Showing posts with label raya2012. Show all posts
Showing posts with label raya2012. Show all posts

Friday, October 26, 2012

Salam Eidul Adha

Rindu nak tengok orang jatuhkan lembu...
Tak tahu ada ke tak program korban kat Bradford
Pagi jer ambil mood raya kejap.
Lepas tu kena pergi sekolah jumpa cikgu :)
Doakan saya mommies di hari mulia ni...
Semua perjuangan saya dipermudahkan oleh Nya.... amin!

Selamat Hari Raya Korban buat semua kenalan....

NuKilaN:
 

Monday, September 10, 2012

Photoshoot Raya

Walaupun jauh dari keluarga, kami seolah-olah beraya sakan juga di sini. Ramai kawan-kawan yang buat open house - hampir setiap hari di minggu pertama Syawal :)

Disebabkan raya pertama tak sempat nak ambil gambar keluarga, saya ulang pakai lagi baju raya pada hari raya ke-4. Selepas menghadiri majlis rumah terbuka di rumah kawan, kami terus gerak ke Lister Park untuk Photoshoot Raya. Jom layan aksi anak-anak di sana, check it out!

Kakak dgn gaya saloma
Bermaafan di taman bunga

 Adik dgn sign "peace" konon... ekekeke
 Mereka bertiga posing bersama
Giliran Adik bermaafan dgn kakak pula
Kami juga happy raya kat sini....
 Last posing sebelum balik...

Kenangan raya pertama di perantauan..
Tinggal lagi dua kali utk melaluinya....
Alhamdulillah, kemeriahnya tetap terasa :)

NuKilaN:
 

Thursday, September 6, 2012

biskut raya 2012

Tahun ni buat empat jenis biskut raya:
Biskut tart nenas 
Biskut coklat chip
Biskut cornflakes
Biskut semperit

Untuk tart nenas, asalnya nak buat tart gulung... tapi lupa pula tak de acuan utk tart gulung. Maka, saya cuma bentukkan jadi bentuk mcm ni...
Rasa sangat ok, cuma rupa mmg sgt out! Resepi saya dapat dari sini. Sekejap jer licin masa open house hari tu :)

Biskut kedua pula biskut chocolate chip. Resepi saya rujuk dari sini. Dalam resepi, kena guna secawan coklat chip. Tapi stok coklat chip dah terguna rupanya. Tinggal suku cawan pun tak cukup. So saya lebihkan kacang - saya letak kacang tanah dan kacang walnut. Maka rasanya lebih kepada kacang, bukannya coklat... hehehe. Ni rupa coklat chip kacang saya....

Kalau tgk dlm gambar, ada biskut yang ada choc chip sbg hiasan dan ada yang tiada. Hehehehe, saya main belasah jer sebab bahan tak cukup. Tapi ni biskut favorite Irfan. Siap kata, "Ummi terbaik la kalau buat biskut". Cukup utk buat umminya senyum hingga ke telinga :)

Biskut seterusnya adalah biskut cornflakes - biskut wajib setiap tahun. Saya ambil resepi dari sini. Anak-anak sangat suka biskut ni. Ummi mereka juga paling suka biskut ni. Tapi sebab saiz paper cup sgt kecil, dapat dalam 150 biji juga.

Akhir sekali biskut semperit. Biasanya saya buat semperit bentuk bunga tapi kat sini tak jumpa cari acuan. Maka saya guna acuan utk piping icing, dapat lah bentuk mcm ni...

Hahaha, macam macam saiz ada. Jadi la labu, asalkan rasanya macam biskut semperit. Aisyah panggil biskut donut - apa2 jer laa Aisyah. Biskut semperit juga licin masa open house :)

Nota ummi: Masa entry ni dipublish, semua biskut raya kat atas dah out of stock. Tahun depan kena doublekan adunan :)

NuKilaN:
 

Wednesday, August 29, 2012

sedikit tips pavlova

Sekarang ni, pavlova dah semakin sinonim di kalangan rakan-rakan. Rupanya ramai betul peminat pavlova di Bradford ni :)

Selepas cubaan pertama saya yang boleh dikira menjadi, saya hidangkan pavlova kepada rakan-rakan semasa majlis berbuka puasa (hari lahir Irfan) dan majlis rumah terbuka (hari lahir Aisyah). Masa majlis berbuka, sekejap jer pavlova licin dikerjakan muslimat tanpa sempat dirasa oleh muslimin. Saya buat lagi sekali semasa open house - juga licin sekelip mata, siapa datang lambat memang tak sempat nak merasa.

Rahsia tak nak bagi pavlova rasa muak - kena buat bentuk meringue agak nipis supaya ia lebih garing. Kata mereka, pavlova ni memang cair di mulut. Sangat kena dengan manis dan masam buah-buah dan fresh cream. Ada juga rakan yang cadangkan supaya meringue dibentuk kecil-kecil - boleh cuba kot lain kali :)

Lagi satu, kena pandai pilih whipping cream. Saya pernah guna whipping cream jenama tesco. Bila putar, cream tu jadi tak berapa creamy dan rasanya kurang sedap. Bila diletakkan atas pavlova, cream tu akan masuk dalam pavlova menyebabkan kerangupan pavlova tu akan hilang :(

Pavlova pandangan sisi
Pavlova pandangan atas
Bila tengok gambar ni, teringat lagi rasanya yang unik tu..
Saya juga dah jadi penggemar pavlova!

NuKilaN:
 

Saturday, August 25, 2012

Solat Aidilfitri @IslamBradford

Suasana  yang sangat berbeza bila menunaikan solat Aidilfitri di sini. Yang pasti, ia satu kenangan yang manis buat kami sekeluarga.

Disebabkan kami sampai agak awal, ruang solat masih lagi kosong. 
Kami mengambil tempat di ruang belakang.
Dalam 10 minit ke pukul 9, keadaan di ruang solat semakin sesak. 
Kami beralih ke ruang hadapan sikit.

Rasa insaf bila jumpa umat Islam yang pelbagai bangsa dari pelbagai negara.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!
Terima kasih Allah, nikmat-Mu tidak terhingga.

Disebabkan ruang solat sangat sesak, kena pandai-pandai adjust kedudukan solat bersama anak-anak. Mula-mula saya letak danish dan Aisyah di belakang. Bila mula solat, Danish dan Aisyah bergerak ke depan saya pula. Mereka tak kacau saya solat, tapi turut sama solat hingga habis. Tujuh kali iman angkat takbir, tujuh kali juga danish angkat takbir. Danish dah tahu, bila imam kata Allahuakbar... tangan kena angkat takbir.

Suasana yang berbeza, ramai bayi yang diangkut sama utk solat!
 Saya snap gambar ni semasa dengar khutbah raya.

Aisyah juga khusyuk dengar khutbah raya...

Selepas khutbah raya, kami dijamu dengan sedikit makanan ringan.
Kek, roti dan muffin - semuanya sedap2
Danish pun makan beberapa ketul kek..
Nyum nyum....
Lepas solat raya kami ke rumah terbuka di rumah kawan
Semua M'sian berkumpul kat sana...
Lewat petang baru balik rumah :)

Jangan terkejut, kat sini pun ada lemang dan rendang tau...
Ini buktinya....


NuKilaN:
 

Wednesday, August 22, 2012

Raya versi perantau

Kami di UK juga beraya pada hari Ahad, sama dengan M'sia walaupun kami puasa sehari lebih awal. Maka orang M'sia raya tujuh jam lebih awal dari kami.

Saya cakap kat Irfan, "Orang kat M'sia raya awal sikit dari kita." Tahu tak apa jawab Irfan, "Kalau mcm tu, jom la kita balik M'sia. Boleh raya cepat sikit.". Amboi, dia ingat UK-M'sia sama macam Kelantan-Terengganu ke? Balik hari boleh sampai dan boleh naik kereta jer. Dah la jarak tu jauh, duit pun kena sedia tau kalau nak balik. Untuk kami sekeluarga, tiket flight pergi balik sekitar RM25k... mana nak dapat duit sebanyak tu. Maka simpan aje la hasrat tu :)

Raya kat sini juga meriah. Bermula malam raya, seorang rakan mengadakan majlis takbir raya di rumahnya. Selesai takbir, kami dijamu dengan pelbagai juadah raya - lemang, rendang, laksa penang,  nasi himpit, kuih lopes dan lain-lain.

Antara menu yang dihidangkan

Pagi raya, kami sekeluraga ke IslamBradford untuk menunaikan solat Aidilfitri. Walaupun di sekitar rumah terdapat beberapa masjid berdekatan, tidak semua masjid mempunyai ruang solat untuk muslimat. Masa menunaikan solat Aidilfitri juga berbeza - ada masjid yang melakukan pukul 8, 9 dan/atau 10. Maka kita boleh pilih masa yang sesuai :)

Bergambar sebelum ke IslamBradford

Kami memilih pada pukul 9 pagi sebab pukul 10 akan bermula majlis rumah terbuka. Kami sampai agak awal, iaitu 8.30 pagi untuk memudahkan parking kereta. Orang belum ramai. Sempat lagi adik dan kakak posing dalam ruang solat muslimat IslamBradford. Masa ni orang belum ramai. Gambar abang tiada sebab dia solat di ruang muslimin bersama abah.
Insya Allah, lagi cerita di IslamBradford dalam entry seterusnya.

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails