Showing posts with label cuti cuti Paris/Disneyland. Show all posts
Showing posts with label cuti cuti Paris/Disneyland. Show all posts

Thursday, April 25, 2013

JJD6 ::: Disney Dreams Spectacle

** JJD6 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 6

Dalam pukul 5.30 petang, dah tak berapa ramai orang kat Walt Disney Studio (WDS). Maklumlah pukul 6.00 petang, WDS akan ditutup. Lepas tu kami terus menapak ke Disneyland Park pula.

Kali ni baru kami berpeluang ke dua bahagian lain di Disneyland Park iaitu Frontierland dan Adventureland sementara menunggu majlis penutup, iaitu Disney Dreams :)

Tapi disebabkan hujan, banyak juga ride yang dah tutup. So tanda siap2 ride mana yang patut naik untuk hari yang kedua. Pukul 7.30 malam, kami dah bersedia sedia di depan Sleeping Beauty Castle. Memang masa tu dah tak larat nak jalan. So lepak atas bangku sambil anak-anak buat drawing dan main games.

Tak lama lepas tu, hujan turun lagi. Tapi tak lebat sangat. Nasib baik ada bawa payung untuk berteduh. Saya tanya en suami, "Hujan ni, nak tunggu tak?". Dia jawab, "Tunggu aje la, dah alang2 tunggu.".

Tepat jam 8, pertunjukkan pun bermula. Walaupun hujan mula turun renyai-renyai, ia tak mematahkan semangat kami untuk tunggu hingga ke akhir persembahan. Apa yang saya boleh rumuskan, the show was very awesome. Kalau tak percaya, cuba tgk video ni...


Ada juga snap beberapa gambar masa show. Tapi tak berapa cantik sebab hujan. Nak setting kamera pun tak pandai. Tapi nak tempek juga kat blog sebagai kenangan.

Bersedia untuk persembahan
Masa ni hujan dah mula renyai-ranyai
Peter pan sedang berinteraksi
Selain bunga api, persembahan diserikan dengan pancutan air

memang terkejut bila tiba2 jer air memancut dan nampak bunga api yang sgt cantik :)
Sleeping beauty castle bertukar-tukar jadi mcm2 kaler dan rupa
Penutup persembahan....

Selain gambar, en suami juga ada rekodkan video. Berkali-kali Danish minta mainkan video tu. Memang rasa tak puas nak tengok. Tiap kali lepas tgk video, mesti dia ajak ke situ lagi. Yang tak tahan tu siap kata, "Jom la ummi.. pleaseeee!" (sambil buat muka betul2 kesian).

Show habis pukul 8.30 malam. Lepas tu terus jalan balik hotel. Ingatkan anak-anak terus tidur sebab sangat penat. Tapi mereka minta juga nak dinner. Lepas mandi dan makan maggi, dalam pukul 10 semua dah tidur.

NuKilaN:
   

Monday, April 22, 2013

JJD5 ::: Show di Walt Disney Studio Park

** JJD5 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 5

Dalam entry JJD4, baru perasan yang saya tertinggal satu show iaitu Stitch Live (lepas show tu baru kami tengok Disney Parade). Biasa saya tulis entry berdasarkan gambar. Disebabkan satu pun gambar tak snap gambar masa Stitch Live, tu yang terus lupa. Memang tak dibenarkan ambil gambar masa dalam studio, tapi search dalam Youtube, ada pula orang yang share video tu. So saya nak tempek kat blog buat kenangan....

Masa show tu, semua kanak-kanak dibenarkan duduk di depan skrin. Saya letak juga Danish kat depan, tapi dia tak nak. So hanya Irfan dan Aisyah join duduk kat depan.
Print screen dari Youtube

Anak-anak sangat terhibur tgk Stitch berinteraksi dengan para penonton. Telatahnya yang bersahaja sangat mencuit hati. Bila show habis pun, anak2 tetap tak berganjak, tak puas tengok gelagat Stitch :)

Kami juga berpeluang menonton show Cinemagic (cinema yang sangat magic). Penonton sangat kagum dengan wayang yang ditayangkan iaitu  gabungan beberapa filem popular dari zaman dulu hingga sekarang seperti Titanic, Star Wars, Marry Poppins,  Angels dan banyak lagi.


Banyak magic yang dilakukan semasa wayang ditayangkan. Ada watak yang boleh keluar masuk skrin, tiba-tiba pedang keluar dari skrin, ada pintu untuk keluar masuk antara dunia wayang dan dunia luar dan macam-macam lagi. Saya ingatkan anak-anak tidur masa wayang ditayangkan, tapi ketiga-tiga mereka menonton dengan begitu asyik sekali.

Juga nak tempek video dari youtube buat tatapan mommies yang merancang ke sana. Sangat berbaloi utk tgk show ni  :)


Show seterusnya bertempat di backlot, Moteurs.... Action!! Stunt show spectacular.

Moteurs.... Action!! juga adalah show yang mesti tengok bila ke sana. Aksi stunt motor dan kereta cukup membuatkan kami sekeluarga terpegun. Pengalaman menarik bila tengok aksi stunt motor dan kereta berkejaran, aksi tembak menembak, juga mereka menunjukkan aksi stunt orang dibakar api :)
Lokasi show sebelum bermula
Ada juga penampilan Mc Queen

Lima lapis baju kalis api dipakai untuk aksi ni :)

Untuk video penuh aksi2 stunt, boleh tengok video di bawah...



Masa kami pergi, PlayHouse Disney Live on Stage tidak ditayangkan. Memang yang ni pun sangat menarik utk tontonan anak-anak. Anak-anak memang suka tgk video kat bawah, so saya letak juga kat sini....


Animagic juga kami tak sempat masuk. Ingatkan nak masuk hari yang kedua, tapi tak sangka ada plan lain hari yang kedua. So yang ni pun layan ikut youtube aje laa :)


NuKilaN:
 

Saturday, April 20, 2013

JJD4::: Walt Disney Studio Park (WDSP)


** JJD4 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 4

Lepas main Orbitron di Discoveryland, pengembaraan diteruskan ke taman sebelah iaitu Walt Disney Studio Park (WDSP). Boleh dikatakan kami banyak habiskan masa di WDSP berbanding Disneyland Park pada hari yang pertama. Walaupun WDSP tidak seluas Disneyland Park, tapi tarikan yang ditawarkan di sana memang menarik.

 Masuk jer dalam ni, terus nampak orang beratur nak jumpa dengan Mickey. Kami pun terus masuk dalam queue untuk menunggu giliran.
 Bukan main seronok lagi dapat ambil gambar dengan Mickey dan Minnie.
Opps, sorry... muka abah kena crop :)
Selain Mickey dan Minnie, boleh juga jumpa watak dalam filem Toy story. Tapi dah malas nak masuk barisan, so curi snap gambar dari jauh jer :)
Memang tak sah kalau tak singgah Toy Story Land. Tak naik pun ride kat sana sebab queue yang agak panjang. So hanya snap gambar anak-anak di tempat menarik :)
Lepas tu terus nampak Studio Tram Tour. Antara tempat yang saya memang nak masuk dan ramai yang review kata best. So, terus beratur menunggu giliran :)
Kami dibawa menaiki train ni untuk mengembara tentang cara-cara filem dihasilkan dari A ke Z.
Dengan kata lain, kami dibawa menjelajah penceritaan di belakang tabir apa yang berlaku dalam menghasilkan sesuatu filem bermula dari pembuatan skrip hinggalah kesan sampingan dalam movie.

Yang menariknya, kami juga turut merasa effect yang diecritakan - macam dalam pic kat bawah ni, tetiba jer air datang dan train kami mmg bergoyang-goyang :)
Nasib baik seat saya jauh dari air tu... kalau tak, memang basah :)
Lepas merasa kesan air, kami melalui effect kesan api pula. Memang terasa bahang panas tu. Tapi tu la, tu baru api atas dunia... entah panas mana bahang api neraka nanti, Nauzubillah!

Selesai mengembara di alam filem, kami nampak ramai yang dah menunggu untuk Disney Parade. So, tanpa membuang masa, kami juga terus mencari port yang strategik untuk menyaksikan perarakan watak2 Disney di depan mata :)

Perarakan diterajui oleh Goofy
Daisy dan donald duck :)

Snow White

Marry Poppins??

Monster - terkejut dia bila tgk ada geng cilik :)

Ratatouille

Perarakan di akhiri oleh Mickey dan Minnie. Ramai anak-anak yang menjerit memanggil nama Mickey dan Minnie. Memang ramai betul peminat Mickey dan Minnie ni. Rasanya tak ada orang yang tak kenal dengan Mickey dan Minnie, betul tak?

Bersambung...


NuKilaN:
 

Friday, April 12, 2013

JJD3: Magic Hours @ Discoveryland

** JJD3 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 3

Dari Fantasyland, kami terus beredar ke Discoveryland.


Di Discoveryland pula, ada dua ride yang dibuka semasa Magic Hours iaitu Buzz Lightyear Laser Blast dan Orbitron. Tanpa membuang masa, kami terus mencari entrance untuk Buzz Lightyear Laser.
Kat luar tulis masa menunggu 15 minit, tapi rasanya tak sampai 15 minit kot dah dapat main :)

Anak-anak suka tgk robot Buzz Lightyear tu cakap sorang2

Sabar menunggu giliran
Inilah kapal angkasa yang kami naik tu
Aisyah yang dah sedia utk bertarung..
Irfan in action


Jom intai, siapa dapat markah yang tinggi...

Selesai bertarung melawan musuh, anak-anak beria minta nak naik Orbitron. Yang paling bersungguh mestilah Danish. So, beratur la juga untuk naik Orbitron walaupun masa tu dah habis Magic Hours. Agak lama juga ambil masa untuk beratur di sini :(

Danish yang paling excited

Irfan dah besar, maka boleh naik sorang :)

Ada lapan ride yang ditawarkan di Discoveryland. Tapi memang tak sempat naik pun yang lain, malas nak beratur panjang-panjang. Lagipun ada juga ride yang memerlukan ketinggian minimum. So bukan satu keluarga boleh naik especially Danish. Daripada berlaku drama air mata, baik kami cepat-cepat beredar.

Lepas tu, kami terus ke keluar dari Disneyland Park ke Universal Studio pula. Nantikan cerita dalam entry seterusnya :)

NuKilaN:
 

Thursday, April 11, 2013

JJD2::: Magic Hours @ Fantasyland

** JJD2 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 2

Keluar dari Sleeping Beauty Castle, kami terus ke Fantasyland. Di Fantasyland, ada empat ride yang dibuka semasa Magic Hours iaitu:
Le Carrousel de Lancelot
Peter Pan's Flight
Dumbo the Flying Elephant
Mad Hatter's Tea Cups
Pandangan castle dari Fantasyland

Kesemua tempat tarikan di Fantasyland adalah 16. Memang tak sempat nak pergi semua, pilih-pilih yang mana sempat dah tak perlu beratur lama. Selebihnya, snap ajer gambar mana yang sempat :)

Pengembaraan dimulakan dengan menaiki kuda macam kat fun fair, iaitu Le Carrousel de Lancelot. Nak sebut pun berbelit lidah.
Irfan jer yang sporting posing
Aisyah dah tak sabar nak naik ride
Memang tak perlu menunggu lama
Aisyah posing dulu sementara dibenarkan masuk
Irfan sedang pakai safety belt


Lepas tu, anak-anak naik gajah yang pusing-pusing pula, Dumbo the Flying Elephant. Walaupun masa tu magic hours, boleh tahan juga menunggu sebelum dapat naik. 
Entrance ke Dumbo the Flying Elephant
Beratur menunggu giliran
Jangan cari gambar anak-anak kat dalam ni, memang tak ada... hihihi
Seterusnya, anak-anak request untuk naik cawan yang pusing-pusing tu, Mad Hatter's Tea Cups. Yang ni pun tak perlu beratur lama. Kejap jer dah dapat naik.
Muka seronok lepas naik cawan berpusing tu :)
Ride cawan ni rasanya saya pernah naik masa kat Malaysia. Kalau tak silap ada di Genting Highlands dan Sunway Lagoon.

Tapi entah macam mana terlupa nak naik Peter Pan's Flight masa hari pertama. Hari kedua baru kami dapat naik (dah la bukan main lama lagi kena menunggu sebab naik selepas Magic Hours).

Peter Pan's Flight
Naik atas 'flight' yang macam ni...
mmg rasa macam terbang betul bila naik flight ni :)

Bersambung.....

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails