Seawal pukul 9 pagi kami dah berada di Bradford Interchange untuk menaiki train ke Leeds pada pukul 9.20 pagi. Train kami dari Leeds ke London adalah pukul 10.05 pagi.
 |
| kami dihidangkan dengan pemandangan yg sangat cantik sepanjang perjalanan menaiki train |
 |
| Aisyah yg ralit melihat bunga kuning sepanjang jalan |
Selepas dua jam lebih perjalanan (kalau tak silap, 2 jam 10 minit), kami tiba di London King Cross. Terus cari underground untuk ke Travelodge. Di underground, saya beli Oyster Card untuk memudahkan perjalanan kami menaiki bas dan train sepanjang di London.
Dalam pukul 1.15 petang, kami dah tiba di Travelodge City Centre (Moorgate). Waktu check in adalah pukul 3 petang. Untuk check in awal, kena bayar GBP10. So bayar aje la dari pada duk mengangkut beg2 tu ke hulu ke hilir.
Masuk bilik, makan dan solat. Kami keluar lagi dalam pukul 3 petang. Naik train underground dari Moorgate ke Bayswater untuk ke M'sia Hall.
Bila di M'sia Hall, terasa perut masih lagi kenyang. Tambahan masih ada bekalan nasi yang dibawa dari rumah untuk malam nanti. Maka kami terus menapak ke Kensington Park.
Lama juga kami di Kensington Park. Saja biarkan anak-anak enjoy themselves sambil mengejar tupai, main bubble balloon, mengejar merpati dan beri makan kat swan. Boleh la saya memerhati dari jauh sambil menghilangkan penat.
 |
| Muka happy dapat ke park |
 |
| Danish dgn bubble balloon |
 |
| Cantik cuaca dan ramai betul orang kat Kensington Park |
 |
| Mereka bertiga sedang beri makan kat swan |
Bila dah hilang penat, kami menapak ke Italian Garden pula. Italian Garden ni masih lagi dalam kawasan Kensington Park.
Di Italian Park, anak-anak tetap tertarik dengan burung2 merpati.
 |
| Bukan main bersungguh mereka cuba tangkap merpati2 tu |
 |
| Susah betul nak snap gambar mereka bertiga |
Dari Italian Garden, anak-anak ternampak playground. Apa lagi mereka terus berkejar ke sana.
 |
| Danish beratur nak naik slide |
 |
| Aisyah dan Irfan bereksperimen dgn wobbling bridge |
Lama juga mereka main kat playground tu. Semua mainan mereka nak cuba. Kami cuma layankan jer sambil rehat kat bangku yang disediakan.
Penat main, kami terus menapak ke stesen underground yang terdekat. Banyak lagi tarikan lain di sekitar Kensington Park rupanya, tapi hari dah semakin senja dan kaki pun dah rasa macam nak tercabut. So snap gambar aje la bagi kawasan yg tak sempat jelajah :)
 |
| Melintasi Diana Memorial Fountain |
 |
| Tanda siap2 utk ke Science Museum pada hari kedua |
 |
| Menyusuri subway di South Kensington untuk balik ke hotel |
Tiba di hotel, mereka mandi, makan dan terus tidur. Recharge energy untuk hari yang kedua pula :)
Nota ummi,
Untuk trip ke London kali ni, kami lebih lakukan aktiviti santai bersama anak-anak. Saya pun tak tetapkan tempat mana nak pergi. Cuma terjah mana yang ada depan mata, sebab tu anak-anak lebih seronok sebab tak terlalu penat untuk mengejar masa - belajar dari pengalaman trip ke Paris dua bulan lepas :)
NuKilaN: