Showing posts with label 4 musim. Show all posts
Showing posts with label 4 musim. Show all posts

Friday, March 20, 2015

Crocus

Selain Daffodil, Crocus juga termasuk dalam kategori bunga-bungaan musim Spring.
Ada beberapa gambar Crocus saya dah letak dalam entry "Bunga dah keluar".
Hari ni nak tempek lagi gambar Crocus dari Bowling Park pula...
 Baru perasan ada kaler oren di tengahhnya....
Tak pernah lagi tgk bunga ni kembang sendiri..
Kena tunggu ada matahari kot baru dia akan kembang...
Tapi tak sempat kembang pun, Aisyah dah petik beberapa kuntum...
Lepas tu bukan main berlari riang menuju ke padang yang luas terbentang!
Musim sejuk ni tak dapat main lama kat padang.
Baru lima minit, tangan dan kaki dah mula kebas!

NuKilaN:
 

Tuesday, March 3, 2015

Salji di bulan Mac

Kisah kelmarin, 2 Mac.
Sekali lagi salji menyinggah di Bradford.
Sempat lah main snow sebelum pegi sekolah..
Danish and his snowball...
Tapi tak lama pun snow, lepas tu sang mentari terus menyinar...
Yang paling happy, tentunya tetamu kami dari M'sia.
Pengalaman pertama tengok hujan salji.
Alhamdulilah, masih dapat merasa pengalaman salji walau dah nak masuk spring :)

Thursday, December 11, 2014

Sleet

Burrrr.... Sejuk!!
Suhu masih positif tapi sejuk nya dah rasa hingga ke tulang hitam...

Thursday, December 4, 2014

Bye bye autumn...

Dah lama tak tempek gambar sekitar rumah dan university (UoB).
Dah dua minggu perap gambar ni dalam draf.
Dan sekarang, semua daun daun dah gugur.
Tinggal lah batang pokok yang togel.

Ni pemandangan yang sentiasa curi perhatian saya tiap kali ke UoB....
Cantik dengan daun kaler merah....

Ni pula pemandangan di pintu masuk utama UoB....
Bila toleh ke kanan, nampak pemandangan ni...
Pemandangan bila seberang jalan...
Nampaknya winter telah mula menonjolkan diri...
Kisah semalam punya prinstcreen ...
Patutlah bukan main beku rasanya pagi Rabu tu.
Rumput pula diselaputi frost.
Babai autumn, welcome winter :)

Tuesday, June 10, 2014

Malam Isnin?

Malam tapi masih terang benderang...
Ini la keadaan bila masuk summer. 
Pukul 8 pm masih terang benderang.
Siang yang sangat panjang. 
Hari ni, sunset pukul 9.33 pm dan sunrise pukul 4.36 am.
Waktu siang lebih kurang 17 jam.

Lepas makan malam, budak2 mula merayu nak main kat luar bila cuaca elok macam ni.
Saya pun layankan aje.
Mereka bersorak riang bila saya kata boleh.
Penat juga duk layan komputer berjam-jam.
At least, boleh rehatkan mata dan minda tengok mereka bertiga main kat luar :)

Danish skrang dah pandai kayuh basikal sendiri..
Aisyah pun main basikal jugak. 
Basikal pink rembat dari carboot tahun lepas lagi.
Aisyah masih belum berani naik basikal tanpa dua tayar kat belakang tu.
Pernah tanggalkan, tapi kena pasang semula.

Penat main basikal, dia pun join Irfan main badminton...
Dua orang kat luar pagar lawan seorang kat dalam pagar.
Tgk budak2 main, tiba2 rasa nak join mereka main sekali.
Saya satu team dgn Aisyah, Irfan satu team dengan kawannya, Aliff.
Tapi lawan badminton dgn budak2 dan kawasan terhad mcm ni, tak sempat nak keluar peluh.
Takpe, asalkan budak-budak seronok :)

Friday, January 24, 2014

Pagi yg berbeza

Tiga cuaca berbeza sepanjang pagi minggu ni yang saya sempat snap selepas hantar anak-anak ke sekolah.

Yang ni gambar ulang tayang... cuaca cerah dgn matahari, tapi suhu cuma 1 degree. Kawasan rumah dipenuhi dengan ais akibat embun yang membeku.
Yang ni pula cuaca dua hari kemudian. Cuaca berkabus sebelah pagi dengan suhu 5 degree.
Yang ni cuaca pagi ni. Hujan renyai-renyai dengan suhu 5 degree tapi rasa sejuk tu hingga ke tulang hitam. Tangan kebas dan hidung terus jadi merah.
Kalau mommies bandingkan antara ketiga-tiga gambar, waktu matahari naik semakin cepat manakala waktu matahari jatuh pula makin lambat. Itu tandanya masa siang semakin beransur-ansur menjadi panjang :)

Sebelah petang pula, anak-anak bukan main bersorak riang bila melihat hujan salji...
Apa yang ditunggu musim winter dah tiba. Masya Allah, seronok tengok salju putih berterbangan di udara. Tapi snow tak lama pun. Tak lama lepas tu terus hujan. Jadi la buat ubat sementara tunggu betul2 snow :)

Bila check cuaca pula, dah mula nampak simbol snow minggu depan...
Harapnya masih ada peluang untuk berguling dalam salji bagi musim winter tahun ni :)

Wednesday, December 25, 2013

WW ::: Random @Anak-anak bertiga

Spring 2013...
Macam2 gaya....
Ice cream time!

Summer 2013...
Kat tangga pun mereka boleh main
Danish terkejut jumpa lembu kat tgh bandar
Posing sementara menunggu train @London Paddington
Kita minum dulu...
Tunggu train @Bradford Interchange


Autumn 2013....
Posing sebelum ke sekolah
Autumn in their hearts
Say cheese....
Winter 2013...
Muka kena paksa posing dalam sejuk...
Buai laju-laju....
Lister park lagi....
The heroes and heroin...
Santa sesat dengan sledgenya di City Park 

NuKilaN:
 

Wednesday, December 18, 2013

Siang yg pendek

Bangun pagi, dah terbiasa untuk check cuaca bila duk Bradford ni. Kalau kat M'sia, langsung tak pernah ambil tahu pasal cuaca.

Jadi pagi2, mmg akan check dulu guna aplikasi ni. Owh, hujan rupanya pagi ni.
Memang hantar anak2 dalam hujan pun pagi tadi. Tapi main redah jer, sbb hujan kat sini tak de la lebat sangat. Cover dgn winter coat yang water proof pun dah memadai. Tak perlu nak berpayung bagai :)

Ni pula cuaca sebelah petang yang saya capture beberapa minit yg lepas.
Saya letak dua2 snapshot ni sbb nak tunjukkan masa matahari naik dan masa matahari jatuh. Sunrise pukul 8.20 pagi dan sunset pula pukul 3.45 petang. Maksudnya siang sekarang hanya lah selama 7 jam lebih. Pendek, kan?

Ni pula waktu solat bagi kawasan Bradford....
Pukul 5.52 mlm dah masuk Isyak. No wonder pukul 7 malam dah rasa sangat larut malam. Kadang2 pkl 8 pun dah selamat diulit mimpi. Tapi kalau ada kerja yg nak settle, tak boleh nak tidur jugak. Kena juga tahan mata siapkan kerja dulu :)

Last sekali tempek pemandangan depan rumah masa winter. .
Mmg susah nak nampak matahari masa winter. Gambar ni saya snap lepas hantar anak2 ke sekolah pagi tadi.

Saturday, November 2, 2013

Colours of Autumn II


Lokasi: Lister Park, October 2013








 Bila musim bunga, saya suka post gambar-gambar bunga.
Masuk musim autmn, jangan marah bila saya banyak post gambar pokok dgn daun yang pelbagai kaler ni...
Subhanallah, mmg kagum dgn alam ciptaan Allah...
Syukur kerana diberi peluang utk menikmati keindahan negara empat musim...


NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails