Showing posts with label Ireland. Show all posts
Showing posts with label Ireland. Show all posts

Wednesday, November 22, 2017

Tamat Darjah 6

Esok hari last Irfan belajar sekolah Rendah.
Dah habis darjah 6 pun dia.
Kejap jer rasa.
Tup tup, ummi dia dah nak terima menantu.. hahaha

Hujung minggu lepas, sekolah Irfan adakan majlis Graduasi.
Sebak pula rasa bila tengok dia naik pentas.
 Bergambar beramai-ramai semua pelajar Tahun 6 dan Puan Guru Besar.
 Semua barisan pengajar dan kakitangan sekolah bersama Murid tahun 6.
 Semua happy jer bergambar sama-sama..
 Posing lagi..
 Semoga menjadi teladan dan contoh yang baik buat adik2 yer Irfan..

Dan, esok pula akan diumumkan keputusan UPSR.
Kali pertama dalam hidup anak sulung bakal menerima keputusan peperiksaan besar.

NuKilaN:
 

Tuesday, March 24, 2015

Ireland motorway

Semasa di Ireland hujung minggu lepas, saya jadi co-pilot.
Duduk goyang kaki sebelah kiri.
Jadi sempatlah snap gambar sana sini sepanjang perjalanan.

Lepas beberapa minit meninggalkan airport, tertarik dengan landscape ni...
 Haruslah snap signboard juga...
Suka tengok pokok2 di tepi jalan yang ada dua kaler; coklat dan hijau...
Pemandangan countryside yang sungguh damai dan tenang..
 Juga teruja tengok biri-biri yang gemok-gemok...
 Cantik kan? Unik sangat pokok di kiri dan kanan jalan..
 Sign post "National speed limit"... 60 mph utk single carrigeway dan 70 mph utk double carrigeway..
 Pokok yang berdaun juga sungguh unik!
Betul lah orang kata, jauh berjalan luas pemandangan :)

NuKilaN:
 

Sunday, March 22, 2015

Off to Belfast, Northern Ireland

Pukul 4.50 pagi bertolak dari Bradford ke Manchester Airport.
Sampai pukul 5.45 kat parking kereta. 
Fligh pukul 7 pagi, safely landed di Belfast International Airport jam 7.40 pagi.
Muka budak happy naik airplane...
Lepas urusan sewa kereta, terus ke Giant Causeway.
Kemudian ke Rope Bridge...
Atau lebih glamer dgn gelaran carrick-a-rede...
On the way ke hotel, singgah bergambar di The Dark Hedge...
Pukul 4.20 petang selamat check in di hotel.
Esok dah balikBradford.
Related Posts with Thumbnails