat dan tepung jagung) kat group resepi ringkas, perasaan nak cuba buat juga tu membuak-buak. Jadi pagi2 lagi dah keluarkan butter dari fridge utk dibiarkan pada suhu bilik.

Bila butter dah tak beku, saya terus potong kecil2 dan masukkan dalam bekas. Kemudian cari bahan seterusnya iaitu susu pekat. Cari punya cari, satu tin pun tak jumpa. Alahai, dah out of stok rupanya susu pekat. Yg tinggal cuma susu cair. 

Tak dapat la nak menyemperit petang tu. Alamak, nak buat apa pula dgn butter yang  dah potong kecil2 tu? Terus terdetik dalam hati, "best jugak kalau buat kek ni."

Terus check dalam blog sendiri resepi kek marble. Sap sap soi, terus siap kek marble. Maka petang tu, rezeki makan kek marble instead of biskut semperit.

Letak juga la resepi biskut semperit. Mana tahu ada juga mommies yg berminat utk buat biskut ni bila raya nanti :)

Katanya sedap biskut ni... Cair di mulut... Tu yang rasa tak sabar nak cuba tu...

Monday, June 23, 2014

Kisah hujung minggu

Hujung minggu yang fully occupied.

Hari Sabtu, keluar shopping kat Junction 32.
Rasanya dah berbulan-bulan tak keluar shopping.
Asyik shopping online jer, sekali sekala nak juga feel keluar shopping sambil belek2 harga barang.
Bila tgk banyak outlet yg tengah sale sempene "summer sale", terus pujuk si buah hati.
Yes, tak sangka diperkenankan even dia dah janji dengan kawan utk survey tempat di Ilkley.
Rasa terharu dan rasa sgt2 dihargai.
Terima kasih byk2, abang!
Berbunga-bunga rasa hati dapat kluar shopping.
Takpe la sekali sekala berbelanja utk anak-anak.
Seronok tau bila tgk mereka duk pilih sendiri kasut2 yang tengah sale.
Beli dua pasang, boleh la simpan satu utk raya nanti.

Hari Ahad pula ada family day di Ilkley.
Tempat yang sama buat pada tahun lepas.
Ada sukaneka dan juga acara bakar satey serta BBQ.
Sangat best sbb semua yg datang sangat sporting sertai sukaneka yg disediakan.
Tempek la dulu dua tiga gambar sbg intro.
Budak2 happy dapat naik train sama-sama 
Opps, tunggu lampu hijau dulu baru boleh lintas
Muaz, Abu Bakar, Aisyah dan Hanan... Dari train station tak lepas tangan hingga sampai ke taman
Dari jauh dah nampak ada khemah... Yeay, dah nak sampai

Salah satu acara sukaneka... bawa bola ping ping dalam sudu..
Gambar pun byk sgt, tak sempat lagi nak pilih.
Nanti nanti lah yer...

NuKilaN:
   

Saturday, June 21, 2014

Currant

Bila tiba musim summer, banyak lah buah2 summer yang mula berbuah di sekitar universiti.
Biasanya yang menarik perhatian saya buah blackcurrant, tapi label kat uni cuma tulis "currant" jer.
Irfan pun dah beberapa kali mengajak saya datang kawasan uni utk petik buah2 ni.
Tapi belum banyak yang betul2 masak utk dipetik.
Tak sempat kot nak tuai sebelum puasa utk buat air ribena bagi berbuka puasa.
Masih byk yang hijau dari gambar yg saya snap kelmarin...

Ni pokok currant baru yg uni tanam... merah buahnya...
Baru tahu yang ada buat currant merah dan juga hitam..
Ni pokok yang kami selalu petik... memang jenis hitam..
Mana tahu kot2 tahun ni bolah buat aktiviti petik blackcurrant berjemaah lagi macam raya tahun lepas :)

Thursday, June 19, 2014

Fenomena pokok kurma

Akhir-akhir ni, saya tengok ramai kawan2 di FB yang post gambar pokok kurma yang sedang lebat berbuah di bulatan Kota Bharu.
Masa mula-mula pak sedara saya wassup, macam tak percaya yang pokok tu kat Kota Bharu.
Tapi lama-lama, ramai pula yang duk post gambar di sekitar bulatan tu.
Siap selfie lagi dgn buah2 kurma yang sedang meranum.

Ni gambar yang saya cilok dari FB kawan saya...
Jgn terkejut yer tetiba gambar awak ada kat sini...
Katanya buah yang jatuh gugur dibenarkan makan.
Cuma jangan panjat pokok dan petik buah tu.
Tengok gambar2 ni, rasa semakin rindu kat Kota Bharu.
Sabar, sabar... Lagi setahun utk jejak kaki ke sana...
Insya Allah, semoga segalanya dipermudahkan dan boleh cepat2 balik utk selfie bawah pokok2 kurma ni :)

NuKilaN:
 

Wednesday, June 18, 2014

Baby Wazif yang bambam

Peminat setia baby Wazeef...
Semua berebut nak riba baby Wazeef...
Ni gambar mereka berempat yang paling ok...
Cuba pujuk Wazeef yg dah nak nangis... "Shh shh, jgn nangis-nagis...."

Monday, June 16, 2014

Koleksi resepi ringkas - Part 1

Dah lupa pula sejak bila saya join group "resepi ringkas" ni kat facebook.
Seronok juga bila join group ni.
Macam-macam resepi ringkas yang mereka selalu post.
Dah banyak saya download resepi2 yang dikongsi.
Cuma belum ada masa nak cuba masak satu-satu.
Jadi terfikir nak letak kat blog dulu.
Senang nak rujuk bila perlu.
Mohon izin yer bagi yang letak resepi ni kat group tu.

1. Jemput-jemput ikan bilis
Tak pernah lagi masak jemput2 guna nasi. Rasa nak cuba la buat sekali. Nak tahu perbezaannya. Tapi sekarang stok ikan bilis dah habis. Kena cari ikan bilis dulu baru boleh buat.

2. Kek coklat tanpa telur
 Juga tak pernah cuba lagi masak kek tanpa telur. Bahan-bahan pun senang. Harap boleh juga cuba yang ini.

3. Apam seri ayu
 Ni kuih kegemaran saya. Dah lama tak makan. Tgk cara membuatnya mcm senang, cuma acuan tak ada. Ada cadangan tak, acuan apa lagi yg sesuai utk buat kuih ni?

4. Roti
Tak sabar nak cuba buat roti dgn BM. Ni asyik duk mendonut jer dgn BM yang ada.

5. Cotton Soft Japanese Cheesecake
Salah satu kek kegemaran saya juga. Dah beberapa kali buat, tapi nak juga tempek resepi kek ni kat sini buat rujukan masa depan.

Mommies join tak group ni?

NuKilaN:
 

Sunday, June 15, 2014

World cup || Hari bapa

Hari Jumaat lepas, sekolah anak-anak mengadakan sambutan di sekolah sempena World Cup 2014. Setiap kelas akan mewakili setiap negara yang layak ke World Cup. Kelas Irfan mewakili negara Belgium, kelas Aisyah mewakili negara Sepanyol dan kelas Danish mewakili negara Australia. Jadi anak-anak ke sekolah pada pagi tersebut dengan berbaju dengan warna bendera yang diwakili oleh kelas masing-masing.

Macam Irfan mewakili negara Belgium. Jadi dia boleh pilih sama ada memakai baju kaler hitam, merah atau kuning. Dia memilih berbaju kuning. Aisyah pula berbaju merah dan Danish berbaju biru. Tak sempat pula nak snap gambar pagi tu.

Cuma sempat snap satu gambar bila Danish balik dari nursery... Taraa....
Eh, siap pakai topi kanggaro lagi yer, Danish? Comel jer saya tgk budak2 nursery memakai topi ni utk upacara pembarisan. Kelas lain, lain pula kreativiti mereka. Rasa saya pun nak join sekali tgk mcm mana sambutan world cup di sekolah anak-anak.

Kad hari bapa yang Danish buat dari nursery juga bertemakan World Cup. Owh baru teringat yg Hari Bapa disambut setiap minggu ke 3 bulan Jun. Selamat hari bapa buat abah kepada anak-anak. Teruskan jadi the best dad ever in the world :)

Saturday, June 14, 2014

Day 4... Part 3... Rehat dan rawat di highway Jerman

Hari ni baru sempat nak sambung kisah Europe Tour kami di hari yang keempat. Bila dah dua kali stop di service Swiss tapi tak sesuai utk buka bekalan (open tikar bab kata MD), maka kami buat keputusan utk meneruskan perjalanan hingga ke Jerman dan cari kawasan rehat yang sesuai di sepanjang motorway Jerman.

Masuk aje sempadan German, boleh rasa perbezaan yang sgt ketara. Bukan main banyak lagi kereta mewah yang dipandu dengan halaju yang sangat tinggi. GPS yang kami guna juga tidak menunjukkan sebarang speed limit. Owh, baru teringat yg ada sesetengah motorway di German tiada speed limit. Kalau nak merasa bawa kereta macam Micheal Schumaker, boleh la memandu kat motorway Jerman ni. Tapi kami tetap memandu dengan cara berhemah tau :)

Tak lama lepas tu, kami jumpa service yang pertama. Kami terus singgah dan seorang wakil membuat tinjauan sama ada sesuai atau tidak. Yang penting, kena ada toliet walau berbayar. Kalau tak silap, sekali masuk kena bayar 50 sen Euro. Selain toilet, ada juga bangku utk kami buka bekalan. Alhamdulillah, akhirnya jumpat tempat rehat yg sesuai. Masing2 menarik nafas lega bila dapat buka bekalan dan mengisi perut yang kosong.

Dah la berhampiran tempat makan ada playground. Aisyah dah mula request nak main kat playground. Saya kata kena makan dulu, kalau sempat baru kita main kat situ.


Orang lain buka bekal nasi, saya buka bekal maggi. Masaklah maggi dengan air panas. Sedap juga makan maggi panas dalam cuaca dingin. Tapi makan juga nasi bila kawan2 duk tawarkan nasi yang ada. Rezeki jangan ditolak, kan?

Lepas perut sendiri kenyang, saya suapkan makanan utk Danish pula yang dari tadi duk kuis jer makanan yg ada. Danish ni kena makan bersuap baru dia makan banyak. Baru suapkan nasi dua tiga mulut, sekali hujan mula turun. Cepat2 bungkus bekalan makanan yang ada dan sambung makan dalam kereta. Yang lain-lain pergi toilet utk ambil wudhu dan solat jamak Zuhur -Asar. Saya masa tu ABC.

Tak lama lepas tu, hujan berhenti. Aisyah mula menuntut janji dia utk main kat playground. Dah la kereta kami parking berhampiran dgn playground. Saya kata kena tanya abah dulu. Lepas abah siap ambil wudhu, abah duduk jer kat luar kereta sementara tunggu utk berjemaah. Aisyah cuba panggil abah utk minta kebenaran, tapi sah2 abah tak dengar sebab semua tingkap tertutup  walau abah hanya berdiri di tepi kereta. Dah ketuk cermin kereta tapi abah tak perasan dan langsung tak tgk kami yg sedang berkurung dalam kereta ni. Kesian sgt tgk Aisyah masa tu.

Untuk hilangkan boring Aisyah, saya ajak dia main game "I spy with my little eye something beginning with a letter ....". Fill the dots with any letter. Main la kami game tu. Lagi sekali Aisyah gunakan kebijaksaannya utk memujuk saya bawa dia ke playground lepas kami main beberapa round. Bila tiba giliran dia, terjadi la perbualan ni...

Aisyah: I spy with my little eye something beginning with a letter "P".
Ummi: Give me a clue please.
Aisyah: It is two words.

Alamak, saya dah terkena ni. Pandai dia suruh teka play ground. Pandai Aisyah main psikologi umminya. Kebetulan kawan saya dah ada dalam kereta masa tu, jadi saya pun setuju utk bawa Aisyah main kat playground. Sekejap pun tak pe, janji dapat tunai keinginan Aisyah. Danish stay dalam kereta dengan kawan sebab dia tak nak ikut. 

Bukan main seronok lagi Aisyah bila dapat main kat playground.
Muka happy dapat main...
Aufa pun join sama...
Kita pun happy bila tgk muka anak yg sedang happy...
Tak lama pun main sbb saya tgk kaum bapa dah nak selesai solat.
Bila saya kata dah cukup masa, Aisyah terus setuju utk masuk dalam kereta tanpa banyak soal. Dia terus berlari ke arah kereta dan buka pintu dengan sendiri. Masa itu la terjadi tragedi apabila pintu kereta yang dibuka Aisyah terkena ke kereta yang parking di sebelah. Pemilik kereta tu bukan main marah lagi. Bukannya calar pun, ada la kesan sikit. Polish sikit boleh hilang kesan tu. Minta maaf pun tak jalan, nak juga minta duit. Beria cakap kereta dia dah jatuh harga akibat kesan pintu tu. Padahal banyak lagi kesan calar sana sini kat kereta dia. Katanya lagi, anak dia pernah buat salah yang sama, dan dia bayar pada pemilik kereta yg kena tu. Ok jadi kami faham yang dia nak pau duit. Saya tanya, berapa kena bayar? Dia cakap 50 Euro. Minta kurang, dia tetap suruh kami bayar 50 Euro. Jadi bayar juga lah amaun yang dia minta.

Yang sedihnya, abah bukan main lagi salahkan saya sbb kejadian tu. Ya saya mengaku, memang salah saya tak jaga anak dengan baik. Biar aje anak berlari, buka pintu dgn sendiri. Tapi benda dah jadi, nak buat macam mana? Saya tak sedih sebab 50 Euro yang melayang, tapi saya sangat sedih dengan leteran abah selepas tu.

Dia kata, kalau saya tak keluar ambil gambar benda tu takkan jadi (Dia ingat saya suka-suka keluar nak ambil gambar.... dia tak tahu, yang Aisyah yg beria memujuk saya nak main.... alang-alang keluar, haruslah angkut kamera sekali).

Katanya lagi, kalau saya duduk dalam kereta diam2, benda tu tak jadi (dia tak tahu, betapa lama dan rimasnya kami menunggu dalam kereta yg bertutup, ruang yang terhad... dah la masih jauh lagi perjalanan utk ke Frankfurt... bila turun, dapat juga hilangkan lenguh badan). Ada lagi kata-kata lain, tapi cukuplah saya letak dua saja kat sini.

Yang lagi sedih, kena marah kaw-kaw depan kawan yang berkongsi kereta dengan kami. Tak tahu mana nak sorok muka. Rasa malu yang amat dengan kawan sendiri bila dimarahi sebegitu. Saya bukan jenis yang tak boleh tegur salah. Cuma biarlah kena dengan cara, bukannya melenting tak tentu hala dan main tuduh yang bukan-bukan.

Perjalanan kemudiannya diteruskan hingga ke Frankfurt. Sepanjang perjalanan, layan perasaan aje la seorang diri. Dah la duduk berdua jer dgn Danish di seat paling belakang. Sekali sekala, jatuh juga manik2 jernih di pipi bila tak dapat menahan sedih. Rasa diri sendiri sangat useless, isteri yang derhaka dan saya mak yg paling teruk dalam dunia. Mood nak bercuti pun terus ke laut :(

Hanya mampu doa supaya suami akan berubah jadi pasangan yg lebih sabar, supportive dan sentiasa redha dgn ketentuan-Nya. Susah senang, hadapi sama-sama. Bukan masa senang jer bersama tapi masa susah, tanggung sorang2...

Nota ummi,
Dah dua minggu entry peram dlm draf. Sebenarnya dalam dua, nak publish ke tak entry ni. Bukan apa, takut reader salah faham pula. Bukan niat nak condem suami sendiri, cuma sekadar luahan rasa apa yg saya rasa tempoh hari. Tapi saya tahu, semua reader saya sgt positif. Mommies pun tahu kan yg husband saya sebenarnya baik orangnya. Mana nak dapat hubby yg rajin dan pandai masak hari-hari. Cuma manusia, biasa la. Bila datang angin kus2 tu, ribut juga jadinya. Bak kata P Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit. Apa yg berlaku, ada hikmahnya. Yang penting, kena saling belajar memperbetulkan kesilapan masing2. Buang yg keruh, ambil yg jernih, baru teguh... peribadi.... eh pinjam ayat P Ramlee lagi....

NuKilaN: