Showing posts with label TT. Show all posts
Showing posts with label TT. Show all posts

Thursday, January 17, 2019

TT ::: Aina si bam bam

Lagi entry yang diperam lama dalam draft, jadi kita letak dlm TT a.k.a Throwback Thursday.
Rasanya, gambar2 ni saya snap masa cuti bersalinkan Aina 3 bulan.
Sekarang Aina dan nak masuk 3 tahun pun, 31/3/19 nanti.

Tengok lah Aina yang bukan main bam bam suatu masa dulu!

Mata pun nampak sepet kena tarik dek pipi pau.

Muka serius memanjang...

Geram pulak tgk pipi pau Aina ni...

Sekarang dah hilang pun pipi pau dia.
Susah nak snap gambar dia tengok kamera.
Banyak gambar dia dlm phone yg candid lagu ni.. huhuhu

Thursday, February 2, 2017

TT ::: Walker

Hari ni kita ber"TT a.k..a Throwback Thursday" pula...
Nak letak gambar anak2 dalam walker...

Irfan.. 2006
Gambar ni masa saya dengan Irfan duduk kat asrama kolej...
Maklumlah, masa tu masih lagi PJJ dengan abah..
Ummi kat setiu, abah pula kerja kat Kuala Lumpur..
Jadi angkut Irfan duduk asrama.. hihihi, kecik2 dah masuk kolej :)

Aisyah... 2008
Gambar ni pula adalah di rumah sewa di Setiu
Abah dah dapat tukar ke Terengganu bila Aisyah lahir...
Alhamdulillah :)

Danish... 2010
Sebelum Danish lahir, kami dah pindah rumah sekarang.
Alhamdulillah, akhir tahun 2009 dah dapat miliki rumah sendiri..
Masa mula2 balik dari UK, Irfan ada tanya, "Ummi, why you bought a house in the jungle?"
Hehehe, maklumlaa... kawasan rumah kami ni mcm2 binatang ada... ayam, lembu, kambing, kerbau, bangau, burung hornbil, monyet, dan yg paling saya tak suka adlh babi hutan... huhuhu

Aina... 2016
Eh, sepatutnya cakap pasal walker, tapi tercerita pasal rumah pula...
Jadi usia walker yang Aina pakai ni dah sepuluh tahun..
Rasanya masa beli tahun 2006 tu tak sampai pun RM100 sebab beli semasa sale..
Tapi Alhamdulillah, walker ni dah pun berkhidmat untuk keempat empat beradik :)


NuKilaN:
 

Thursday, November 26, 2015

TT ::: Igloo

TT - Throwback Thursday

January 2013

Aktiviti anak-anak buat igloo di Horton Park
 Guna bantuan sledge utk bina dinding
Danish yang rasmikan dulu...
 Dikuti oleh Irfan..
 Last sekali Aisyah... 
Mata berair dan hidung merah rasanya lepas nangis ni... 
Kes berebut nak masuk dalam igloo yang secoet tu... huhuhu

NuKilaN:
 

Thursday, June 25, 2015

Throwback Thursday ::: 3 dan 1

Tarikh: 19/9/2008
Masa ni Irfan 3 tahun, Aisyah baru nak masuk setahun...




NuKilaN:
 

Thursday, December 11, 2014

Throwback Thursday ::: Irfan

Hari Rabu kita ber"WW", hari Khamis pula kita ber"TT"...
Masa Irfan kecil, mana ada blog lagi kan....



Tarikh: 25 Jun 2008
Irfan semasa berumur 3 tahun 10 bulan....
Ada juga video saya rakam masa dia buat projek mandi bedak ni...
Bukan main gelak lagi Aisyah tgk perangai abang dia ni..
Siap sakat abang dia, "This is the best video I ever watched!"...

No, no, no... Tak payah nak buat muka sedih nak tengok video tu...
Rasa macam tak sesuai jer nak publish dekat blog...
Sebab rasa kelakar jer suara si ibu dalam tu.... huhuhu

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails