Showing posts with label hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label hujung minggu. Show all posts

Thursday, November 16, 2017

Pertandingan mewarna

Sempena minggu penutup SUKIM, ada juga disediakan pertandingan mewarna utk kanak2.
Apa lagi, Irfan, Aisyah dan Danish terus join.
 Mereka bertiga..
 Ramai juga yg join..
 Aina? Tunggu kat luar dewan jer..
Alhamdulillah, ada rezeki mereka.
Irfan dapat no 2.
 Aisyah yang jadi juara.
Siap tempek gambar yg mereka warna kat opis.
Sekali dengan medal yg berjaya dirembat sepanjang SUKIM :)
Banyak juga aktiviti masa penutup SUKIM.
Lain kali lah saya cerita bila berkelapangan.

Sunday, August 27, 2017

Sambutan Hari Keluarga Merdeka 2017

Pagi semalam, bawa anak2 sertai hari keluarga UMT.
Hari keluarga yang dibuat serentak dengan sambutan kemerdakaan.

Anak2 pun tak lepaskan peluang untuk sertai kontinjen pembarisan PPIMG.







Lepas pembarisan, program diteruskan pula beberapa aktiviti sukaneka seperti pertandingan melukis/mewarna, pertandingan memasak menu sihat, pertandingan gigi cantik, dan mcm2 acara lagi.

Tuesday, August 15, 2017

Indahnya matahari terbit..

Masa kat Bradford, suka update pasal bunga-bunga bila musim bunga.
Maklum laa, mcm2 jenis bunga cantik yg keluar.

Balik M'sia, suka pula share pasal pantai.
Maklumlah, rumah dekat sgt dengan pantai.
Rasa tenang jer bila balik kerja tengok pantai.
Apatah lagi bila dapat tengok matahari terbit setiap pagi.
Setiap pagi, lukisan alam yang berlainan terhidang.
Subhanallah!

Ni sunset hari Jumaat lepas.
 Aisyah, Irfan dan Danish...
 Tak ketinggalan Aina..
Ni dari lensa kawan pada masa yg sama..
Juga yg ni..
Cantik,kan?

NuKilaN:
 

Saturday, April 8, 2017

Prektis hari sukan

Hari rabu lepas sekolah anak2 ada raptai hari sukan.
Cikgu hantar gambar ni... Irfan in action..
Semua anak2 ambil bahagian.

Hari Khamis, semangat mereka nak prektis.
Jadi bawa mereka ke trek UMT lepas kerja.


Semua dah kepenatan...

Hari Jumaat bawa lagi mereka ke trek.
Tapi mlm Jumaat tu hujan, jadi trek basah.
Tak boleh nak lari sgt.
Jadi anak2 tolong cikgu2 buat persiapan utk hari sukan.

Anak2 bersukan, mak ayah pulak makan2.
Gigih buat potluck utk mkn2 masa anak2 riadah.

Sesi bergambar anak2...


Bayi2 yang lahir tahun 2016... Dari kiri; Huzaiman, Aina, Amanda dan Madihah...
Dan pagi ni anak2 akan menyertai hari sukan sekolah. 
Lari laju2 yer....
All the best to them...

Tuesday, February 7, 2017

Rice To Wednesday

Ramai yg translate Nasi Ke Rabu jadi Rice to Wednesday...
Hahaha, macam2 perkataan baru sekarang ni...
Selfie pula, dah mula guna swafoto..
Viral dah jadi tular...
Hurm, kadang2 tak terkejar dgn istilah2 baru ni...

Ok, back to topic.
Sejak balik M'sia, jarang sangat la boleh/sempat masak.
Dengan rutin yang sangat kelam kabut, jadi lebih banyak beli lauk siap jer.
Tapi bila asyik beli lauk tunjuk jer, sesekali rasa nak juga makan lauk air tangan sendiri.

Salah satu yang teringin nak masak adalah nasi kerabu.
Dah lupa pun  cara nak buat.
Nasib baik pernah buat catatan kat blog tahun 2014.
Jadi rujuk dulu entry nasi Kerabu sebagai rujukan.

Bila kat M'sia, tak guna lagi ikan salmon dalam tin.
Usaha tau pergi cari ikan selayang, rebus, then asingkan tulang.
Lain kali kena guna ikan tongkol, senang sikit kot...

Jadi, pagi Sabtu lepas, dapatlah breakfast, lunch dan dinner dengan Nasib kerabu.
Hahaha,. tu untungnya masak sendiri... sekali masuk dapur, masak untuk makan hingga ke malam terus ;p

Ajak juga jiran belakang rumah, Cik Rah untuk sarapan sama...
Psst, Cik Rah pun ada blog tau. Jom singgah ke blog Cik Rah @Kembara Kehidupan

Danish pun dah lama beri hint, "Ummi, ummi pandai kan masak nasi lemak yang tak pedas?"...
Nasi lemak pun dah lama tak masak.
Ni bila Aina dah besar, dah boleh bawa diri (walau kadang2 masih lagi tergolek sana sini), boleh la nak luangkan masa kat dapur...

Sunday, November 6, 2016

Penutup SUKIM

Publish entry yang dah dua minggu dalam draf...

Ni sebenarnya kisah hari Sabtu, 22 Okt lepas.
Skrang dan masuk 6 Nov.
Dah tak lama nak masuk tahun baru.
Huhuhu...
Rasa banyak lagi target tak tercapai tahun ni.
Eh, dah melalut ke lain pula...

Rentetan minggu SUKIM 2016..
Seminggu lepas tu baru diadakan majlis penutup dan penyampaian hadiah...

Sebelum majlis penutup, diadakan juga acara sukaneka untuk kanak-kanak.
Anak2 yang paling eksaited bila saya kata ada sukaneka.
Kalau ikutkan, pagi Sabtu tu saya tak berapa sihat.
Pening kepala dan muntah2 (muntah ni tiada kaitan Aina nak dapat adik yea!!)
Tapi sebab dah beritahu awal2 yang ada acara sukaneka kat mereka, awal2 pagi mereka dah bersiap.
Rasa tak sampai hati pula nak cancel ke program penutup tu.
Jadi bersiap juga la dalam keadaan yang tak berapa sihat tu :(

Masa ni pelajar baru nak susun kumpulan sukaneka.
Ada dua kumpalan sahaja, jadi team boys lawan team gegirl.
Abang urusetia tunjukkan cara nak main game yg pertama - isi air dalam botol.
Aisyah in action...
Amboi, bukan main teliti lagi irfan masukkan air dalam botol...
Danish siap pegang botol lagi takut terbalik....
Satu game ni jer saya sempat snap gambar.
Lepas tu kepala mula rasa pening dan tak lama lepas tu kena cari toilet utk muntah.
Rasanya ada empat game yang mereka main pagi tu.
Nasib baik mereka bertiga dah pandai berdikari utk main game yang dijalankan :)

Sebelum majlis penutup, acara bergambar beramai-ramai dulu...
Kemudian diteruskan dengan sedikit ucapan dan penyampaian hadiah..
Untuk acara sukaneka, setiap peserta dapat hadiah hamper.
Seronok sangat mereka dapat hamper.

Ada juga cabutan bertuah.
Tak sangka, melekat juga satu nombor cabutan bertuah yang dipegang oleh Irfan :)

Untuk game, staf berjaya juga bawa balik beberapa pingat sebagai kenangan.
Alhamdulillah...

Balik dari majlis penutup, terus tidur.
Alhamdulillah, lepas tu baru rasa sihat sikit.
Betul la kan, kadang2 kita sakit tu as a warning that our body need to rest :)

Related Posts with Thumbnails