Rasanya dah dah lama en suami tak 'outstation' atau bermalam di luar. Yang pasti, semenjak danish lahir, semalam adalah kali pertama anak-anak terpaksa tidur tanpa ditemani abah dia orang. Bukannya pergi lama pun, bermalam semalaman jer :)
Macam-macam soalan yang saya kena jawab. Tapi, soalan 'bila abah balik?' itu la yang paling kerap ditanya walaupun jawapannya sama jer. "Esok abah balik la...". Yang kelakar bila saya dengar dialog Irfan dan aisyah...
Aisyah: Nanti, siapa yang nak buatkan susu utk kakak?
Irfan: Ummi kan ada.
Aisyah: Ummi mana biasa buat susu utk kakak.
Irfan: Kakak jangan risau la, ummi pandai la buat susu untuk kakak. Dulu masa kakak masih kecil, ummi selalu juga buat susu untuk kakak. Kakak, ingat tak?
Aisyah: Oooo, kakak ingat!
Hehehe, bila ingat balik dialog tu, rasa mcm sweet pulak. Pandai pula dia org flash back peristiwa dua tahun lepas. Sebelum danish lahir, memang saya selalu juga buatkan susu untuk aisyah. Tapi bila dah ada anak kecil, semua urusan buat susu saya serahkan 100% pada en. suami. Baru saya sedar, dah lama rupanya saya tak bancuh susu untuk Aisyah.
Masa tidur semalam, Aisyah juga la yang paling kerap terjaga. Tiap kali terjaga dia tanya, "Ummi, lambat lagi ke esok?". Tak sabar nak tunggu 'esok' rupanya. Dan pagi ni, pukul 7 pagi, semua anak anak dah bangun dan siap mandi sebab semua tak nyenyak tidur. Tak tidur lena sebab rindukan abah!
Yang paling ketara rindukan abah adalah Aisyah!
NuKilaN:
Wednesday, September 28, 2011
Sunday, September 25, 2011
hampir tamat tempoh
Minggu depan, pembantu rumah dah tamat tempoh. Ramai tanya, kenapa tak sambung lagi? Jawab saya, "Nak train danish belajar bersosial." So, saya contact semula cikgu taska irfan dan aisyah.
Lega sangat bila masih ada tempat untuk anak-anak. Ambil pakej untuk transit Irfan sekali. Dialog tersebut mengakhiri perbualan kami. "Tak tahu la kenapa saya masih simpan no akak ni. Nombor parents lain semua saya dah delete. Nak kena jaga dia orang lagi rupanya..."
Bagi saya, rutin baru perlu dijadualkan semula minggu depan. Part yang paling mencabar adalah melipat kain. Semoga saya lebih tabah menguruskan kerja rumah tanpa bantuan pembantu rumah. Insya Allah, amin! Doakan saya yer kawan-kawan :)

Thursday, September 22, 2011
kelakar
Tiap kali browse gambar dalam komputer dan nampak gambar ni, mesti saya akan tergelak bila ingat semula tragedi di sebalik gambar. Hihihi, kesian ada, kelakar pun ada.
Lain kali la saya cerita sebab hari ni tak sempat.
Seharian kena berbengkel hari ni :)
::Mommies:: Cuba teka, agaknya apa yang berlaku? Mana tahu anak mommies pun pernah kena kes yang sama?

Sunday, September 18, 2011
lagi kisah rambut
Sebelum ni pernah cerita pasal Aisyah yang potong rambut sendiri. Hari ni nak cerita pasal Irfan pula - juga potong rambut sendiri, cuma kes yang agak berbeza.
Masa sikat rambut Irfan waktu pagi, saya perasan yang rambutnya kat belakang dah gondol. Macam dalam pic ni...
Masa mula-mula perasan tu, rasa geram sangat. Kemudian saya cuba soal selidik apa yang berlaku. Nak marah pun tak guna sebab benda dah berlaku :)
Ummi: Irfan, kenapa rambut abe mcm ni?
Irfan: Ooo, abe yg potong.
Ummi: Kenapa abe potong sendiri?
Irfan: Semalam abe main selotape. Lepas tu kakak pergi letak selotape kat rambut abe. Bila abe nak buang selotape tu, tak boleh.... sebab rasa sakit sangat. Lepas tu abe ambil gunting dan gunting sekali dengan rambut.
Ummi: Ooooooooo..... (panjang betul Oooo sebab nak tergelak pun ada bila dengar penjelasan Irfan)
Kalau dinilai perkara ni dari sudut positif, Irfan dah ada satu skill yang dipanggil problem solving - one of the sotf skills yang perlu dipupuk. Tapi saya tetap tak faham, macam mana boleh terfikir nak gunting rambut daripada tahan rasa sakit tu? Mommies, any ideas?

Wednesday, September 14, 2011
baca buku
Tak pasti sama ada ibu lain mengalami situasi yang sama ke tak dengan saya. Tiap kali pergi ambil Irfan kat sekolah, mesti tengok dia main kejar-kejar dengan kawan-kawan. Pernah sekali Irfan terlanggar tiang hingga kepala benjol.
Suatu hari, saya pesan kat Irfan, "Irfan, nanti bila balik sekolah, irfan jangan main luar kelas tau. Irfan tunggu ummi dalam kelas. Kalau ummi lambat sangat, Irfan baca la buku dulu."
Bila jemput Irfan semasa tengah hari, agak terharu tengok Irfan yang sedang ralit baca buku. Saya terus capai camera dan snap gambar ni:
Semasa pulang kami bersembang....
Irfan: Abe dah tahu mcm mana tak nak bagi penat bila balik sekolah.
Ummi: Nak buat mcm mana?
Irfan: Abe kena baca buku la. Kalau main bila balik sekolah, abe rasa penat sangat.
Ummi: A ah, betul la mcm tu. Sebab tu ummi suruh abe baca buku. Kalau main dapat penat, tapi kalau baca buku dapat ilmu.
Irfan: Ummi masa kecik dulu, baca buku juga ke bila balik sekolah?
Tiada jawapan, saya sekadar menganggukkan kepala.
Harapnya tabiat ini akan kekal lama. Saya pun tak de la risau sangat kalau terlambat ambil Irfan jika dia ralit membaca buku.

Thursday, September 8, 2011
potong rambut
Ni kejadian sebelum raya. Kalau tak silap, seminggu sebelum raya, irfan dan aisyah main gunting. Lepas penat gunting kertas, ada ke patut irfan gunting rambut aisyah pula. So jadi la macam ni...
Perasan tak yang rambut bahagian kiri dah gondol... huhuhu, nak mengamuk pun benda dah jadi. Dah sorok gunting tapi irfan kata nak buat kerja sekolah. Tak sangka pulak lepas siap kerja sekolah, dia gunting rambut si aisyah pulak...
Disebabkan dah nak raya, saya bawa aisyah ke kedai gunting untuk cover rambut yang gondol tu. Alang-alang dah pergi kedai gunting, saya terus suruh potong pendek.
Selalu lupa nak snap gambar bila dah siap gunting rambut. Bila belek gambar raya, kebanyakan gambar aisyah adalah bertudung. Nampaknya tudung dah semakin lekat kat kepala aisyah, alhamdulillah.
Gambar asiyah bersama irfan dan sepupunya. Kira jadi laa kan sebagai kenangan....
Sebagai rekod, ini adalah kali kedua aisyah potong rambut. Kali pertama tahun lepas, juga sebelum raya :)
NuKilaN:
Disebabkan dah nak raya, saya bawa aisyah ke kedai gunting untuk cover rambut yang gondol tu. Alang-alang dah pergi kedai gunting, saya terus suruh potong pendek.
Aisyah yang dah bersedia utk gunting rambut
muka serius jer masa org gunting rambut
masa ni dah hampir nak siap
Gambar asiyah bersama irfan dan sepupunya. Kira jadi laa kan sebagai kenangan....
Sebagai rekod, ini adalah kali kedua aisyah potong rambut. Kali pertama tahun lepas, juga sebelum raya :)
NuKilaN:
Monday, September 5, 2011
kembali bertugas
Semalam, 6 syawal bersamaan 4 September saya dah kembali bertugas. Suasana kampus masih lagi sunyi. Tapi mood nak update blog memang zero. So hari ni gagahkan juga update apa yang patut walaupun banyak tugasan yang menunggu, hihihi :)
Raya tahun ni memang lebih meriah berbanding tahun lepas. Mungkin sebab utama ialah, baby saya dah besar. Hehehe, memang sangat bebas nak beraya ke hulu ke hilir sebab kesemua anak dah boleh jalan. Dan mereka juga sangat seronok untuk pergi beraya. Tak banyak karenah. Tak kisah kena bangun dan mandi awal pagi. Sebelum tidur mesti tanya, "Ummi, esok nak pergi beraya lagi ke?".
Percaya atau tidak, pada hari raya kedua, kami beraya hingga 12 buah rumah. Tu pun tak habis lagi jelajah semua rumah mak sedara. So sesi ziarah menziarah diteruskan lagi pada hari raya yang ketiga.
Tapi, raya ketiga jalan dah mula jammed. Bayangkan, kami bertolak dari Kota Bharu (KB) untuk pulang ke Tanah Merah (TM) ambil masa melebihi tiga jam. Kami bertolak pukul 5.30 petang dan sampai pukul 8.45 malam. Terpaksa singgah di masjid dulu untuk solat Mahgrib. Biasanya kami berulang-alik KB-TM dalam 45 minit jer.
Sebagai mengakhiri entry, saya tempekken gambar raya anak-anak. hari raya pertama kami sedondon dengan baju berwarna kelabu.

aisyah sedang makan kek birthday
irfan pula comot dengan krim dari kek
danish yang cukup susah nak tangkap gambar
bila transfer gambar dalam komputer baru perasan
lupa nak snap gambar anak-anak bertiga
huhuhu
NuKilaN:
Subscribe to:
Posts (Atom)