Wednesday, March 30, 2016

Minggu ke 37

Minggu ni kandungan dah masuk minggu yang ke 37.
Haih, debaran makin terasa.
Perasaan yang sangat bercampur baur.
Maklumlah, dah enam tahun baru nak rasa semula pengalaman bersalin.
Banyak yang dah lupa.
Kena banyak lagi gali ilmu dari buku, majalah dan juga internet.

Bulan lepas lagi saya dah apply cuti bersalin.
Bermula dari minggu ke 38, saya dah mula cuti bersalin... iaitu minggu depan dah officially on maternity leave :)

Kali ni saya apply cuti bersalin untuk tiga bulan.
Jadi akan masuk kerja semula awal bulan 7 nanti.
Tapi rasanya, terus sambung dengan cuti raya.
Nampak gayanya, lepas raya baru back to office.
Masa tu student pun dah bercuti panjang :)

Dalam happy nak bercuti tu, rasa sedih juga nak tinggalkan anak2 didik yang diajar semester ni :(
Kebetulan semester ni dapat bilik kuliah yang ekon tak berapa sejuk...
Dalam tiga ekon yang ada dalam kelas, hanya dua ekon yang berfungsi...
Dah la yang tak berfungsi tu ekon kat depan sekali, iaitu ekon utk tenaga pengajar...
Memang bertabah jer mangajar dalam kelas tanpa ekon yg cukup sejuk...
Nasib baik kelas pagi (jam 8-10), jadi tak de la rasa membahang sangat...

Tapi malangnya minggu ni, semua ekon dalam kelas tu tak berfungsi...
Baru 15 minit mengajar, satu badan dah basah...
Tiba2 ada student hulurkan kipas kecil kat bawah ni...
Masa dia hulur tu, rasa terharu sgt2....
Dapatlah mengajar dengan selesa sikit hingga habis waktu :)
Apa-apa pun, itu laa kelas terakhir untuk semester ni...
Harapnya masalah ekon ni dapat diselesaikan dengan segera.

Esok hari last punch card...
Hehehe, mmg tak sabar juga sebenarnya nak rehat sementara tunggu baby dalam perut ni keluar :)
Doakan semoga proses bersalin nanti dipermudahkan oleh.Nya.... amin!

Tuesday, March 29, 2016

Chicken cottage @Kuala Terengganu

Sejak restoren Chicken Cottage ni dibuka kat bandar Kuala Terengganu, dah beberapa kali abah budak2 ni duk ajak pergi makan kat sana.
Kalau dekat tu, boleh la terus terjah.
Ni kat tengah bandar KT, memang agak jauh juga dari rumah kami.
Tu yang bercinta jer nak ke sana.
Rasanya, sejak balik M'sia ni... baru dua tiga kali kami ke bandar KT.

Hari Jumaat lepas, abah ajak lagi sekali.
Alahai, kesian pula nak hampakan harapan orang yang mengidam nak makan Chicken Cottage.
Jadi saya turutkan aje walau Danish beria nak pergi Pizza Hut sebenarnya.

Chicken Cottage ni adalah francais makan segera yang agak popular di UK.
Kat Bradford pun ada satu cawangan walau kami tak pernah pun terjah.
Maklumlah, ayam grill dan ayam goreng Pakistan jauh lagi murah :)

Tapi, masuk jer ke dalam restoren boleh mula la rasa rindu kat UK.
Interior design kat dalam ni cukup menggamit memori di Kota London.
Tengok la, Danish dan Aisyah tak lepaskan peluang bergambar dengan London Eye.
Juga bergambar dengan London Bridge...
Kami order set ayam grill ni seekor... 
Yang gambar kat atas ni cuma half chicken.
Dari segi rasa, ok la... Sedap dan hampir sama dengan ayam grill yang kami selalu makan kat Bradford.


Yang ni pula Chicken burger...
Saya dan Danish order burger ni...
Lupa pula nak snap gambar burger... Gambar kotak burger pun jadi lah yer...

Irfan pula order ayam goreng...
Tapi dia lagi suka makan ayam grill berbanding ayam goreng tu...

Dari segi harga, ramai yang kata mahal.
Tapi my personal opinion, harganya not bad la.
Standard harga makanan segera lain macam Pizza Hut, Kenny Rogers, atau Burger King.
Kalau compare dengan KFC atau Mc Donald, rasa la yg Chicken Cottage ni mahal sikit.

Wednesday, March 23, 2016

WW ::: Main pasir




 Tak dapat main air, dapat main pasir pun dah happy sangat dah Danish ni...

Monday, March 21, 2016

Bowling

Lepas tengok movie Boboiboy, anak-anak mula tuntut janji nak main bowling.
Kami layankan aje.
Honestly, itu kali pertama kami bawa anak2 main bowling kat M'sia.
Sebelum fly ke UK, mereka kecil lagi untuk bawa main bowling.
Kira pengalaman pertama mereka mem'bowling' adalah kat Bradford macam yg saya cerita dalam entry ni.

Kami ambil satu game jer utk setiap orang.
Cuma Irfan, Aisyah, abah dan adik ipar yang main.
Saya dah tak larat nak membowling.... huhuhu.
Nak bawa diri sendiri pun dah tak larat, apatah lagi nak baling bola bowling yg berat tu :p

Abah sedang perturunkan ilmu kat Irfan...
Aisyah in action...
Giliran Irfan pula....
Danish  tak join main.... jadi pom pom boy utk abah jer...
Mia dan Qaseh... juga bagi semangat kat papa diaorg :)

Dari pemerhatian saya, bowling kat Mesra Mall is not child friendly.
Tiada pagar untuk tutup longkang dan tiada juga "ball slide".
Jadi anak-anak tak eksaited sangat nak membowling sebab asyik masuk longkang dan mereka tak larat nak baling bola sendiri.
Yang game Aisyah, last2 abah yg kena habiskan.
Lepas tu mula la mereka kata, "How i miss to play bowling at UK!".
Hah gitu, mula la mereka menggamit memori kat UK :D

Thursday, March 17, 2016

Al-Fatihah buat mangsa lemas

Semalam warga UMT dikejutkan dengan berita kehilangan seorang pelajar UMT yang dilaporkan lemas di Pantai Tok Jembal.
Berkat ikhtiar, bantuan dan sokongan dari semua pihak, mayat mangsa telah ditemui pada jam 14:36:38 (sumber dari sini).
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang2 soleh.


Sayu dan pilu pilu tengok muka mak dan ayah arwah.
Semoga Allah beri mereka kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi kehilangan ini.
Al-Fatihah.

NuKilaN:
 

Boboiboy The Movie

Sebenarnya, dari bulan Februari lagi anak2 duk counting down bila movie ni nak keluar.
So bila movie ni dah release kat pawagam masa 3 Mac lepas, memang hari2 la mereka duk ajak pergi cinema.
Haih. anak2... Kat Kuala Terengganu ni mana ada cinema.
Yang paling dekat pun Kemaman.
Ambil masa dua jam juga nak ke sana...

Bila cuti sekolah minggu ni, hari-hari Danish duk ajak tgk movie ni.
Kesian pula bila tengok mereka terperap jer kat rumah.
Cuti sekolah kali ni tak plan pun pergi mana-mana sebab saya kerja dan banyak benda nak kena settle sebelum cuti bersalin bulan depan :)

Tak tahan telinga dengar Danish duk ulang nak tengok Boboiboy The Movie, saya cuba call adik kat Kemaman.
Lepas adik bagi green light, saya terus apply cuti utk hari Selasa.
Maka kami pun bertolak lepas kerja hari Isnin lepas ke Kemaman.
Malam tu, booking tiket online siap2 untuk tgk movie pada pagi Selasa.

Jadi pagi Selasa tu terus ke Mesra Mall....
Haruslah bergambar dulu sebelum tgk movie...
Bergambar bersama sepupu... dari kiri: Irfan, Mia, Qaseh, Danish dan Aisyah....

Danish dengan muka happy bila dapat tgk Boboiboy The Movie....

Ni gambar masa dah selesai tengok movie... 
Irfan dan Aisyah bukan main ralit lagi duk berbincang dan mengulas tentang movie yang mereka baru tengok.. sbb tu tak pandang pun bila saya nak snap gambar...

Lepas tengok movie, anak2 ajak main bowling pula.
Lepas main bowling, anak2 join aktiviti mewarna.
Yang tu, dalam entry lain la yer .... (itu pun kalau rajin :p)

Wednesday, March 9, 2016

WW ::: Goat farm

Gambar sekitar lawatan sekolah Danish ke Goat Farm pada 28 Feb lepas.

Danish and Amirul...



Tuesday, March 8, 2016

Terbang tinggi

Saja nak share aktiviti anak2 masa hujung minggu yang dua minggu lepas.
Lepas ambil Irfan yang berkhemah dari sekolah, singgah kedai RM2 sekejap.
Kami ni dah mcm pelangan setia kedai RM2.
Paling kurang, sekali seminggu mesti terjah ke sana.
Biasanya, anak2 akan tanya, "How many items they can buy?".
Kadang2 saya kata satu, dua atau yg paling banyak pun tiga :)

Kebetulan hari tu anak2 pilih layang2.
Dan kebetulan pula, angin pada hari tu agak kuat.
Jadi kami terus bawa anak2 main layang2 di tepi pantai.

Danish yg paling eksaited naikkan layang2...
Tengok lah, bukan main bersemangat lagi Danish main layang2...
Yg mickey mouse ni layang2 Aisyah...
The marvels ni pula layang2 Irfan...
Tiga beradik yang seronok main layang2...
Tapi disebabkan angin terlalu kuat, layang2 Danish terputus tali.
Mula2 layang2 tu terlekat kat dahan pokok.
Tapi tak lama lepas tu, terus hilang dari pandangan dibawa angin yang kuat.
Memang tak boleh jejak pun layang2 tu jatuh kat mana :(
Nasib baik Danish Ok jer... ditambah lagi bila Irfan offer layang2 dia utk Danish main :)

Angin kuat, jadi ombak juga sangat kuat...
Tengoklah ombak yangbergulung tu..
Kalau macam ni, memang langsung tak beri peluang anak2 dekat dgn gigi air... Bahaya!

Thursday, March 3, 2016

Cabut gigi sendiri

Awal bulan lepas, Aisyah jumpa dentist utk cabut gigi susu di bahagian bawah seperti yg saya cerita dalam entry ni.
Tak lama lepas tu, gigi bahagian atas pula mula goyang.
Berbeza dengan gigi sebelum ni yang langsung tak goyang, tapi gigi kekal dah berlapis di bahagian belakang.
Itu yg terpaksa juga jumpa dentist utk cabutkan.

Alang2 dah goyang, saya suruh juga Aisyah goyang gigi tu dan cabut sendiri.
Tapi takde nya dia nak ikut.
Penakut sungguh!
"A BIG NO!" katanya.... huhuhu

Kebetulan hujung minggu hari tu, dia makan buah nangka.
Entah macam mana, tiba2 gigi yg bergoyang tu berdarah dgn banyak sekali.
Saya cuba galakkan Aisyah cabut, tapi dia takut.
Saya cuba juga cabut gigi tu bila Aisyah beri peluang, tapi masih rasa gigi tu melekat dgn kuat.
Nak tarik kuat2, takut Aisyah trauma pulak nanti.

Tak lama lepas tu, bila Aisyah rasa gigi dia dah ok, dia makan pula buah tembikai.
Hehehe, Aisyah ni kan peminat setia buah buahan.
Cuma skrang bila dah ada kat M'sia, buah2 tempatan aje laaa yang menjadi kudapan harian.
Nak makan plum atau stoberi tu, jarang sgt.
Eh, rasanya tak pernah sekali pun beli plum mahupun stoberi bila balik M'sia ni.
Mahal tu satu hal, tgk buah yg tak fresh tu rasa tak berbaloi nak beli.

Berbalik pada Aisyah yg makan buah tembikai tadi.
Tiba2, gigi dia berdarah dgn banyak bila dia tergigit di bahagian gigi yang dah goyang tu.
Kali ni, saya sekali lagi cuba cabut gigi tersebut.
Dan tak sangka, dengan mudah gigi tu tertanggal.
Aisyah pun happy bila gigi dia dah mula tanggal.

Muka terbaru Aisyah dgn gigi rongak....
Gigi yang saya cabut tu, dia basuh hingga bersih dan simpan dengan gigi2 yang dah dicabut bulan lepas...
Gigi yang paling kiri adalah gigi yang tercabut sendiri.
Yang dua kanan pula, gigi yang dicabut oleh dentist.
Mungkin agak susah nak cabut sbb akar gigi pun masih elok lagi.

Saya perasan, gigi tempoh hari senang nak cabut sebab gigi kekal dah tumbuh di tempat yg sama.
Jadi selamat la Aisyah sbb rongak tu tak bertahan lama... hehehe.
Related Posts with Thumbnails