Showing posts with label catatan ummi. Show all posts
Showing posts with label catatan ummi. Show all posts

Monday, May 15, 2017

Ummi

Ibu yang saya panggil ummi..


Walau siapa pun kita,
Walau sehebat mana pun kita,
Walau berjaya setinggi langit pun kita,
Ia datang dari doa dan restu dari insan yang melahirkan kita,
Doa seorang IBU...

Terima kasih ummi besarkan kami lapan beradik dengan penuh kasih sayang..
Gambar: Ummi dikelilingi anak dan cucu.. Cucu dari lima orang anak...

Ya Allah, ampunilah segala dosa ibuku,
Kasihilah ibuku sebagaimana mereka mengasihi kami sedari kecil...

Dah hampir sepuluh tahun ummi diuji dengan penyakit stroke.
Dari badan yang berisi, sekarang makin kurus.
Semoga Allah berikan kekuatan kepada ummi atas ujian kesihatan yang ummi lalui.

Kami sayang ummi.
Tak pernah tak sayang :)

NuKilaN:
 

Monday, May 8, 2017

Bila boleh beri anak2 smartphone??




Sumber dari sini..

Irfan dah lama merengek nak smartphone.
Tapi setakat ni dia masih lagi ok bila saya kata tak perlu.
Nanti boleh tunjukkan artikel ni pada dia.

Apa pula pendapat mommies: Umur yg sesuai utk hadiahkan anak smartPhone?


NuKilaN:
 

Wednesday, March 29, 2017

Hari Keluarga Nik Yaacob 2017

Program keluarga kami sempena cuti sekolah lepas.
Tak de la plan beria, tapi tak sangka dapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Antara aktiviti sukaneka: tiup belon hingga pecah.
 Ni pula aktiviti makan epal hingga habis...
 Seterusnya lumba lari kanak-kanak dan dewasa..
 Aktiviti yang paling happening... bola sepak 10 sebelah... hehehe, dari umur yg paling cilik hingga umur yang paling "byk" boleh join...
 Aktiviti bebas... berkubang dalam pasir...
 Aktiviti wajib... kutip gula-gula sebanyak mungkin...
 Anak-anak arwah Nik Yaacob... iaitu adik beradik sebelah ummi saya...
Ummi yang duduk atas wheelchair akibat stroke... Tapi tetap turun Terengganu untuk beri sokongan...

Sebenarnya adik beradik ummi yang masih ada ialah 9 orang... Ummi anak yang kedua..
Dari kiri: Ayah Cik (bongsu), Cik Ngah, Cik Long (sulong), Cik Rah, Cik Yah, Ayah Soh dan Acik.
Yang tak dapat hadir atas kekangan tugas, Ayah Li yang merupakan imam. Cuti sekolah ramai yang nak kawin, jadi tok imam tak dapat cuti... hihihi, tapi anak2 ayah Li tetap datang dengan umminya (Cik Dah) untuk menjayakan majlis :)

Ni dah nak balik...
 Tak boleh lama-lama di tepi pantai musim strok haba ni...

Keluarga besar kami... 27 dewasa, 28 kanak-kanak...
Insya Allah, yang tahun depan punya family dah mula dirancang.
Semoga dipermudahkan oleh Nya...


NuKilaN:
 

Wednesday, February 22, 2017

Cedera diri sendiri....

... tanpa sengaja 😭

Hasilnya...
Nak tutup bonet kereta, terlepas bonet atas hidung sendiri...
Huwaa, masa kena tu sakit campur bengang yg amat.
Beberapa minit juga tahan nafas, tahan sakit sebelum sakit tu sikit reda.

Kena petang, malam sblm tidur luka belum kering lagi.
Bangun pagi ni, masih ada lg luka yg belum kering.
Masih kena letak plaster sblm solat subuh.

Datang kerja pagi ni, takde la pakai plaster. 
Kang, pelik pula org tengok.
Bila pakai plaster semlm pun Aisyah kata, "ummi ni mcm Mr Bean la pakai plaster mcm tu"... Uhuk uhuk...

Tiap kali jumpa dgn rakan sekerja, mesti mereka tegur, "eh, kenapa dgn hidung tu?"
Pengasuh Aina pun tanya soalan yg sama.

Sebenarnya ni kali kedua hidung saya injured.
Kali pertama, botol air mineral sebesar 1.5 liter terjatuh dari tempat simpan barang di bhgn atas bas.
Masa bas belok, botol tu terjatuh dan tertimpa batang hidung saya.
Tempat yg sama, rasa sakit yg sama... Cuma luka tak dalam seperti yg kena pada kali ni.

Wednesday, February 15, 2017

Dugaan hari ni

Hari ni ada senaman pagi bersama dgn pelajar2.
Mulakan semester baru dengan aktiviti sihat.

Semua berbaju oren...
Dato dekan yg kaki selfie..
Selfie lagi...
Lepas senamrobik, disediakan makan pagi.
Lepas makan, masing2 mula beredar untuk kembali ke pejabat.

Tiba jer kat kereta, perasan yg tayar kereta pancit.
Ah sudah, mula la ada rasa cemas.

Nasib baik masih ada rakan sekerja di kawasan sekitar.
Mereka la yg cuba selongkar kereta dan jumpa pam angin.
Lepas pam angin, terus pandu kereta ke bengkel tayar yg terdekat.


Rupanya pancit akibat terpijak paku... 
Alhamdulillah, lega bila dah siap tampal :)

Wednesday, October 19, 2016

SUKIM 2016

SUKIM: Sukan Informatik dan Matematik...
Kejohanan sukan tahunan yang melibatkan pelajar dan staf peringkat pusat pengajian.
Tahun ni kejohanan SUKIM ketiga yang dianjurkan...
Kira, ni baru first time saya join SUKIM...

So sepanjang minggu lepas, tiap kali lepas balik kerja terus angkut anak2 ke gelanggang untuk beri sokongan kepada player SUKIM.
Tak dapat main pun tak apa, janji dapat meriahkan suasana dengan beri sokongan :)

Saja nak tempek gambar2 yang dapat dari group wasap...

Player bola jaring...
Player bola tampar...
Player bola tampar jugak...
Sengit sungguh perlawanan antara team staf  dan team pelajar...
Tapi tewas juga dengan mata 19-21...

Team futsal..
Team pingpong...


Team badminton...

Aina belum kenal orang lagi... 
Sapa2 jer boleh dukung dia..
Senang keje ummi, boleh fokus pada game :)

Tengok ha, siap bawa meja piknik lg...
Kaum ibu pun angkut juga baby2 ke gelanggang...
Masa main, take turn la utk jaga baby...
Baby pun faham dan well behave bila mummy kena main :)

Tgk mak ayah main, anak2 pun asah bakat juga belakang court...
Aisyah ralit betul tgk game badminton...
Aisyah juga macam ada bakat nak jadi gol shooter, GS...
Sementara game rehat, Irfan dan danish ambil peluang utk main ping pong..
Aina juga tak lepas peluang utk beriadah...
Hujung minggu ni ada majlis penutup utk SUKIM...
Tiap2 hari minggu ni anak2 tanya, "Ummi, bila lagi nak pergi bersukan kat uni?"
Ha, seronok sangat la tu dapat main...
Padahal minggu ni dah mula exam akhir tahun...

Monday, October 10, 2016

SKSM24

Alhamdulillah, akhir Ogos lepas berakhir sudah event yang dirancang sejak dari bulan Mac yang lalu.
Banyak saya belajar dari penganjuran SKSM kali ni.
Pengalaman yang sangat bermakna dalam tahun 2016 - belajar 1001 gelagat dan karenah manusia.
Ia minggu yang sangat penat.
Penat fizikal dan mental.
Tapi dengan sokongan dari kawan-kawan dan ahli keluarga, semuanya dapat diatasi dengan baik.
Yang baik dijadikan tauladan, yang tak baik dijadikan sempadan :)

Walau seminar cuma diadakan di Kuala Terengganu, ambil juga bilik hotel untuk memudahkan urusan.
Malas nak bersesak dengan jammed di waktu pagi dan waktu petang.
Jarak rumah kami ke KT boleh tahan juga jauhnya.
Sebab tu, kami jarang sangat nak jalan2 ke bandar KT.
Pasar Payang pun tak pernah jejak kaki lagi sejak balik ke M'sia ni... huhuhu

Tapi sebab lain yang buatkan saya pilih juga untuk bermalam di hotel adalah kerana si kecil Aina ni...
Dalam sibuk uruskan seminar, jadual mengepam pun dah lari.
Bila jadual mengepam ke laut, kuantiti stok yang ada semakin defisit dari hari ke hari.
Jadi sepanjang seminar tu, angkut juga la si kecil Aina join seminar sekali...

Ni masa hari ketiga, Danish mengasuh Aina sepanjang seminar tu...
Sporting jer Danish mengasuh Aina dalam stroller tu...
Keliling lobby tu dia cuba tidurkan Aina dalam stroller...
Kalau Aina nangis, kadang2 Danish berzikir... kadang2 Danish baca surah2 yg dia dah hafal... 
Tak diam juga, ada ke patut Danish azankan adik dia... hihihi

Saya pun kena juga present paper, jadi agak kalut siapkan slide utk presentation. Ada pula yang gi snap gambar ni... 
Aina pun ralit jer tgk saya sedang buat slide...
Tapi ramai jer yang membantu mengasuh Aina masa hari kejadian...
Ni pun antara gambar yang nak buat kenangan jugak...

Hahaha, sebelah tangan mengasuh Aina.. sebalah tangan lagi main tepon..
Aina pun bukannya kisah sgt orang tak layan dia...
Janji ummi dia ada depan mata :)

Hari last seminar baru sempat ambil gambar anak2 sebelum mereka ke sekolah...


Masa ni jam 6.45 pagi... Semua dah ready nak ke sekolah..

Akhir sekali...
Nak letak juga gambar kenangan bersama kawan2 yang bersama-sama menjayakan majlis ini, pegawai2 UMT dan orang2 kuat PERSAMA...
Gambar Ihsan: MediaKreatif UMT

Sekian.

**SKSM24: Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-24

Thursday, May 26, 2016

Pengalaman bersalin baby Aina *Part 1*

Pagi ni buka komputer sebab nak buat slide.
Duk baca artikel berkenaan, tapi mood tak dapat.
Jadi buka la blog dulu.
Mana tahu, idea nak buat slide datang mencurah lepas ni :)

Tengok pada tajuk, siap ada part lagi.
Ha, memang panjang nak tulis pasal pengalaman bersalin kali ni.
Pengalaman ke-4 yang cukup berbeza dengan kakak dan abang2.
Tapi memang setiap pengalaman bersalin tak sama.
Rasanya yang pengalaman bersalin Irfan dan Aisyah dah tulis kat blog ni.
Cuma pengalaman bersalinkan Danish yang belum sempat tulis lagi.
Kira tak ape kot, baby Aina potong que yer Abang Danish... hehehe..
Bukan apa, ummi takut nanti lupa!

31 Mac 2016
Jam 8.00 pagi
Pagi ni sampai ofis macam biasa. Lepas hantar anak-anak ke sekolah, terus masuk office. Sangat eksited punch in sebab hari ni merupakan hari terakhir punch in sebelum cuti bersalin pada minggu depan.

Pagi ni juga ada mesyuarat school pukul 9. Sebelum pergi ke mesyuarat, terfikir nak buat surat permohonan untuk dapat female doctor bila bersalin nanti. Baru jer taip alamat dan tajuk surat, kawan dah datang ketuk bilik untuk pergi meeting. So, cepat2 ke bilik meeting secara berjemaah :)

Dah la bilik meeting tingkat tiga, jadi panjat la tangga ke tingkat tiga. Masa naik tangga tu ada kawan tegur, "Eh, gagah lagi akak naik tangga. Tak nampak penat pun. Saya yg mengandung lapan bulan ni dah rasa semput."

"Memang la kena semangat. Ni kan meeting terakhir sebelum cuti tiga bulan."

Ya, memang pagi tu rasa sihat dan bertenaga lain macam. Hormon happy sebab tak sabar nak cuti agaknya :)

11.00 pagi
Seperti biasa, lepas meeting ada la makan-makan sikit. Kebetulan pagi ni dihidangkan mee goreng basah yg super sedap, keropok dan air teh. Makan sampai bertambah sebab mee yg marbeles tu :)

Masa makan tu, tiba2 datang idea spontan. Terajak kawan pergi Baby Fair yang akan berlangsung tiga hari. Kalau pergi hujung minggu, sah2 orang ramai. Jadi saya cuma bergurau dengan CT cakap nak ke baby fair. Tak sangka dapat respon positif. Jadi kami terus message husband masing2 minta izin.

Lepas makan, pergi office check surat. Sempat la sembang dengan beberapa staf office. Inform mereka yg saya akan mula cuti bersalin. Akan jumpa semula lepas raya nanti. Jangan pula rindu-rinduan... usik saya. Alang2 tu, sempat la kami bermaaf maafan. Dah macam gaya nak raya pun ada :)

1.00 petang
Tiba di baby Fair. Lepas parking kereta, nampak orang minum air kelapa. Apa lagi, terus cari kedai air kelapa. Alhamdulillah, nikmatnya dapat minum air kelapa dalam cuaca yang panas.

Tanpa berlengah terus ke dewan pameran Baby Fair. Masuk jer, nampak orang sedang beratur nak redeem door gift. Alang2 que tak panjang, kami pun join beratur juga. Lepas dapat kupon door gift, kami pun mula berjalan di booth yang terhampir.

Saya rembat 3 helai baju baby di booth yang pertama. Booth yang kedua tak beli apa2. Berkenan kat bantal baby, tapi harga macam agak mahal. Then beredar ke booth yang ketiga. Kedai yang jual barangan untuk ibu dan bayi. Di booth tu, saya berkenan dengan tungku herba. Jadi rembat la satu tungku herba.

Lepas jer bayar tungku herba tu, kami nak beredar ke booth yg seterusnya. Tiba-tiba terdengar satu bunyi, "Pop!". Argh sudah, terasa kaki basah dan tengok kat bawah lantai ada air jernih bertakung. Saya terus pegang tangan CT dan cakap, "CT, air ketuban dah pecah!"

Nasib baik kawan saya bukan jenis yang panik. "Takpe kak, kita ke INTAN skrang."

Jadi beredar la kami dari baby Fair ke kereta. Bila sampai kat kereta baru contact hubby, maklumkan yang mungkin dah nak bersalin. Yang kelakarnya, suara hubby macam blur jer bila saya beritahu yg air ketuban dah pecah. Kebetulan hubby pula terlibat dengan perkhemahan sekolah. Kira dekat sikit tempat perkhemahan tu dengan rumah.

Beg baby saya dah lama siapkan. Cuma beg saya yang asyik bertangguh jer nak buat. Jadi pesan la kat hubby supaya siapkan beg untuk saya sekali. 

Tapi, sampai di INTAN, doktor kata dia tak berani ambil kes saya. Kena rujuk ke hospital besar HSNZ juga. Kenapa? Kita sambung dalam entry lain la pula yer...

Belanja satu gambar Aina yang makin montel!


INTAN: Pusat Perubatan Intan, klinik bersalin swasta

Sambungan Bahagian 2.

NuKilaN:
 

Tuesday, January 19, 2016

Jamuan penghargaan

Kisah kelmarin, hari Ahad pembuka minggu

Buat pertama kalinya, kami menerima jemputan dari seorang bapa bekas pelajar untuk mengadakan jamuan penghargaan.
Masa saya terima email tu, tanpa buang masa saya terus reply email utk hadir ke majlis tersebut.
Kenal atau tidak pelajar berkenaan itu soal yang kedua, yg penting rezeki jangan ditolak :)

Jadi waktu lunch semalam, kami ke tempat yang dijanjikan.
Tak jauh pun, dalam 5 minit dari pejabat.
Masuk jer ke restoren, perut mula merasa lapar tengok lauk2 yang dihidangkan.
Majlis dimulakan dengan ucapan Dato dekan.
Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan dari bapa pelajar yang belanja kami semua...
Lepas makan, ada juga sesi bergambar beramai-ramai.
Saya ingatkan saya tak sempat ajar pelajar berkenaan, tapi katanya dia juga bekas pelajar saya.
Sempat la ajar dia sebelum saya fly ke UK.
Apa-apa pun rasa terharu juga bila diraikan dalam majlis sedemikian.
Apatah lagi, bila tengok anak didik yang sudah berjaya :)

Sunday, August 2, 2015

Allah lebih menyayanginya..

Saya pernah buat entry pasal kak Husna.
Walau ramai yang sayang pada kak Husna, tapi Allah lebih menyayanginya.
Kak husna telah menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Khamis lepas selepas dua minggu berada di hospital LGI, Leeds.
Terbaca post di Doctorate Support Group (DSG) berkenaan arwah.

Alhamdulillah, saya sgt terharu bila mendapat tahu yang urusan membawa balik jenazah berjalan dengan lancar.
Bila orang baik ni, pengakhirannya juga sangat baik.
Allah buka hati-hati insan sekeliling untuk membantu.
Esok jenazah akan tiba di KLIA dan terus dibawa ke Pulau Pinang untuk dikebumikan.


Bila baca kawan2 duk update pada arwah, hati terus rasa sebak.
Semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah....

Nota ummi,
Agaknya mcm mana pula "pengakhiran" kita nanti? Semoga kita semua juga kembali kepada-Nya dalam husnol khotimah.. Amin amin amin... 

Monday, July 13, 2015

Perjalanan pulang

Alhamdulillah, hari ni dah seminggu lebih kami berada di Terengganu.
Berada di negara sendiri semestinya sangat bahagia.
Tambah tambah lagi di bulan Ramadhan bila dapat berbuka bersama-sama keluarga dan rakan taulan.
Macam2 juadah yang dah lama tak sentuh, dihidangkan di depan mata.
Alhamdulillah, syukur..
Dan semestinya tak sabar nak sambut Aidilfitri bersama keluarga setelah tiga tahun beraya di perantauan :)

Sebagai warming up entry, nak letak gambar anak-anak dan sedikit catatan sepanjang perjalanan pulang dari UK ke Kuala Terengganu sebagai kenangan...

Anak2 posing dgn Aufa sebelum Aufa ke sekolah...
Kami berjiran selang beberapa rumah...
Sebenarnya Aufa datang rumah nak berikan kad utk Aisyah sebelum dia ke sekolah...
Lupa pula nak snap gambar kad yang Aisyah pegang tu..
Alahai, sayu pula bila baca kad tu...
Insya Allah, panjang umur Aufa boleh jumpa dengan Aisyah kat M'sia pula...

Di airport manchester sementara tunggu abah check in barang... 
Nasib baik tak lebih muatan.. 
Ingatkan 150kg tu banyak (30KG x 5 orang), tapi jenuh juga nak packing barang biar cukup KG..
Bukan apa, bila tgk pengalaman kawan2 yang lepas, banyak juga kena denda bila lebih KG..
Kalau tak silap kena charge dalam GBP30 untuk setiap KG yang lebih..
Tu yang kami timbang betul2 supaya tak terlebih KG...
Yang terlebih terpaksa shipping kemudian..
Alhamdulillah, sangat lega bila proses check in berjalan lancar...

Dalam flight Emirates dari Manchester ke Dubai...
Aisyah dan Irfan duduk sekali sambil layan games dan juga movies...
Memang mereka tak tidur sepanjang perjalanan yang mengambil masa 7 jam...
Begitu juga dengan danish yang ralit melayan kartun hingga sampai ke Dubai...

Gambar di Dubai tak sempat nak snap...
Kami sampai Dubai dalam pukul 12 tgh malam dan flight ke KLIA pukul 2.30 pagi...
Transit kat Dubai dalam 2 jam lebih sangat convenience...
Cukup masa untuk bergerak ke "boarding gate", security check dan juga selesaikan "hajat" mana yang patut...
Tapi terkejut bila beli air mineral kat Dubai yang berharga 10 dirham..
Tapi disebabkan saya tak de duit dirham, duit pound juga diterima...
Untuk 10 dirham tu, melayang juga dua pound...

Flight dari Dubai ke KLIA juga ambil masa dalam 7 jam...
Dalam flight kali ni baru anak-anak saya suruh tidur agar mereka tak meragam bila sampai KLIA nanti..
Ni gambar bila sampai di KLIA...
Irfan pula hidung dia berdarah, bila flight touch down kat KLIA, 
Kalut cari tisu untuk stopkan pendarahan..
Saya minta bantuan anak kapal utk dapatkan tisu kepada Irfan..

Finally, home sweet home... selamat tiba di airport Terengganu...
Danish posing dgn 9 luggage yang pelbagai saiz :)
Related Posts with Thumbnails