Showing posts with label kehamilan. Show all posts
Showing posts with label kehamilan. Show all posts

Tuesday, July 17, 2018

Sambutan ringkas: Aina 2 tahun

Salam mommies...

Lamanya tak update blog.
Last entry cerita pasal birthday Aina yang dia celebrate kat Taska.
Abang2 dan kakak Aina beberapa kali juga duk tanya bila nak celebrate kat rumah.
Selepas bertangguh lebih dua bulan, baru sempat nak potong kek.
Huhuhu, kesian kat dia.

Jadi hari ni, kita update dulu gambar Aina potong kek sempena hari lahirnya yg kedua.
Aina yang dah big girl.. Budak banyak cakap ni :)
Danish yg suka sangat nyakat Aina..
Sekarang ni bukan senang nak snap gambar mereka berempat...
Aina dengan kek Fozen.
Dia dah kena demam "Let It Go."

Cukup la tiga gambar untuk entry ni.
Gambar raya, entah bila boleh update.
Mood masih lagi lemau.
Tengok la, kot2 bila cuti bersalin nanti rajin sikit update blog.
Ya, jangan terkejut.
Adik baby dah pun 38 weeks.
Orang kata, dah sampai masa... tunggu masa jer utk sambut orang baru.
Doakan saya yer..
Semoga dipermudahkan urusan untuk bersalin nanti :)

NuKilaN:
 

Wednesday, April 27, 2016

WW ::: Scan 4D







Entry yg dah lama dalam draf...
Rasanya saya scan masa baby 32 weeks..
Nak publish juga buat kenangan ;)

NuKilaN:
 

Wednesday, March 30, 2016

Minggu ke 37

Minggu ni kandungan dah masuk minggu yang ke 37.
Haih, debaran makin terasa.
Perasaan yang sangat bercampur baur.
Maklumlah, dah enam tahun baru nak rasa semula pengalaman bersalin.
Banyak yang dah lupa.
Kena banyak lagi gali ilmu dari buku, majalah dan juga internet.

Bulan lepas lagi saya dah apply cuti bersalin.
Bermula dari minggu ke 38, saya dah mula cuti bersalin... iaitu minggu depan dah officially on maternity leave :)

Kali ni saya apply cuti bersalin untuk tiga bulan.
Jadi akan masuk kerja semula awal bulan 7 nanti.
Tapi rasanya, terus sambung dengan cuti raya.
Nampak gayanya, lepas raya baru back to office.
Masa tu student pun dah bercuti panjang :)

Dalam happy nak bercuti tu, rasa sedih juga nak tinggalkan anak2 didik yang diajar semester ni :(
Kebetulan semester ni dapat bilik kuliah yang ekon tak berapa sejuk...
Dalam tiga ekon yang ada dalam kelas, hanya dua ekon yang berfungsi...
Dah la yang tak berfungsi tu ekon kat depan sekali, iaitu ekon utk tenaga pengajar...
Memang bertabah jer mangajar dalam kelas tanpa ekon yg cukup sejuk...
Nasib baik kelas pagi (jam 8-10), jadi tak de la rasa membahang sangat...

Tapi malangnya minggu ni, semua ekon dalam kelas tu tak berfungsi...
Baru 15 minit mengajar, satu badan dah basah...
Tiba2 ada student hulurkan kipas kecil kat bawah ni...
Masa dia hulur tu, rasa terharu sgt2....
Dapatlah mengajar dengan selesa sikit hingga habis waktu :)
Apa-apa pun, itu laa kelas terakhir untuk semester ni...
Harapnya masalah ekon ni dapat diselesaikan dengan segera.

Esok hari last punch card...
Hehehe, mmg tak sabar juga sebenarnya nak rehat sementara tunggu baby dalam perut ni keluar :)
Doakan semoga proses bersalin nanti dipermudahkan oleh.Nya.... amin!

Tuesday, January 5, 2016

Boy or girl?

Soalan yang orang kerap tanya bila jalan dengan perut yang ke depan... Boy or girl?

Hari ni juga buat check up baby kat Klinik Kesihatan.
Pantas juga servis kat KK skrang sbb daftar pkl 8, pukul 8.45 dah siap check up.
Baby dah masuk 25 minggu.
Biasanya kalau baby dah masuk 25 minggu, dah boleh tahu jantina baby.
Boleh la nak mula shopping barang baby sikit2.
Tapi tiap kali scan (dah 4 kali scan), belum dapat tgk jantina baby.
Nampak gayanya kena beli semua set putih aje atau kalerful terus :)

Tapi kalau berdasarkan jadual kat bawah ni, expected baby girl :)

Ada masa, nak cuba juga kaedah soda bikarbonat tu.


NuKilaN:
 

Monday, December 7, 2015

Buku pink

Insya Allah, pertengahan April tahun depan kami bakal berenam :)
Semalam, 6 Dis baru sempat buat buku pink.
Kandungan dah masuk 21 weeks.
Nasib baik tak kena bebel sebab lambat buka buku pink :p

Sebenarnya dua minggu lepas saya dah ke klinik desa yang terdekat.
Tapi kata nurse yang bertugas, skrang saya kena buat check up kat klinik kesihatan berdasarkan alamat tempat tinggal.
Untuk buka buku pink tu, kena datang awal pagi Ahad atau Selasa sahaja.
Kebetulan setiap hari Ahad saya ada meeting atau kena hadiri bengkel.
Hari Selasa pagi pula memang ada kelas.

Kalau ikutkan, kelmarin pun ada bengkel juga.
Tapi minta juga keizinan boss utk pergi klinik kesihatan dan buka buku pink.
Kebetulan hubby pun sedang cuti sekolah, jadi boleh la bermanja minta dia hantarkan.
Seawal pukul 7.30 pagi dah keluar dari rumah.
Ambil nombor dan dapat giliran yang pertama :)
Masa ni sedang tunggu untuk jumpa doktor.
Dalam pukul 10 pagi baru siap check up.
Alhamdulillah, kandungan HB, tekanan darah dan baby juga dalam keadaan yang baik.
Lagi dua minggu kena repeat scan sebab saya dah lupa bila tarikh last period... huhuhu.
Doakan semoga baby sentiasa sihat :)

Related Posts with Thumbnails