Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Sunday, March 1, 2015

Physiogel

Bila tengok entry semalam, baru perasan ada satu iklan pasal Physiogel.
Eh, macam familiar jer product ni... detik saya dalam hati.
Kebetulan masa buka belog, ada pula iklan ni duk menari-nari di side bar sebelah kanan.
Tu yang terus print screen...
Sepanjang kat UK ni, saya guna lotion jenama ni.
Sesuai untuk merawat masalah kulit kering.
Maklumlah cuaca kat UK ni yang sangat kering (walau dah telan air berliter liter).
Lagi lagi bila musim winter ni.
Tangan dah macam orang tua (Ya, sedar diri yang tukang tulis ni pun tak muda mana... huhuhu).
Silap hari bulan berdarah-darah... bila dah terlalu kering.
Muka tak yah cakap lah... menggelupas sana sini...
Untuk muka, saya guna lotion yg ni...


Untuk tangan dan kaki pula yang ni, guna yang lotion mcm kat iklan tu (sebelah kiri).
Malas pula nak snap gambar... huhuhu
Saya jarang letak lotion satu badan.
Tapi saya ni bukan jenis yang rajin sapu lotion.
Bila tgk tangan/muka yang kering baru terhegeh hegeh nak sapu lotion.

Actually sepupu saya (seorang doktor) yang suggest untuk gunakan lotion ni sebelum saya fly datang UK bulan Jan 2012 lepas.
Jadi bila doktor (doktor perubatan bukan doktor PhD) yang recommend product kira percaya lah nak guna.
Hah, sedar tak sedar dah tiga tahun pengguna setia.
Bila habis, terus order kat ebay.co.uk.

Bagi sesiapa yang ada masalah kulit kering, boleh cuba lotion ni.
Boleh request "trial pack" jugak dari website tu.
Jadi jangan malu, jangan segan nak klik iklan tu bila nampak dia sedang berlegar-legar :)

NuKilaN:
 

Friday, February 27, 2015

Hantar tiket ke Nuffnang

Sejak berjinak-jinak dengan Nuffnang sedari Ogos 2010, buat kali pertama saya hantar tiket ke Nuffnang.
Tiba-tiba kecik hati bila tengok status jadi Non-Glitterati!

Nampak tak status hijau Non-Glitterati nun hujung bhgn atas belah kanan tu.
Saya pun tanya lah, kenapa tiba2 tak dapat Glitterati?
Masih setia dgn Nuffnang tau...
Tak letak pun iklan lain selain Nuffnang.

Tak sangka hantar kelmarin, hari ni dah dapat jawapan.
Katanya...

Regarding your glitterati status enquiry, the glitterati process is an automated one and our crawlers will detect your blog to update and restore your glitterati status within the next 4 to 5 days. Meanwhile, do keep blogging to keep your blog active as part of our Glitterati criteria is that you will need to have at least 1 daily visitor or our crawlers will mark your blog as a spam blog and this will once again affect your membership status.

Jadi tunggu aje lah dalam masa empat ke lima hari untuk dapat balik status Glitterati.
Tak jadi nak merajuk tulis blog... hahaha.

Tapi kan dalam tak dapat status Glitterati, masih ada beberapa ketul CPUV yang sedang bertenggek...
Alhamdulillah, sikit sikit lama lama jadi bukit....

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails