Wednesday, July 1, 2015

Laluan ke universiti

Bila tiba musim panas, laluan pejalan kaki untuk ke sekolah saya sangat meriah.
Mula2 cuci mata dengan buah blackcurrant yang dah mula berbuah.
Tapi kalau tgk pada gambar kat atas, dah ada buah yang kering.
Macam tak berapa menjadi buah blackcurrant tahun ni.
Mungkin sebab cuaca yang agak panas berbanding tahun2 lepas. 
Hari Rabu ni (eh, esok lah tu...), cuaca dijangka mencecah 35 degree celcius.
Panasnya dah nak sama mcm kat M'sia.
Memang bertabah aje puasa dalam cuaca yg panas dan panjang.

Kemudian melintasi pula rimbunan bunga lavendar.

Diikuti pokok gooseberries yang buahnya masih menghijau..
Memang tak sempat nak petik gooseberries masak tahun ni :(

Jalan depan lagi, boleh jumpa pokok epal yang mula berbuah.
Dan yang paling menggoda, tentulah buah stoberi!
Nasib baik bulan puasa, kalau tak saya dah ngap buah yang masak ni!

8 comments:

  1. syok nyer kak... tak pyh pi paso tepi2 jln pi uni akak dh ada mcm2 buah yek...

    ReplyDelete
  2. bestnya...semua nampak fresh...:)

    ReplyDelete
  3. Ceria dan segar pemandangan sepanjang jalan kat situ ya.. alhamdulillah musim baik nampaknya tu.. buah2 mula masak bunga2 nampak merimbun.. hai makin terasa agak sayu bila dah nak balik kan.. ke happy sangat tak sabar nak balik tu?

    ReplyDelete
  4. Wah seronoknya belajar tempat macam ni. Macam-macam boleh tengok.

    ReplyDelete
  5. Kira kalau masa berbuah tu, memang mewahlah memetiknya ketika on the way nak ke universiti ya, Nur ~_^

    Kalaulah saya, memang habis dah buah epal dan strawberi ni saya kerjakan!

    ReplyDelete
  6. Pergh....panas jugak rupanya kat sana. Kat Malaysia sekarang ni mmg panas, kalau ye tak ye mau curi curi minum air paip hihi...... Bertabahlah kawan, next yer dah pose kat Malaysia kan.....

    Petiklah Bijen makan buka pose nanti

    ReplyDelete
  7. Uwaaaaaa..... ini lah yg akan dirindui.... gambar2 cantik cm gini di bradford...

    ReplyDelete
  8. seronoknya sepanjang jalan tu dapat tengok poko buah2han yang segar dan menarik

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails