Showing posts with label summer. Show all posts
Showing posts with label summer. Show all posts

Wednesday, July 1, 2015

Laluan ke universiti

Bila tiba musim panas, laluan pejalan kaki untuk ke sekolah saya sangat meriah.
Mula2 cuci mata dengan buah blackcurrant yang dah mula berbuah.
Tapi kalau tgk pada gambar kat atas, dah ada buah yang kering.
Macam tak berapa menjadi buah blackcurrant tahun ni.
Mungkin sebab cuaca yang agak panas berbanding tahun2 lepas. 
Hari Rabu ni (eh, esok lah tu...), cuaca dijangka mencecah 35 degree celcius.
Panasnya dah nak sama mcm kat M'sia.
Memang bertabah aje puasa dalam cuaca yg panas dan panjang.

Kemudian melintasi pula rimbunan bunga lavendar.

Diikuti pokok gooseberries yang buahnya masih menghijau..
Memang tak sempat nak petik gooseberries masak tahun ni :(

Jalan depan lagi, boleh jumpa pokok epal yang mula berbuah.
Dan yang paling menggoda, tentulah buah stoberi!
Nasib baik bulan puasa, kalau tak saya dah ngap buah yang masak ni!

Tuesday, July 8, 2014

Stoberi milkshake

Musim summer, buat stoberi kat sini sgt2 murah.
Yang ni saya beli lima bekas utk satu pound (dlm RM5+).
Ada kawan kata pernah dapat tujuh bekas utk satu pound.
Murah sgt2.
Mula-mula ingat nak buat jam jer.
Tapi di bulan puasa ni, takut tak laku pula.
Jadi blend buat air milkshake aje la.
Mmg kegemaran budak2 kat rumah ni.
Sekali buat, terus licin.
Minum bertambah-tambah.


Nak juga letak resepi Strawberry Milkshake versi saya.

Bahan-bahan
Buah strawbery (dlm 10 biji)
Susu segar (dlm 2 gelas)
Air sejuk (dlm 2 gelas)
Gula (dlm 5 sudu besar)
*semua sukatan sekadar anggaran - boleh ejas sendiri mengikut selera anak tekak masing-masing.

Cara-cara...
Masuk semua bahan2 dalam blend.
Tekan switch "ON".
Siap!

Nota ummi,
Kat sini takde air tebu, soya atau laicikang utk berbuka.
Stoberi milkshake la jadi pengganti.... sob sob!

Wednesday, July 2, 2014

Tanaman sekitar uni

Epal... lagi sebulan kot baru boleh tuai...
Parsley... habis kering musim summer...
Pokok gooseberry....
Ini buahnya yang belum masak...
Lavender pun ada..
Rosemery... selalu juga petik buat ayam/daging bakar...
Blackcurrant....
Menjawab soalan Dana dalam entry "Currant".

Friday, June 27, 2014

Selamat berpuasa...

Alhamdulillah, kita semua dipanjangkan umur untuk bertemu lagi bulan Ramadhan pada tahun ni.
Semoga kita sama-sama mengambil peluang merebut ganjaran di bulan yang mulia ini.
Tahun ni tahun ketiga kami berpuasa di perantauan.
Kena pula tengah-tengah musim summer, jadi tempoh berpuasa lebih kurang 19 jam.
Insya Allah, semoga segalanya dipermudahkan.

Waktu sahur dan berbuka dari Islam Bradford..


Mohon maaf andai ada salah silap sepanjang perkenalan kita.
Selamat berpuasa buat kawan-kawan walau di mana jua anda berada.
Ahlan wasahlan Ya Ramadhan...

NuKilaN:
 

Saturday, June 21, 2014

Currant

Bila tiba musim summer, banyak lah buah2 summer yang mula berbuah di sekitar universiti.
Biasanya yang menarik perhatian saya buah blackcurrant, tapi label kat uni cuma tulis "currant" jer.
Irfan pun dah beberapa kali mengajak saya datang kawasan uni utk petik buah2 ni.
Tapi belum banyak yang betul2 masak utk dipetik.
Tak sempat kot nak tuai sebelum puasa utk buat air ribena bagi berbuka puasa.
Masih byk yang hijau dari gambar yg saya snap kelmarin...

Ni pokok currant baru yg uni tanam... merah buahnya...
Baru tahu yang ada buat currant merah dan juga hitam..
Ni pokok yang kami selalu petik... memang jenis hitam..
Mana tahu kot2 tahun ni bolah buat aktiviti petik blackcurrant berjemaah lagi macam raya tahun lepas :)

Tuesday, June 10, 2014

Malam Isnin?

Malam tapi masih terang benderang...
Ini la keadaan bila masuk summer. 
Pukul 8 pm masih terang benderang.
Siang yang sangat panjang. 
Hari ni, sunset pukul 9.33 pm dan sunrise pukul 4.36 am.
Waktu siang lebih kurang 17 jam.

Lepas makan malam, budak2 mula merayu nak main kat luar bila cuaca elok macam ni.
Saya pun layankan aje.
Mereka bersorak riang bila saya kata boleh.
Penat juga duk layan komputer berjam-jam.
At least, boleh rehatkan mata dan minda tengok mereka bertiga main kat luar :)

Danish skrang dah pandai kayuh basikal sendiri..
Aisyah pun main basikal jugak. 
Basikal pink rembat dari carboot tahun lepas lagi.
Aisyah masih belum berani naik basikal tanpa dua tayar kat belakang tu.
Pernah tanggalkan, tapi kena pasang semula.

Penat main basikal, dia pun join Irfan main badminton...
Dua orang kat luar pagar lawan seorang kat dalam pagar.
Tgk budak2 main, tiba2 rasa nak join mereka main sekali.
Saya satu team dgn Aisyah, Irfan satu team dengan kawannya, Aliff.
Tapi lawan badminton dgn budak2 dan kawasan terhad mcm ni, tak sempat nak keluar peluh.
Takpe, asalkan budak-budak seronok :)

Monday, March 31, 2014

British summer time

Hari ni jam dipusing satu jam ke depan.

Jadi kami kat UK dah tak guna Greenwich Mean Time (GMT), tapi guna British Summer Time (BST) sehingga berakhir summer nanti. Dengan GMT, Uk dan M'sia berbeza 8 jam, tapi dengan BST kita berbeza 7 jam.

Mungkin ada yg tanya, naper nak kena pusing2 jam ni? Rasanya sebab masa siang semakin beransur menjadi panjang, jadi bila jam dipusing ke depan, maka kita tak perlu nak bangun awal2 sgt diwaktu pagi. Sbg cth, waktu sunrise masa GMT pkl 6 pagi, jadi kalau guna BST, waktu sunrise akan jadi pkl 7 pagi. Jadi just nice la kan? Boleh membuta lama skit... ekkekkee :)

Yang kelakarnya, saya langsung lupa pasal ni. Biasa ada peringatan yang akan dihantar dalam email, tapi email pun tak sempat bukak :(

Dah la hari ni ada jemput kawan datang rumah dalam pukul 11.30 tgh hari. Dengan rileksnya  saya mereneh tulang utk buat sup. Sambil reneh tulang, sambil google resepi dalam handset. Tiba2 mata terpandang jam kat handset. Eh, dah pukul 9.30 pagi, tapi jam kat dinding baru 8.30 pagi. Alamak, mcm mana boleh terlupa yg hari ni kena pusing jam???

Apa lagi, dari masak guna gear 2, terus masak guna gear 5. Mula la kelam kelibut. Sap sap soi, nasib baik sempat juga siap hidang makanan sebelum tetamu sampai :)

NuKilaN:
 

Wednesday, February 12, 2014

WW ::: Vroom vroom...

Bawa kereta @Legoland Discovery Manchester

Muka ceria Irfan..
 Sempat lagi Aisyah jeling masa drive...
 Si adik??
Tak cukup tinggi daa.....

NuKilaN:
 

Monday, July 29, 2013

Tanpa nama II

Bunga tanpa nama lagi....
Tapi cantik utk dipandang dan diabadikan di blog....

Bunga oren...
 Ni cuma bunga rumput tapi cantik, kan?
 Bunga pink..
Bunga belang putih merah...

Yang ni jer saya kenal....
Ni bunga betul tau, bukan bunga plastik :)


NuKilaN:
 

Sunday, July 28, 2013

Gooseberries picking

Selain blackcurrant, anak-anak juga memetik gooseberries. Buah gooseberries yang merah macam ni dah bersedia untuk dituai. Kalau tak merah, rasanya agak masam.
Nak petik gooseberries, kena sangat hati-hati sebab pokoknya yang berduri dan sangat tajam. 
So hanya Irfan dan Aisyah yang diberi kebenaran untuk memetik gooseberries. Danish cuma tengok jer kat luar agar.

Tak banyak pun yang dapat. Dapat lah dalam semangkuk gooseberries.
Rupa buah gooseberries apabila dibelah dua...
Ada juga mommies yang tanya, macam mana rasa gooseberries? Entah la, nak describe macam mana pun tak tahu. Ada orang kata macam buah cermai. Tapi saya rasa buah cermai lagi masam dari buah gooseberries ni. Tapi Aisyah boleh makan buah gooseberries ni dengan muka selamba, tanpa kerut di kening. Dia kata sedap. Lagi merah buah gooseberries, lagi kurang rasa masamnya. Tapi tetap tak rasa manis. So so jer :)

NuKilaN:
 

Saturday, July 27, 2013

Picking time!

Ni sebenarnya aktiviti anak-anak hujung minggu lepas. Kebetulan cuaca cantik dan tak berapa panas, saya pun ajak anak-anak ke universiti utk memetik buah blackcurrant.

Aisyah dengan hasil blackcurrantnya.
 Saya kata kena pilih yang kaler hitam jer. Bukan main patuh lagi dia. Beria pilih satu-satu blackcurrant yang kaler hitam.
Dari segugus blackcurrant ni, Aisyah terus asingkan tangkai dan buah. Cermat betul anak dara ni buat kerja :)

Meh kita tgk telatah Danish pula...
 Jangan harap nak minta Danish posing, langsung tak layan. Sibuk duk picking blackcurrant.
 Baru jer saya nak zoom gambar blackcurrant ni...
 Tiba-tiba ada tangan kecil yang mengganggu....
 Yang tu juga dia berkenan nak picking.
Sekarang kita tgk telatah Irfan pula...
 Jumpa tak cari mana Irfan?
 Sampai ke tengah Irfan cari.
Nasib baik Irfan sporting bila disuruh posing.

Banyak juga hasil yang mereka dapat. Masing-masing dengan plastik sendiri, maka semua sekali ada tiga plastik. Yang Irfan paling banyak sebab dia picking sekali dengan tangkai (Danish pun sama). Jenuh juga nak mengasingkan tangkai dan buah bila balik ke rumah.

Alhamdulillah, sepanjang minngu ni memang dapat berbuka dengan homemade air Ribena :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails